Merdeka! Merdeka! Merdeka! Jarang-jarang sangat kita dengar pemancing diberi ruang untuk meluahkan apa erti kemerdekaan.

Hanya di UMPAN sajalah pemancing dapat meluahkan erti kemerdekaan. Berikut merupakan sebahagian erti kemerdekaan bagi pemancing.

 

Bebas dari pukat dan jaring

Tanyalah mana-mana pemancing terutamanya kaki mengilat, mereka suka atau tidak port memancing mereka dipenuhi pukat dan jaring.

Lebih-lebih lagi pukat atau jaring yang tidak kelihatan. Tau-tau gewang tersangkut pada jaring lama yang ditinggalkan.

 

Tempat larangan dibuka

Apa perasaan korang apabila tempat larangan memancing seperti taman laut atau santuari dibuka khusus untuk pemancing sahaja.

Rasanya itulah erti kemerdekaan sebenar bagi semua pemancing. Hanya dengan membayangkannya saja dah rasa nak laungkan kemerdekaan berkali-kali.

 

Dapat cuti memancing

Hari Kemerdekaan bermakna cuti umum. Cuti umum bermakna… bolehlah manfaatkan cuti dengan pergi memancing. Ada ke pemancing yang tak suka dapat cuti dan boleh pergi memancing?

 

Menang pertandingan

Jangan cakap menang dulu, dapat strike ikan pun dah rasa macam merdeka sangat dah. Ini kan pulak kalau dapat menang pertandingan memancing yang menawarkan hadiah puluhan ribu ringgit.

Kalau tanya pada semua pemancing yang masuk pertandingan memancing, sememangnya inilah erti merdeka yang sebenar pada mereka.

 

Posting tak kena kecam

Semua pemancing cukup suka up hasil memancing mereka di media sosial. Selain dari like dan puji-pujian, biasanya ia tak lepas dari kecaman dari netizen.

Sebab itulah kalau posting langsung tiada unsur kecaman, ia umpama hari-hari hari merdeka.

 

Berjaya bebas dari kumpau

Untunglah kalau korang tak pernah kumpau (jangan cakap korang tak tau makna kumpau pulak).

Tapi kalau tak pernah kumpau tentu korang tak boleh nak bayangkan bagaimana perasaan pemancing yang akhirnya berjaya keluar dari badi kumpau.

Nikmat kemerdekaan umpama burung yang berjaya keluar dari sangkar setelah bertahun-tahun terkurung.

 

Bini beri lesen memancing

Tiada erti merdeka yang lebih bererti selain daripada dapat kebenaran untuk memancing oleh isteri. Pemancing yang masih bujang mungkin menganggap ini perkara lawak. Hakikatnya memang ramai pemancing yang lesen memancingnya isteri yang pegang.

 

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI