Nama penuh: Nazri bin Hassan

Nama FB: Aie Naz

Usia: 48 tahun

Port: Segamat

 

UMPAN: Ceritakan sejak bila anda mula memancing & sejak bila terlibat memancing udang galah?

AIE NAZ: Saya mula memancing awal tahun 1980an. Memancing udang pun pada 1980an juga ketika berusia belasan tahun. Memancing udang galah dan ikan seiring sejak sekian lama.

 

UMPAN: Apa yang membuatkan anda seronok memancing udang berbanding ikan?

AIE NAZ: Memancing ikan feel dia lain… kita boleh main kasar. Maksudnya kita boleh sembat atau tarik kuat-kuat dengan sesuka hati.

Udang pula ada karen sebab kalau yang kecil tak berapa nak rasa tarikannya. Tapi bila yang besar atau galah boleh gigil dia punya henjutan terbayang-bayang sampai tidur.

 

Aie Naz – Masta Jenggo Sungai Muar

IKLAN

 

UMPAN: Apa rintangan yang perlu dihadapi & apa pula harapan anda dalam meneruskan hobi ini?

AIE NAZ: Rintangan yang kita tempuhi macam-macam… kena bawa enjin dan bot fiber jika tempat tu belum ada buat sewa fiber. Jalan teruk hanya 4wheel sahaja yang boleh masuk.

Masa pergi air pasang senang turunkan enjin dan bot… masa balik air surut puas tarik bot sebab tempat naik bot jadi tinggi. Disebabkan hobi, semua tu tiada hal bagi pemancing yang betul-betul berminat.

 

Aie Naz – Masta Jenggo Sungai Muar

 

UMPAN: Ceritakan pengalaman paling manis & paling pahit pernah dihadapi ketika memancing udang?

AIE NAZ: Pengalaman pahit manis pula banyak kalau ikutkan tak tercerita dalam ni. Pernah jumpa buaya semasa memancing dengan orang rumah saya di Durian Chondong.

IKLAN

Pernah rosak enjin bot dan kena berdayung sejauh lebih 1 kilometer. Pernah terlanggar kayu melintang dalam sungai dan bot hampir terbalik.

Pernah bekas udang yang hampir penuh dalam rajut putus masuk sungai dan macam-macam lagi

 

Pengalaman manis pula pernah memancing udang sehingga Coleman 54quart pun penuh sampai tak muat nak bubuh. Masa tu memancing bertiga dengan adik dan arwah ayah sampai arwah ayah tegur dah-dah balik, nibukan udang dah. Hahaha.

Pernah naikkan galah satu tempat berbelas ekor… pengalaman yang tak boleh dijual beli.

 

Aie Naz – Masta Jenggo Sungai Muar

 

UMPAN: Apa pencapaian tertinggi yang pernah anda peroleh dalam memancing udang?

IKLAN

AIE NAZ: Pencapaian tertinggi masa mancing udang pernah dapat tempat ke-4 masa pertandingan memancing di Pantai Bernas, Kuala Rompin. Pada 18/19 Februari 2006 dekat Pantai Lanjut.

Kalau tak mungkin ranking no 1 atau 2 kalau orang tak main tipu. Sebab peraturan nak udang hidup timbang sebab masa dapat tu pun orang lain belum ada dapat galah lagi tapi yang pelik masa timbang ramai yang hantar galah tapi galah patah tengkuk.

 

Aie Naz – Masta Jenggo Sungai Muar

 

UMPAN: Nyatakan lokasi utama memancing udang galah, umpan dan setting peralatan yang anda biasa gunakan?

AIE NAZ: Lokasi utama memancing udang… Sungai Muar, Sungai Mawai, Sungai Nitar, Sungai Rompin, Sungai Nenasi serta Sungai Pahang. Banyak lagi tempat lupa nama sungai maklumlah dah lama. Tapi udang yang paling sedap rasanya Sungai Muar.

Umpan biasa yang saya guna cacing, anak udang, anak ikan gapi dan umpun-umpun. Peralatan saya pakai rod Ugly Stik 5′ 6″ hingga 7′ action UL hingga medium. Reel saiz 500 hingga 2000 Shimano dan Penn.

 

Aie Naz – Masta Jenggo Sungai Muar

 

 

(masta jenggo seterusnya)

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI