Secara global, ikan toman lebih dikenali sebagai giant snakehead atau giant mudfish.
Dengan identiti bentuk kepala seperti kepala ular, ikan toman merupakan spesies yang berada di dalam genus Channa dan di dalam famili Channidae, dengan memegang nama saintifik Channa micropeltes.
Ikan pemangsa air tawar yang terkenal dengan aksi ganas, kekuatan dan stamina ini merupakan spesies natif atau spesies ikan asal di negara kita.
Dari aspek populasi, taburan ikan toman sangat meluas terutama di kawasan Asia Tenggara bagi kebanyakan lokasi taburan di Asia Tenggara, ikan toman merupakan spesies
natif kepada tempat ini. Lembah Sungai Mekong dan Chao Phraya, Semenanjung Malaysia, Borneo dan Sumatera merupakan antara kawasan yang mempunyai taburan ikan toman.
Selain itu ikan toman juga terdapat di Eropah dan Amerika Syarikat walaupun bukan merupakan spesies asal. Kesan daripada aktiviti manusia yang memperkenalkan spesies ini
ke perairan di sana, beberapa tempat dikatakan telah didominasi oleh spesies berkepala ular ini. Antara kawasan tersebut termasuklah Wisconcin, Maryland dan Virginia.
Ads
Ikan toman merupakan spesies yang hidup di perairan air tawar. Toman biasanya boleh dijumpai di sungai-sungai bertanah rendah, paya, tasik dan terusan.
Bagi toman juvenil, biasanya akan bergerak dan memburu mencari makanan secara berkumpulan.
Ads
Seperti yang ramai sedia maklum, anak-anak toman berwarna merah dan bergerak berkumpulan. Pergerakan ini biasanya diawasi oleh sepasang induk toman bagi
mengelakkan anak-anak ikan ini menjadi mangsa serangan kepada pemangsa lain. Selepas lebih kurang dua bulan, warnanya akan berubah menjadi warna oren dengan jalur hitam akan muncul pada garisan lateral.
Apabila semakin membesar, ikan toman akan kehilangan warna merahnya dan jalurnya akan pecah dan akan menghasilkan corak seakan batik pada badannya.
Warna merah pada badannya akan hilang dan akan menjadi warna biru kehitaman pada bahagian atas ikan ini.
Ads
Ikan toman merupakan spesies yang paling agresif berbanding 35 spesies snakehead yang lain. Spesies ini boleh membesar sehingga mencapai panjang lebih enam kaki dan berat
mencecah 20 kilogram selain mempunyai rahang yang kuat dan barisan gigi yang tajam seperti pisau.
Ikan toman biasanya memburu ikan yang lebih kecil daripadanya sebagai diet makanan utama. Selain ikan, toman juga kadangkala menjadikan krustasea sebagai dietnya.
Apabila musim mengawan, ikan toman akan memilih kawasan yang mempunyai tumbuhan akuatik yang agak banyak sebagai tempat melepaskan telur.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Di Malaysia, ikan jelawat atau nama latinnya Leptobarbus hoevenii, mempunyai cerita tersendiri. Menurut cerita, dek kerana keenakannya, ikan jelawat menjadi ikan hidangan hanya bagi santapan untuk golongan istana dan bangsawan sahaja suatu masa dulu. Disebabkan itulah, ikan jelawat juga digelar ikan sultan sehingga ke hari ini.
Bagi morfologi luaran ikan jelawat, spesies ini merupakan ikan bersisik dan mempunyai badan yang agak panjang. Bahagian kepala ikan jelawat juga agak panjang dari hujung bibir ke segmen operkulum, namun mempunyai bentuk agak tirus.
Warna badan atau sisik bahagian atas badannya sehingga ke bahagian dorsalnya berwarna agak kehijauan sementara bahagian abdomennya pula biasanya berwarna putih. Pada hujung sirip ikan jelawat pula akan kelihatan sedikit warna merah cerah.
Bagi ikan jelawat yang masih juvenil, kehadiran garisan hitam melintang dapat diperhatikan pada badannya.
Mengikut data taburan spesies, spesies jelawat merupakan spesies natif di kebanyakan kawasan di Asia merangkumi Thailand, Sumatera dan Borneo. Taburan populasi jelawat juga dikatakan mengunjur sehingga utara Chao Phraya dan Lembah Mekong sehinggalah pada tahun 2009, populasi di kawasan ini disahkan bukan spesies L. hoevenii sebaliknya merupakan spesies L. rubripinna.
Secara genetik, L. rubripinna datang dari genus yang sama iaitu Leptobarbus dan mempunyai morfologi luaran yang hampir sama dengan L. hoevenii. Namun, spesies L. rubripinna ialah hasil daripada baka industri dagangan ikan hiasan berbeza dengan L. hoevenii yang merupakan spesies liar atau sungai.
Jelawat juga merupakan spesies ikan air tawar natif bagi perairan air tawar di semenanjung Malaysia sehingga ke Borneo. Di semenanjung, taburan populasi spesies ini lebih tertumpu di sistem Sungai Pahang (Sungai Pahang, Sungai Jelai, Sungai Lipis, Sungai Tembeling) dan juga di Sungai Perak.
Spesies ikan jelawat liar selalunya menjadikan sungai besar yang mengalir atau kawasan air lalu sebagai pilihan tempat tinggalnya. Selalunya spesies ini berada di satu kawasan untuk satu jangka masa tertentu sebelum berpindah mencari kawasan lain. Selain sungai, ikan jelawat juga boleh ditemui hidup di dalam kawasan air lain seperti lombong.
Walaupun jelawat bukan spesies ikan migrasi, namun kajian mendapati spesies ini tetap membuat migrasi trofik (local trophic migrations) di dalam sistem sungai terutama apabila habitat lamanya terlalu padat, gangguan aktiviti manusia atau kesan pencerobohan.
Oleh kerana jelawat merupakan ikan yang bersifat omnivor, maka diet pemakanan utama ikan jelawat tertumpu kepada ulat, cacing, cengkerik, udang, dan buah hutan. Buah ara yang jatuh ke dalam sungai juga dikatakan menjadi makanan kepada ikan jelawat liar.
Selain itu, jelawat merupakan ikan pelagik yang gemar berada pada pertengahan badan air sehingga ke kawasan dasar. Biasanya ikan jelawat hidup dan berenang dalam gerombolan selain mampu membesar sehingga mencecah panjang 60cm.
Setelah melalui fasa perkembangan dalam industri perikanan dan akuakultur, spesies ikan jelawat telah berjaya diternak melalui pembiakan aruhan dan semakin mudah diperolehi hari ini.
Pengkelasan taksonomi bagi menjelaskan Rasbora adalah genera ikan dalam keluarga besar Cyprinidae. Atau lebih mudah untuk difahami, Rasbora ialah kumpulan ikan yang bernaung di bawah nama seluang. Mereka berasal dari habitat air tawar di Selatan dan Asia Tenggara, serta tenggara China.
Beberapa spesies lebih mudah ditemui di dalam akuarium. Sebagaimana nama genus, ia turut dikekalkan nama genus sebagai nama umumnya, rasbora. Rasbora digunakan untuk banyak spesies dalam genus Rasbora, serta beberapa spesies di genus atau genera Brevibora, Boraras, Megarasbora, Metzia, Microdevario, Microrasbora, Rasboroides, Rasbosoma, Sawbwa, Trigonopoma dan Trigonostigma. Sebahagian daripada genera yang berkaitan ini termasuk dalam genus Rasbora pada masa lalu.
Rasbora adalah spesies ikan-ikan kecil yang hanya mampu membesar panjang sehingga 17 cm dan kebanyakan spesimen yang ditemui tidak melebihi 10 cm. Kebanyakan spesies yang ditemui mempunyai jalur vertikal yang gelap.
Menurut laman web FishBase, kini terdapat 84 spesies yang diiktiraf dalam genus ini. Ini berbeza sedikit berbanding laporan dibuat oleh Catalog Of Fishes, di mana beberapa spesies ini dianggap sinonim juvenil dan beberapa yang lain (tidak disenaraikan di bawah) diiktiraf sebagai spesies yang sah.
Sebagaimana yang telah diketahui belida atau nama umumnya featherback atau giant featherback merupakan ikan air tawar dengan nama saintifiknya Notopterus lopis. Ia dikenali pasti sebagai ikan asal negara kita yang boleh ditemui di sungai dan tasik utama.
Belida bintik
Berbeza dengan belida bintik, spesies yang hampir sama dengan ikan belida ini mempunyai tompokan atau bintik (spotted) hitam pada badannya sementara belida mempunyai warna perak keseluruhan badannya.
Nama saintifik bagi belida bintik ialah Notopterus chitala yang juga dikenali sebagai spotted featherback. Ia dipercayai bukanlah ikan asal negara kita sebaliknya diperkenalkan untuk tujuan akuakultur.
Belida selat (selat)
Lain pula halnya dengan ikan selat. Ikan selat mempunyai warna badan sekata seperti belida namun ia tidak mampu membesar sehingga besar maksimum ikan belida lainnya. Nama binomial ikan selat pula ialah Notopterus notopterus.
Spesies belida terkecil dalam famil Notopteridae ini mudah ditemui dalam kepelbagaian habitat dan perairan negara. Ia bukanlah spesies buruan pemancing sukan sebagaimana ikan belida sungai dan belida bintik.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...