Di sebelah Pantai Timur Semenanjung Malaysia, benteng pemecah ombak diwujudkan kerana masalah hakisan berlaku dengan teruk.

Setiap hujung tahun, angin monsoon yang kuat beserta ombak besar sering menjadi malapetaka yang amat ditakuti.

 

Setiap kali bencana alam semulajadi ini datang, bentuk daratan sedikit sebanyak menerima kesan.

Selain daripada kelebihannya mengawal hakisan, ia juga bertindak sebagai rumah ikan yang baru dan lebih selamat walaupun bahayanya tetap ada dari daratan.

 

Proses perubahan ala mini sebenarnya membuatkan manusia berfikir untuk mewujudkan bentang dan tanpa disedari, juga telah mewujudkan sarang ikan yang akan menjadi salah satu tempat tumpuan kaki pancing saban hari.

 

Kebiasaannya, spesies yang dicari di muara tentunya yang bersisik seperti siakap, siakap merah dan kerapu.

Di pasaran, spesies ini mempunyai harga yang tinggi dan menjadi buruan kaki pancing muara.

IKLAN

Pelbagai teknik pancingan digunakan seperti penggunaan gewang hinggalah kepada umpan semulajadi yang masih menjadi pilihan.

 

Ada yang tidak sedar, bongkah-bongkah batu yang dipijak ketika melabuhkan pancing menjadi sarang persembunyian terbaik bagi ikan-ikan kecil.

Yang bersaiz besar menanti di ruang yang lebih terbuka, mencari peluang terbaik membuat serang hendap.

 

Kaki pancing lebih banyak yang memilih untuk membaling umpan jauh ke tengah dasar, mencari habuan bersaiz besar walaupun kadang-kadang keluarga ikan bermisai yang melahap umpan.

 

IKLAN

 

Lebih parah lagi, mata kail yang digunakan sering tersangkut pada batu dan kaki pancing terkial-kial menarik tali bertujuan melepaskannya.

Cara ini lebih banyak membuang masa kerana selepas itu terpaksa membuat perambut baru dan bagi yang sudah membawa perambut spare, masa boleh dijimatkan.

 

Tetapi, dapatkan kita bersabar dengan kerenah yang sering saja berlaku itu? Sekali nak periksa umpan, terpaksa menarik batu dahulu dan keadaan ini sebenarnya merimaskan.

 

Satu cara terbaik bagi saya ialah memancing tanpa menggunakan batu ladung dan membuat balingan yang jauh. Cukup sekadar apa yang berada di depan mata dan juga di celah-celah batu yang dipijak.

IKLAN

 

Di situ juga tidak mustahil untuk menemui spesies kegemaran kerana pemangsa yang sedang menanti makanan melintas di hadapannya. Kaku dan tidak bergerak di sebalik batu tanpa disedari.

 

Seperti teknik casting, kita perlu banyak membuat balingan dan gerakan dalam mencari kawasan yang berpotensi dapat menghasilkan ikan.

Cara memancing kawasan batu ialah sekadar menghulurkan umpan di celah-celah batu atau menghanyutkan saja umpan.

 

Cara ini dirasakan lebih berkesan kerana umpan yang dihulurkan bertindak seperti makanan yang jatuh atau hanyut dan tersekat-sekat mengikut aliran air.

 

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI