Ini Sebabnya Ikan Belitong Boleh Menjadi Racun Jika Dimakan

Share

 

Ramai di antara kita tidak menyedari bahawa ikan dorado atau mahi-mahi yang biasa kita sebut sebagai ikan belitong merupakan sejenis ikan yang sangat digemari kerana rasanya yang enak. Di Barat, restoran-restoran di sana sering menjadikan ikan mahi-mahi sebagai hidangan istimewa ramai pelanggan begitu menggemarinya.

 

 

Sebaliknya di negara kita, ikan belitong hanya popular sebagai ikan sukan dan bukannya di meja hidangan. Tidak sebagaimana ikan tenggiri yang bukan sahaja popular sebagai ikan sukan malah laku keras di pasaran.

 

Di pasaran, harga ikan belitong juga rendah berbanding spesies predator lain terutamanya tenggiri. Struktur dagingnya yang agak pejal juga kurang dari segi rasa. Namun, di sebalik rasanya yang menggoda di negara luar, ikan belitong memiliki kandungan histamin yang berkeupayaan menyebabkan keracunan dan alergi.

 

 

Histamin terbentuk dari asid histidin yang diuraikan oleh bakteria. Kandungan zat histamin ini hanya dapat dicegah apabila ikan belitong diproses secara sempurna setelah ditangkap. Jika zat histamin sudah terlanjur terbentuk, maka akan agak sukar untuk menghilangkannya. Tidak ada cara pencucian atau teknik masakan yang dapat menghilangkan zat berbahaya ini.

 

 

Tapi adakah kita sudah sedia maklum tentang bahaya ini dan mengambil sikap untuk menyukainya? Atau kerana isinya yang kurang sedap menjadi sebab sebenar kita tidak memakannya.

IKLAN