Di sini kami jelaskan kenapa lampam menyambar gewang sedangkan ia bukanlah spesies pemangsa seperti sebarau, peacock bass mahupun toman.
Berdasarkan pengkelasan ilmiah, ikan lampam tergolong dalam haiwan omnivor yang memakan variasi makanan dari sumber tumbuhan dan juga haiwan. Sumber haiwan yang dimakan oleh ikan omnivor ini lazimnya dari jenis ikan dan juga serangga.
Ads
Sebagaimana ikan temoleh dan kelah (juga omnivor), ikan lampam juga tergolong dalam keluarga ikan kap (carp fish). Tetapi pernah tak anda dengar ikan temoleh menyambar gewang. Saya sendiri hampir belum pernah mendengarnya.
Bagaimana pula dengan kelah? Adakah ikan menyambar gewang? Iya, memang benar. Saya sendiri pernah memperoleh kelah dengan menggunakan gewang sesudu dan juga gewang replika ikan. Jadi, ada kemungkinan atau tidak ikan lampam menyambar gewang?
Ads
Sebagaimana ikan kelah atau tengas, kejadian ikan lampam menyambar gewang bukanlah satu insiden kebetulan semata-mata.
Ads
Namun kita tidak boleh untuk menetapkan bahawa semua ikan lampam, tengas atau kelah akan menyambar gewang. Ini kerana mereka bukanlah tergolong dalam haiwan karnivor seperti mana keluarga ikan snakehead atau sebarau.
Apa yang menyebabkan ikan lampam menyambar gewang lebih kepada tabiat pemakanan dan habitat. Saya percaya ikan lampam yang menyambar gewang adalah ikan lampam yang hidup liar contohnya di sungai atau di habitat yang sumber makanannya amat terhad.
Dan ada kemungkinan juga ia menyangka gewang tersebut adalah sumber makanan yang hanyut bersama daunan atau sampah.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Pokok kulim merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara Asean yang lain.
Ia merupakan pokok malar hijau bersaiz serdahana hingga saiz besar. Mempunyai ketinggian antara 40 hingga 60 meter.
Garis pusat pokok kulim adalah antara 80 cm hingga 150 cm. Nama saintifiknya adalah Scorodocarpus Borneensis Becc.
Pokok ini mengeluarkan buah selari dengan musim durian. Di Sarawak, pucuknya dimakan sebagai ulam.
Buahnya boleh dimakan dan kadang kala digunakan sebagai pengganti bawang putih.
Buah dan rebusan kulit kadangkala digunakan bagi merawat keracunan “antiaris”” (Antiaris toxicaria Lesch.). Hasilan dari buahnya menunjukkan aktiviti antimicrobial.
Kayu pokok kulim digunakan bagi pembinaan serdahana berat hingga berat dikawasan terlindung (contoh: alang, tiang, pintu, rangka tingkap dan lantai), pembinaan jambatan,
pasak di kawasan air masin (dengan kulit dikekalkan), lunas kapal, tiang lombong, tiang eletrik, perkakasan ladang, dan lapik landasan kereta api sementara.
Pokok kulim memiliki pertumbuhan yang perlahan. Di Semenanjung Malaysia, pertumbuhan tahunan keratan rentas (diameter) adalah antara 0.2 – 0.3 cm sahaja.
Pokok terbesar di Semenanjung Malaysia yang berusia 30 – 33 tahun berukuran keratan rentas antara 18 – 29 cm dan setinggi 18 – 21 m.
Pokok Kulim menghasilkan kayu keras berat serdahana hingga berat dengan kepadatan isipadu 645 – 1080 kg/m pada kandungan kelembapan 15%.
Sementara buah kulim pulaa disebut sebagai bawang hutan (Jungle Garlic) oleh orang peribumi. Ia bersaiz antara sebesar buah pinang dan sebesar penumbuk orang dewasa.
Ia mempunyai lapisan luar bertempurung dan isirung yang padu didalamnya. Bau isinya seperti bau bawang putih, malah lebih menyengat daripada bawang putih.
Orang peribumi menggunakan buah ini sebagai perasa di dalam masakan mereka dan kulitnya dijadikan sebagai bahan unik dalam memanggil ikan masuk ke dalam bubu (sejenis perangkap ikan).
Bertitik tolak daripada itulah buah kulim mula dijadikan antara bahan asas menghasilkan umpan untuk memancing ikan air tawar.
Pendapat yang menyatakan jenis tenggiri boleh dikenal pasti setelah mencecah berat 8 kg ke atas tidak boleh diterima (pendapat peribadi) kerana perbezaannya jelas ketara sewaktu kecil terutama kombinasi jalur pada badan.
Tenggiri batang paling banyak ditemui di pasaran tempatan dan mempunyai permintaan yang tinggi. Ia berkepala tirus bermuncung panjang, dibarisi gigi tiga segi menirus dan tajam dengan kadar saiz 1 nisbah 5 panjang keseluruhan badannya yang berbentuk silinder.
Ekor tirus bercabang dan berkemampuan menujah pecutan renangan mendahului kelajuan pemancing menggulung tali ke gelendung kekili.
Badan berwarna kehijauan di atas dan keputihan di bawah hingga ke perut dengan jalur hitam yang melintang pada badan. Warna kehijauan akan pudar apabila ia mati.
Tenggiri batang boleh memanjang sehingga 2 meter lebih (7 kaki) dan saiz yang lumrah dipancing sekitar 1 hingga 4 kaki. Ikan betina dikatakan matang apabila mencapai panjang 70 cm manakala jantan ialah 65 cm.
Habitat Dan Sifat
Tenggiri batang boleh dikelaskan sebagai ikan pelagik yang mana kebanyakan masanya dihabiskan berada di permukaan dan sub permukaan air pada waktu saing hari dan merayau di pertengahan dan dasar pada malam hari.
Tenggiri jarang mendiami satu-satu kawasan dan sering merayau di kawasan pemburuan dari kedalaman 5meter hingga 200 meter. Namun ia lebih tertumpu di kawasan perairn cetek yang mempunyai kedalaman purata 30 meter.
Kawasan tumpuan Tenggiri merayau di mana terdapat sumber makanan atau mangsa buruan bermain. Pergerakannya dikaitkan dengan peredaran monsun dan arus laut yang membawa bersama kumpulan ikan-ikan pelagik yang bergerak secara berkumpulan.
Dengan berkumpulan tenggiri mampu memerangkap kumpulan mangsa dengan mudah. Pemburuan utama tenggiri adalah di kawasan unjam laut, kawasan terumbu karang, tukun, pulau dan tengah laut. Ia jarang rapat ke kawasan persisir pantai seperti mana sifat alu-lu.
Sifat ikan yang pantas berenang ini sering mendahului kelajuan gulungan tali pancing boleh mengundang putusnya tali utama atau perambut. Oleh itu jangan mengadu letih mengarau jika tidak ingin ikan dan gewang anda terlepas begitu saja.
Ikan-ikan tuna, tenggiri, wahoo dan mackerel merupakan antara nama-nama biasa bagi ahli-ahli keluarga Scombridae. Ahli-ahli keluarga Scombridae ini dapat dikenali dengan memiliki finlet atau sirip ceracak di antara sirip dorsal dan sirip anal, sirip kaudal atau ekor yang sangat bercabang dan sekurang-kurangnya memiliki dua lunas kecil setiap sisi kaudal pandukal. Dan kebanyakan spesies mempunyai lunas yang lebih besar di antara lunas-lunas kecil.
Ahli-ahli keluarga Scombridae bertaburan di laut tropika dan subtropika di seluruh dunia. Terdapat 15 genus dan 54 spesies di seluruh dunia. Saintifik keluarga ini dibahagikan kepada dua subfamili.
Subfamily Scombrinae terdiri daripada 53 spesies dan subfamili Gasterochismatinae terdiri daripada hanya satu spesies. Namun, pada umumnya ia boleh dibahagikan mengikut bentuk mereka kepada tiga kumpulan iaitu Spanish mackerel, mackerel dan tuna.
Ikan tenggiri dengan nama biasanya Spanish mackerel atau seerfish tergolong dalam Scomberomorus (terdapat 18 spesies dalam genus) dan dua spesies dalam genus Grammatorcynus. Kebanyakan spesies ini hidup berdekatan dengan permukaan perairan pantai.
Mereka sering ditemui dalam kluster atau kelompok kecil dan sebahagian daripada mereka merupakan ikan migrasi. Spesies tenggiri adalah ikan karnivor dengan gigi rahang besar, segi tiga, mampat dan tajam. Lazimnya mereka menjadikan kelompok ikan yang lebih kecil sebagai mangsa serta krustasea dan sotong.
Di perairan negara kita terdapat beberapa spesies dalam genus Scomberomorus ini namun hanya tiga spesies yang amat sinonim dalam dunia memancing iaitu tenggiri batang, tenggiri papan dan tenggiri bunga.
Tenggiri Batang
Nama saintifik: Scomberomorus commerson
Nama Inggeris: Narrow-barred spanish mackerel
Nama Melayu tempatan: Tenggiri batang
Ciri-ciri diagnostik: Garisan lateral mendadak bengkok ke arah bawah di bawah hujung sirip dorsal kedua. Badan bertanda dengan pelbagai corak nipis dan jalur menegak berombak.
Saiz: Mampu membesar panjang sehingga 220 cm, namun saiz ditemui biasanya sekitar 90 cm.
Tenggiri Papan
Nama saintifik: Scomberomorus lineolatus
Nama Inggeris: Streaked seerfish
Nama Melayu tempatan: Tenggiri papan, tenggiri musang
Ciri-ciri diagnostik: Garisan lateral melintang hampir lurus ke bawah finlet sirip dorsal kedua, berakhir dengan sedikit bengkok ke bawah ke arah lunas kaudal padunkel.
Bahagian atas badan ditanda dengan corak yang tidak teratur, mendatar dan garis hitam mengecil dan berpecah.
Saiz: Mampu membesar panjang sehingga 80 cm namun spesies paling besar ditemui kurang dari 70 cm.
Tenggiri bunga
Nama saintifik: Scomberomorus guttatus
Nama Inggeris: Indo-Pacific king mackerel, Spotted Spanish mackerel
Nama Melayu tempatan: Tenggiri bunga
Ciri-ciri diagnostik: Garisan lateral hampir lurus ke bahagian bawah pertengahan sirip dorsal kedua dan bengkok ke bawah di pertengahan kaudal padunkal.
Terdapat kira-kira tiga baris warna gelap berbintik tidak teratur pada sisi badan. Gerigi sirip dorsal berwarna gelap sehingga tulang belakang kelapan dan putih.
Saiz: Mampu membesar panjang sehingga 76 cm namun biasa ditemui dalam saiz 55 cm sahaja.
Tenggiri Korea
Nama saintifik: Scomberomorus koreanus
Nama Inggeris: Korean Seerfish
Nama Melayu tempatan: Tenggiri Korea, Luding, Dengkeh, Dengkel
Ciri-ciri diagnostik: Kedalaman tubuh jauh lebih besar dari panjang kepala. Garis lateral secara bertahap melengkung ke bawah ke arah kaudal pedunkal atau tangkai ekor. Sirip dorsal pertama berwarna hitam. Namun spesies ini semakin diancam kepupusan.
Saiz: Mampu membesar panjang sehingga 150cm namun biasa ditemui dalam saiz 60cm sahaja.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...