Boleh dikatakan setiap pemancing mempunyai waktu kegemaran untuk memancing. Ada yang lebih gemar memancing pada siang hari dan ada yang lebih suka pada waktu malam. Dan tak kurang juga yang siang malam memancing tanpa mengira waktu. Admin pula lebih suka memancing pada waktu malam kerana sebab-sebab berikut:
Waktu Ikan Lebih Aktif
Walaupun tiada bukti-bukti saintifik yang menyokong kenyataan ini, namun masih ramai pemancing berpengalaman yang mengakui ikan lebih aktif mencari makan di waktu malam. Hal ini mungkin terjadi akibat fenomena pasang surut dan fasa-fasa bulan yang menjadikan ikan lebih aktif dan giat mencari makan di waktu malam berbanding siang hari. Ada juga yang berpendapat ikan menjadi lebih aktif kerana suhu air yang mulai sejuk di waktu malam.
Kurang Saingan Pemancing Lain
IKLAN
Hal ini memang harus diakui kerana tidak ramai kaki pancing yang gemar berembun dan menahan kesejukan di malam hari semata-mata untuk memancing. Jadi, saingan anda semakin kurang terutamanya jika memancing di kawasan yang popular di kalangan kaki pancing. Justeru, potensi anda untuk mendapat hasil yang lumayan juga lebih tinggi.
Lebih Mencabar
IKLAN
Bagi yang gemarkan cabaran, memancing di waktu malam mesti menjadi pilihan mereka. Faktor cahaya yang terhad dan faktor-faktor lain akan menjadikan aktiviti memancing di malam hari lebih mencabar. Walaubagaimanapun, sebagai pemancing anda haruslah sentiasa mengutamakan aspek keselamatan walau di mana jua anda berada walaupun anda gemarkan cabaran memancing di malam hari.
Selamat Dari Berpanas
IKLAN
Umum mengetahui memancing di siang hari akan mendedahkan kaki pancing kepada ‘sunburn’ terutama jika tidak menggunakan pelindung muka dan tangan. Dengan memancing di malam hari pula, potensi-potensi untuk ‘sunburn’ akan hilang sama sekali dan anda boleh memancing dengan tenang tanpa merisaukan kulit anda terbakar dek panahan matahari.
Keindahan Panorama Malam
Bukan senang nak melihat sendiri sotong berenang-renang di tepi bot dek limpahan cahaya lampu dan bukan juga senang nak menyaksikan kelip-kelip bila anda memancing di kawasan hutan dan paya bakau. Semua ni dapat dilihat bila anda memancing di waktu malam. Jadi, kesempatan yang ada itu, anda hargailah dengan menyaksikan keindahan alam ciptaan tuhan.
Ikatan snell merupakan ikatan yang paling asas dan mungkin merupakan antara ikatan yang terawal pernah ditemui. Ikatan ini juga dikatakan amat diminati oleh pemancing-pemancing otai laut dalam. Terutamanya untuk menghasilkan apollo buat sendiri.
Tutorial 1
Potong kira-kira sekaki (atau sepanjang mana yang anda suka) panjang tali perambut. Kemudian ketemukan kedua-dua hujung perambut pada teras mata kail (rujuk kedudukan mata kail dalam gambar).
Tutorial 2
Ambil lingkaran tali yang menghala ke arah luar mata kail dan lilit pada teras mata kail arah ke dalam (ke arah point mata kail).
Tutorial 3
Teruskan buat lilitan pada teras mata kail.
Tutorial 4
Lakukan sekurang-kurangnya 5 lilitan atau lebih. Lagi banyak lilitan maka makin kuat ikatan nanti.
Tutorial 5
Sambil memegang lilitan yang terhasil, tarik perlahan-lahan hujung tali yang berada di hujung cincin mata kail.
Tutorial 6
Tarik sehingga habis dan pastikan lilitan pada teras mata kail tidak bertindih antara satu sama lain.
Tutorial 7
Gunakan pengepit atau playar untuk bagi memperkuatkan jerutan ikatan ini.
Tutorial 8
Setelah ikatan betul-betul kemas, potong lebihan tali dan ia sudah boleh digunakan untuk disambungkan ke pancing.
Ikan rohu sememangnya ada peminatnya tersendiri. Namun untuk memancing ikan rohu tidaklah boleh guna sebarang umpan. Perlu ada umpan tersendiri untuk membolehkan rohu membuka mulut dan mengambil umpan yang digunakan. Di sini kami berikan salah satu teknik menyediakan umpan rohu.
Bahan-Bahan Keperluan:
Roti sandwich potong dadu
Sos kacang soya Green Bait
Minyak strawberi Green Bait
Palet 6363/920
Kelapa parut
Cara-Cara Penyediaan Umpan:
Tuangkan minyak stawberi ke atas palet yang telah dilembutkan dan digaul dengan kelapa parut.
2. Cucukkan roti dadu pada mata kail dan celupkan ke dalam sos kacang soya Green Bait.
3. Kepalkan palet pada mata kail yang dicucuk roti dadu.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...