Istilah Memancing Yang Kaki Pancing Wajib Tahu

Share

 

Mat Rock mencipta istilah sendiri antara mereka dalam berhubung. Mat Rempit jugak sama, ada istilah tersendiri di kalangan mereka. Kaki pancing pun tak ketinggalan mencipta istilah tersendiri yang hanya difahami di kalangan mereka dalam perbualan. Kami mendedahkan beberapa istilah popular di kalangan kaki pancing tegar untuk makluman semua pembaca.

 

BANGAU

Bangau, membangau (flamingo) merujuk kepada keadaan dimana pemancing tidak mendapat tarikan ikan apabila memancing. Langsung takde sentuhan. Lebih kurang sama macam tak pergi memancing keadaannya.

 

BANGLA

Bangla (electric reel) adalah gelaran untuk kekili elektrik. Ia dikaitkan dengan para pekerja Bangladesh kerana mesin ini saja yang bekerja sedangkan pemancing hanya tengok saja ia beraksi.

 

 

BULU

Bulu (skirt)… apa-apa yang diletak pada mata kail untuk menarik perhatian ikan seperti bulu ayam, plastik yang dibentuk seperti sotong dan sebagainya janggut (spinnerbait). Umpan tiruan yang menggabungkan mata kail, kepingan besi pemutar (spinner) dan bulu (skirt ).

 

JENGGO

Jenggo (freshwater prawn). Gelaran untuk udang galah bersaiz besar dan bersepit biru. Biasanya ia khusus untuk udang galah yang bersaiz besar. Kalau saiz kecil, biasanya dipanggil udang megi.

 

 

KOMPLOT

Komplot adalah rancangan memancing yang disertai oleh beberapa orang pemancing. Ia tidak membawa maksud sesuatu yang negatif sebaliknya untuk mengambarkan gathering memancing saja.

 

IKAN BIAWAK

Pastikan perkataan ikan disebut apabila menyebut nama ikan ini sebab maknanya akan berubah kalau tak sebut ikan. Istilah ini untuk ikan senangin Taiwan di kolam air masin.

 

 

KOYAN

Koyan (handline) adalah satu kaedah memancing tanpa menggunakan joran dan kekili.

 

KUCAH

Kucah merujuk kepada keadaan laut yang bergelora/ombak tinggi. Hasil dari kucah ini maka ramailah pemancing yang akan mabuk laut.

 

 

KUMPAU BERDARAH

Kegagalan dalam aktiviti/trip memancing tahap paling teruk. Ia jauh lebih teruk dari membangau.

 

IKLAN