Kebanyakan kolam memancing hari ini mengamalkan konsep pancingan tangkap dan lepas. Tidak kiralah kolam pancingan air masin mahupun air tawar.

Memandangkan ia konsep tangkap dan lepas maka proses pengendalian ikan amatlah penting bagi menjamin tahap survival ikan berpanjangan agar ia terus boleh dipancing lagi, lagi dan lagi…

 

 ➡ Ketika mendaratkan ikan

 

Gunalah tangguk yang disediakan oleh pihak. Jika tangguk tidak disediakan maka gunalah tangguk sendiri untuk mendaratkan hasil tangkapan tanpa mengira saiznya.

 

 

X Jangan sesekali menggunakan lip grip atau pencangkuk mulut ikan. Perbuatan ini bukan saja boleh mencederakan mulut ikan malah turut menjejaskan struktur tulang belakangnya. Terutamanya ikan yang bersaiz besar.

 

 

Jika ketiadaan alat mendaratkan ikan, cubalah untuk mendaratkan ikan dengan memegang bahagian ekornya.

 

IKLAN

Atau dengan memasukkan tangan ke bahagian bawah pipinya. Namun tindakan ini perlu berhati-hati agar tidak mencederakan bahagian insangnya.

 

X Elakkan juga melakukan jerk iaitu mengangkat ikan keluar dari air dengan menggunakan kuasa joran dan tali pancing walaupun memiliki set pancing yang sangat berkuasa.

 

 ➡ Ketika menanggalkan mata kail

 

Gunalah playar atau alat khas menanggalkan mata kail (hook remover) untuk mengeluarkan mata kail yang tertancap pada mulut atau badan ikan.

 

IKLAN

X Elakkan dari menanggalkannya hanya menggunakan tangan sahaja.

X Sekiranya mata kail berada jauh di dalam mulut ikan, sebaiknya cakap dipaksa untuk menanggalkannya. Potong sahaja perambut kira-kira 5 cm yang terkeluar dari mulut ikan.

 

 ➡ Ketika bergambar dengan ikan

 

Sekiranya ingin bergambar dengan hasil tangkapan, lakukanlah dengan tempoh yang segera.

 

X Jangan bersihkan badan ikan dengan mengelap kotoran atau lendir pada badan ikan. Lendir pada badan ikan adalah agen antibodi yang sangat penting pada kesihatan ikan.

IKLAN

 

X Jangan juga bergambar dengan cara menggantung ikan dengan menggunakan lip grip.

 

Sebaiknya biarkan ikan berada dalam keadaan tenang sebelum memegangnya. Peganglah bahagian ekor dengan kemas dan mengampu bahagian abdomennya untuk bergambar.

 

 

 ➡ Ketika melepaskan kembali

 

Χ Jangan sesekali campak ikan ke kolam dengan cara melambungnya ke udara. Perbuatan ini samalah sebagaimana kita terjun ke kolam dengan cara mengembangkan badan.

 

Jika perlu, berikan sedikit bantuan pernafasan jika ikan yang dilepaskan kembali dengan cara yang sempurna menunjukkan respon negatif untuk berenang dalam keadaan normal.

 

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI