Di negara kita, ia digelar dengan pelbagai nama. Udang galah, sepit biru, jongkong, jenggo atau jerangkung.

Ia dikenali sebagai bara chingri di Bangladesh, uwang atau ulang di Filipina, koong yai di Thailand dan udang galah di Indonesia.

 

Udang galah atau giant freshwater prawn dengan nama saintifik macrobrachium rosenbergii dikelaskan berada dalam keluarga palaemonidae bersifat omnivor.

Dari sudut taburan, spesies udang galah yang turut digelar udang sungai gergasi ini boleh didapati di seluruh kawasan tropika dan sub tropika di rantau Indo-Pasifik, dari India ke

Asia Tenggara dan Utara Australia. la juga telah diperkenalkan kepada bahagian-bahagian Afrika, China, Jepun, New Zealand, Amerika dan Caribbean.

 

Info Spesies : Profil Udang Galah
A giant freshwater prawn (Macrobrachium rosenbergii) at Zoo Negara.

 

Spesies yang cenderung aktif pada waktu malam hidup di air tawar dan air payau seperti di sungai, paya, saliran, tasik dan perairan lain yang lazimnya mempunyai hubungan air dengan laut.

 

Ia juga adalah salah satu daripada spesies udang air tawar terbesar di dunia dan diternak secara meluas di beberapa negara untuk makanan.

 

Info Spesies : Profil Udang Galah

 

Walaupun M. rosenbergii dianggap sebagai spesies air tawar, pada peringkat larva ia bergantung kepada air payau.

Setelah berkembang melepasi peringkat plankton dan menjadi juvenil, ia akan hidup sepenuhnya dalam air tawar.

 

Dari aspek morfologi, udang galah memiliki warna kekuningan, kecoklatan hingga kehitaman. Badan udang galah memiliki permukaan yang beruas dan bergaris serta memiliki kulit yang keras.

 

Secara umumnya badan udang galah memiliki tiga segmen utama kepala dada (cephalothiorak), badan (abdomen) dan ekor (uropoda).

 

Bahagian cephalothiorak ini terbungkus dari kulit atau lapisan yang keras disebut rostum. Panjang rostum ini tergantung dengan jumlah duri gerigisnya.

Secara umumnya berjumlah 11-13 unit pada bahagian atas dan 8-14 unit pada bahagian bawah. Bahagian abdomen udang memiliki lima ruas, setiap bahagian ruas dilengkapi kaki (pleiopoda).

 

Info Spesies : Profil Udang Galah

 

Sementara bahagian ekor atau uropoda memiliki ruas juga yang berfungsi untuk mendayung dan juga berenang pada udang. M. rosenbergii boleh tumbuh dengan panjang lebih 30 cm.

 

Jantina udang galah galah dapat dibezakan di mana abdomen udang galah betina lebih luas dan pereiopods kedua yang lebih kecil berbanding udang galah jantan.

Sebagaimana ikan, udang galah juga boleh dipancing dan di Malaysia pancingan udang galah merupakan salah satu daripada cabang pancingan yang digemari ramai.

 

Udang galah juga dikatakan tiada musim tertentu atau boleh dipancing sepanjang tahun di sistem sungai yang berhubung secara langsung dengan laut.

Spesies perayap dasar ini gemar mengikut arus dan pusaran air untuk mencari makanan.

 

Justeru lokasi seperti di bawah timbunan sampah, celahan akar-akar pokok, batang pokok nipah dan lubuk yang air berpusar perlahan merupakan spot terbaik untuk memancing spesies yang bukan sekadar enak dimakan bahkan bernilai tinggi di pasaran.

 

Info Spesies : Profil Udang Galah

 

Taksonomi:

 

Kingdom:
Animalia
Phylum:
Arthropoda
Subphylum:
Crustacea
Class:
Malacostraca
Order:
Decapoda
Infraorder:
Caridea
Family:
Palaemonidae
Genus:
Macrobrachium
Species:
M. rosenbergii
Binomial name
Macrobrachium rosenbergii
De Man, 1879

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI