MORFOLOGI

Bagi morfologi luaran spesies ini, cobia mempunyai bentuk badan yang memanjang seakan torpedo.

Badannya mempunyai daging yang pejal dan berotot dengan kepanjangan yang mampu mencecah sehingga 2 meter.

 

Spesies yang mampu mencapai berat sehingga 78 kg ini mempunyai bentuk kepala yang mendatar (depressed).

Jika diperhatikan di bahagian mulut pula, rahang bawah cobia sedikit lebih panjang berbanding rahang atas.

Spesies ini mempunyai mata yang agak kecil. Pada bahagian badan ikan ini terdapat kehadiran sisik-sisik yang halus, begitu pun jika sekali imbas kelihatan badannya seakan licin tanpa sisik.

 

Tona warna pada badannya pula berwarna coklat gelap namun pada bahagian bawah abdomennya pula berwarna putih.

Terdapat juga kehadiran garisan horizontal warna coklat yang lebih gelap pada sisi badannya.

Warna garisan ini akan lebih jelas ketika musim mengawan dan warna coklat badannya akan menjadi lebih cerah. Bahagian sirip dorsal pertama mempunyai kira-kira 7-9 duri.

 

Nama famili Rachycentridae dating daripada terminologi Greek di mana perkataan rhachis memberi makna duri (spine) dan kentron iaitu sengat (sting).

IKLAN

Terminologi ini diinspirasikan daripada sirip dorsal ikan ini. Cobia yang matang mempunyai sirip kaudal berbentuk garfu (forked) dan biasanya mempunyai warna coklat gelap.

 

Info Spesies – Kenali aruan tasik!!

 

TABURAN SPESIES DAN HABITAT

Taburan spesies ini agak global dan boleh ditemui dalam hampir kebanyakan kawasan tropika dan subtropika namun tiada kehadiran di bahagian timur Pasifik.

Cobia dicatatkan mempunyai taburan dari perairan Kanada hingga ke Bermuda, Teluk Mexico dan Kepulauan Caribbean, perairan Afrika dan perairan Hokkaido, Jepun hingga ke Australia.

 

IKLAN

Spesies ini merupakan spesies eurythermal yang mempunyai kadar toleransi tinggi terhadap suhu air daripada 1.6 hingga 32.2°C.

Spesies ini juga merupakan spesies euryhaline yang hidup dalam saliniti air 5 hingga 44.5 ppt.

 

Cobia biasanya berlegar secara solo kecuali ketika musim mengawan di mana akan berenang secara berpasangan.

Habitat pilihan bagi spesies ini ialah Kawasan berstruktur, berhampiran kawasan berbatu, berhampiran boya serta kawasan berstruktur lain.

Cobia merupakan ikan pelagik dan spesies ini juga berkemungkinan memasuki kawasan muara untuk memburu mangsa sebagai dietnya.

 

BIOLOGI DAN DIET

IKLAN

Bagi aruan tasik yang matang, biasanya boleh ditemui dibanyak habitat seperti kawasan berlumpur, berpasir dan juga berstruktur seperti batu dan karang.

Kawasan yang mempunyai boya juga menjadi pilihan bagi spesies ini berenang berlegar di sekitarnya.

 

Ketika memburu mangsa, spesies ini biasanya membentuk satu kumpulan kecil dan memburu hidupan akuatik kecil seperti ikan pelagik sebagai mangsanya.

Diet utama bagi spesies ini ialah ikan kecil, sotong dan juga ketam. Cobia juga gemar berenang mengikut spesies akuatik yang lebih besar seperti jerung, penyu dan pari manta untuk memburu dietnya.

 

Pemangsa bagi spesies cobia masih tidak jelas kerana kekurangan dokumentasi, namun mahi-mahi (Coryphaena hippurus) dipercayai sering menjadikan cobia juvenil sebagai mangsa.

Selain itu, jerung sirip pendek mako (Isurus oxyrinchus) pula menjadi pemangsa bagi cobia matang.

 

Selain itu, spesies cobia juga sering kali menjadi perumah kepada parasite seperti nematod, trematod, cestod, copepod dan acanthocephalus.

 

Info Spesies – Kenali aruan tasik!!

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI