UMPAN: Boleh ceritakan bagaimana boleh terlibat dengan dunia hanyir ini dan sejak bila memancing?
BABY: Minat memancing ni sudah lama tetapi sekadar minat sajalah. Memancing pun sekadar suka-suka je.
Saya mula aktif sejak menyertai Kelab Pemancing Wanita Malaysia (WAC) kira-kira 5 tahun dahulu. Iaitu ketika Mala (pengasas kelab & penaung) tubuhkan kelab ini lagi.
UMPAN: Kenapa anda memilih hobi ini berbanding hobi yang lain?
Ads
BABY: Kerana memancing ni unik berbanding hobi yang lain. Banyak perkara yang boleh dipelajari melalui memancing bukan sekadar belajar teknik dan skill sahaja.
Ia satu cabaran juga bagi kaum Hawa kerana hobi ini banyak didominasi oleh kaum Adam. Jadi saya ingin cabar diri untuk mempelajari sesuatu yang baru yang bagi saya agak mencabar.
UMPAN: Apa cabaran dan harapan anda dalam meneruskan hobi ini?
BABY: Cabaran yang paling ketara apabila pergi memancing di mana-mana padang pancing, kaum Hawa dipandang rendah oleh segelintir kaum Adam. Malah ada juga disertai dengan ayat-ayat sinis dan sindiran.
Ads
Harapan saya agar kaum Hawa diberi ruang untuk menikmati dan mempelajari hobi ini sama seperti kaum Adam. Apa salah kita berkongsi hobi ini dengan aman dan harmoni.
UMPAN: Boleh kongsi pengalaman memancing yang manis dan pahit?
BABY: Saya rasa semua pemancing bersetuju dengan saya bahawa pengalaman manis ketika memancing tentulah bila strike ikan yang berbeza-beza.
Pengalaman pahit pula bila langsung tak strike ikan ketika rakan-rakan strike ikan yang berbeza-beza.
Ads
UMPAN: Apa pencapaian membanggakan yang telah anda peroleh?
BABY: Berjaya menaikkan ikan haruan tasek seberat 25kg di Kuala Rompin pada tahun lalu.
Ia merupakan rekod peribadi yang lebih manis berbanding berjaya menewaskan ikan layaran yang jauh lebih berat.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Jika di sebelah utara tanah air, nama Pak Ngah memang dikenali ramai oleh kaki pancing di sana.
Kaki pancing terutama kaki mengilat mengenali Pak Ngah kerana pengalaman dan keupayaan Pak Ngah dalam menghasilkan bullet fly buatan tangan yang memang terbukti prestasinya.
Pak Ngah meminati sukan memancing sejak sekian lama. Malah, Pak Ngah juga sering terlibat dengan banyak aktiviti berkaitan sukan memancing di sekitar Kedah dan Pulau Pinang, lebih-lebih lagi aktiviti yang menjurus kepada pendidikan untuk komuniti pancing.
Pengalaman memancing
Menurut Pak Ngah, pengalaman memancingnya bermula sejak sekian lama. Jadi tidak hairanlah, dunia memancing ini sudah menjadi sebahagian daripada hidup Pak Ngah sendiri.
Berkongsi kisah pengalaman memancingnya, Pak Ngah memberitahu bahawa dia mula mengenal pancing dan kail sejak usia 12 tahun. Waktu itu, aktiviti memancing Pak Ngah lebih ke arah pancingan laut.
Sekitar tahun 2001, Pak Ngah mula meminati pancingan ultralight. Waktu itu, Pak Ngah telah berjinak-jinak dengan pancingan ikan tarpon atau bulan.
Pancingan ultralight Pak Ngah bermula apabila dia pulang dan menetap di Kedah setelah beberapa tahun merantau.
Ketika menceburi pancingan ultralight, Pak Ngah merasakan kepuasan yang tersendiri.
Dengan rod dan tali yang mempunyai poundage yang rendah, perlawanan dengan ikan terutama spesies tarpon cukup menghiburkan.
Sejak itu juga, Pak Ngah mula berjinak dengan umpan tiruan dan mula menghasilkan umpan bulu atau bullet fly sehingga sekarang.
Cetusan idea bullet fly
Pak Ngah turut berkongsi cerita bagaimana permulaan ketika dia menghasilkan umpan bulu atau bullet fly secara buatan tangan yang kekal mendapat sambutan hingga hari ini.
Permulaan Pak Ngah menjadi seorang crafter bullet fly banyak mendapat dorongan daripada teman karibnya iaitu arwah Cikgu Fadzil.
Arwah Cikgu Fadzil banyak merupakan orang yang bertanggungjawab mengajar dan memperkenalkan pembuatan bullet fly kepada Pak Ngah.
Dari situ, Pak Ngah mula belajar cara pembuatan dan material bagi menghasilkan bullet fly yang berkualiti.
Jenis bulu dan cara ikatan banyak mempengaruhi bullet fly yang dihasilkan.
Selang beberapa ketika, Pak Ngah mula cuba untuk meningkatkan kualiti bullet fly buatannya baik dari segi material, persembahan dan prestasi.
Hingga kini, material utama penghasilan umpan bulu ini ialah bulu ayam jantan kampung.
Sejak dari awal, Pak Ngah menghasilkan umpan bulu secara kecil-kecilan sahaja sama ada untuk kegunaan diri sendiri dan beberapa orang teman rapat yang sering keluar memancing bersama.
Lama-kelamaan permintaan daripada rakan-rakan Pak Ngah semakin meningkat kerana keupayaan bullet fly buatan Pak Ngah betul-betul ‘mencakup’.
Akhirnya, Pak Ngah mula menghasilkan umpan ini dengan skala yang lebih besar bagi memenuhi permintaan daripada kaki pancing.
Hari ini, bullet fly hasil kerja tangan Pak Ngah mendapat permintaan daripada kaki pancing di seluruh Malaysia.
Harapan dalam sukan memancing
Sebelum mengakhiri perbualan, penulis sempat bertanya apakah harapan Pak Ngah bagi pemancing dan industri memancing itu sendiri.
Secara peribadi, Pak Ngah mengatakan bahawa dia mengharapkan akan berdiri lebih ramai lagi kaki pancing yang berilmu baik dari segi kaedah pancingan dan juga dari segi penjagaan alam sekitar dan sumber.
Bagi Pak Ngah, dia melihat pemancing ini sebagai duta alam sekitar. Dari situ, penjagaan sumber alam sekitar menjadi tanggungjawab pemancing kerana bagi Pak Ngah, pemancing merupakan antara individu dan komuniti yang paling rapat dengan alam sekitar.
Oleh itu, pemancing diharapkan sentiasa berhemah dan beretika, tidak mengotorkan alam sekitar ketika memancing lantas menjadi model ikutan kepada masyarakat sekeliling.
Pak Ngah juga berkongsi pandangannya berkaitan ultralight di mana dia melihat pancingan ultralight merupakan teknik pancingan yang semakin popular.
Sehubungan dengan itu, peningkatan pemancing ultralight biarlah sejajar dengan kredibiliti dan ilmu bagi seorang kaki pancing untuk sama-sama menjadi contoh yang baik kepada pemancing baru dalam penjagaan alam sekitar.
AYU: Kalau sekadar memancing biasa-biasa tu sudah agak lama tetapi penglibatan secara serius dalam sukan memancing ni sejak 2012.
UMPAN: Kenapa anda memilih hobi ini berbanding hobi lain?
AYU: Memancing merupakan hobi yang lain daripada yang lain. Ia satu-satunya hobi yang menyeronokan dan tidak pernah menjemukan.
Keseronokannya tidak boleh diceritakan tetapi boleh dirasai. Apabila ikan menyambut umpan… memang tidak boleh ditulis atau dilukis perasaan itu.
Hobi ini juga dapat menghilangkn stress bila penat berkerja.
UMPAN: Apa rintangan yang dihadapi sepanjang memancing dan apa harapan anda untuk meneruskan hobi ini?
AYU: Rintangan yang paling besar adalah untuk membina keberanian kerana saya pernah dipukul ombak besar dan kehilangan joran semasa ikan memakan umpan (teknik bottom).
Harapan saya agar dipermudahkan rezeki untuk menaikkan ikan yang lebih besar bersaiz 50kg ke atas.
UMPAN: Ceritakan pengalaman pahit dan manis sepanjang memancing?
AYU: Pengalaman manis… ketika memancing di perairan Koh Adang, Thailand selama 4H3M dan perairan Mersing, Johor selama 3H2M (turun memancing setiap bulan di perairan Pulau Pemanggil).
Pengalaman pahit… berhadapan dengan ribut semasa di tengah lautan dan pernah tercampak ke laut dalam semasa berada di atas bot.
UMPAN: Pencapaian membanggakan dan apa sasaran anda seterusnya?
AYU: Berjaya mendaratkan ikan layaran di perairan Thailand dan Mersing. Menaikkan ikan ebek, tenggiri, gerong belang dan lain-lain lagi dengan teknik jigging.
Impian saya… ingin merasai pengalaman memancing di perairan Maldives.
UMPAN: Difahamkan anda menyertai kelab memancing, boleh ceritakan sedikit tentang kelab tersebut?
AYU: Saya mula terlibat dengan kelab Lady Angler Johor Darul Takzim (LA JDT) pada tahun 2017 dan saya selaku setiausaha kelab.
Kami telah menganjurkan pertandingan amal LAJDT CHARITY FISHING CHALLENGE pada 6 April lalu.
Kesempatan ini saya mengucapkan terima kasih di atas sokongan dari pemancing wanita seluruh Johor bagi memeriahkan event ini. Penyertaan bukan sahaja kepada pemancing wanita sahaja, ia terbuka juga kepada pemancing lelaki.
Tujuan event untuk menarik seberapa ramai angler wanita di seluruh Johor agar dapat berkumpul dan mengeratkan silaturahim dan mengumpul dana untuk disalurkan ke badan-badan kebajikan di sekitar Johor.
CT: Datangnya minat untuk memancing ini semenjak 6 tahun yang lepas. Ketika itu Ct memulakan perniagaan di kolam Pancing Taman Universiti Seri Kembangan. Di situlah Ct mengenal ikan dan peralatan-peralatan memancing.
UMPAN: Kenapa anda memilih hobi ini berbanding hobi lain?
CT: Ct memilih bidang Ini kerana bidang ini sangat mencabar. Ia bukan saja menguji kekuatan fizikal malah menguji kesabaran mental.
Disamping itu ia memerlukan kemahiran dan teknik-teknik untuk dipelajari. Memancing bukan sekadar melontar umpan dan menanti umpan dimakan ikan.
Banyak perkara yang perlu dipelajari untuk menjadi seorang pemancing yang berilmu.
UMPAN: Apa rintangan yang dihadapi sepanjang memancing dan apa harapan anda untuk meneruskan hobi ini?
CT: Pelbagai rintangan yang dihadapi apabila Ct memilih hobi ini. Suka atau tidak Ct perlu berhadapan dengan pandangan kaum lelaki terhadap keupayaan kaum wanita dalam dunia pancingan ikan air tawar, yang memerlukan kekuatan fizikal dan kemahiran.
Harapan Ct… semoga lebih ramai lagi kaum wanita dapat bersama-sama memeriahkan lagi dunia pancingan ikan air tawar.
UMPAN: Ceritakan pengalaman manis & pahit ketika memancing?
CT: Kenangan manis semestinya apabila umpan yang dihasilkan sendiri diragut ikan bersaiz besar dan berjaya didaratkan.
Apa saja hasil tangkapan menggunakan idea dan skil sendiri pasti manis untuk dikenang. Kenangan pahit pula apabila ikan yang bersaiz besar lucut atau putus di pertengahan pertarungan memang kenangan yang sangat pahit apabila gagal menaikkan ikan ke darat.
UMPAN: Pencapaian membanggakan dan apa sasaran anda seterusnya?
CT: Setakat ini pencapaian yang boleh dibanggakan apabila berjaya mendaratkan ikan patin mekong seberat 23kg dan sasaran yang seterusnya untuk menaikan ikan air tawar yang bersaiz monster. Insya-Allah mungkin ikan yang bersaiz 50kg ke atas.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...