Tak perlu susah-susah cari cangkul, apatah lagi terpaksa ke kedai hardware semata-mata untuk membeli cangkul untuk mencari cacing. Memadai hanya menggunakan garam kasar dan melarutkannya di dalam sahaja!
Bahan-bahan
Garam kasar
Air
Cara Penyediaan & Penggunaan
Tutorial 1
Larutkan garam kasar dengan air. Terpulang sama ada untuk memanaskan air supaya garam cepat larut atau sekadar mengacaunya. Yang penting dapatkan larutan air garam yang pekat tahap kemasinannya.
Tutorial 2
Bawa bekas berisi air larutan garam tersebut ke lokasi mencari cacing. Lazimnya kewujudan cacing di sesuatu lokasi dapat dilihat dengan tahi-tahinya yang melata di atas permukaan tanah. Macam mana nak kenal kenal tahi cacing tu amatlah sukar untuk kami ceritakan.
Tutorial 3
Curahkan sedikit iaitu sekadar bagi air larutan garam dapat meresap masuk ke dalam lubang-lubang yang digali oleh cacing. Kemudian curahkan ke lokasi lain pula. Biarkan kira-kira 5-10 minit untuk melihat hasinya.
Tutorial 4
Jika kawasan tersebut terdapat cacing, pasti berbondong-bondong cacing akan keluar ke permukaan tanah akibat kesan larutan garam tersebut. Sebelum ia menggali masuk ke dalam tanah yang lain, maka perlu pantas untuk mengutip cacing-cacing tersebut.
* Nota Tambahan
Korang tak perlu bawa cangkul jika ada trip memancing dan camping di dalam hutan. Memadai hanya membawa larutan garam atau garam kasar sahaja untuk mencari cacing sebagai umpan di dalam hutan.
Masukkan kembali cacing yang diperoleh ke dalam bekas yang berisi tanah yang bebas dari terkena air garam. Sebaiknya tanah lembab yang cukup banyak untuk membolehkan cacing tersebut kembali cergas. Dan cacing ini perlu digunakan dengan segera.
Masukkan sedikit air anggaran 200 ml di dalam bekas bancuhan (untuk mengadun bahan perisa). Sebaiknya gunalah air bebas klorin seperti air kolam. Kemudian masukkan 6 penutup botol pes strawberi.
Step 2
Masukkan pula satu botol esen pisang dan kacau agar ia sebati.
Step 3
Masukkan dedak 929 dan dedak bomb. Gaul sekata campuran dedak dengan larutan air berperisa.
Step 4
Setelah campuran sebati, masukkan pula 6 penutup pes pandan. Gaul lagi campuran adunan ini.
Step 5
Terakhir sekali masukkan dua paket serbuk panda NS Power dan gaul sehingga memperoleh adunan yang sesuai untuk dikepal pada spring. Tambah air sedikit demi sedikit untuk memperoleh adunan yang peroi dan cantik.
Kejadian kapal melanggar bot-bot kecil jarang kita dengar namun kes ini memang ada berlaku apabila bot-bot kecil ini memancing di alur laluan kapal dagang pada waktu malam terutamanya di perairan Selat Melaka.
Sebenarnya tekong mampu mencegah dari ia berlaku kerana keselamatan diri dan kaki pancing lain adalah perkara utama yang perlu di titik beratkan. Dalam kes tersebut, kebiasaannya kes berlaku disebabkan tekong dan juga pemancing tertidur.
Justeru, jangan terlalu mengambil risiko memancing berada tepat di laluan kapal kerana kapal-kapal yang besar akan melalui laluan yang telah ditetapkan sepertimana kapal terbang yang terbang mengikut laluannya.
Sentiasa peka dengan kehadiran kapal-kapal besar sekiranya memancing di tengah. Jika tidak, jangan ambil risiko dan adalah lebih selamat sekiranya bot kecil hanya memancing pada siang hari atau lebih dekat dengan kawasan pantai.
Menggunakan lampu amaran adalah salah satu cara untuk menunjukkan kehadiran nelayan. Selain itu penggunaan sportlight yang cerah boleh menjadi penanda kepada sampan lain di sekitar supaya pelanggaran tidak berlaku.
Sekiranya memancing pada waktu malam pastikan jarak selamat dari laluan kapal dan jangan leka dan tidur ‘mati’ sehingga tidak sedar kehadiran benda asing di sekeliling. Adalah lebih baik, anda memancing bersama rakan-rakan bot yang lain, agar sekiranya berlaku apa-apa boleh saling membantu.
Pastikan juga enjin bot dalam keadaan yang baik dan paling penting sentiasa perhatikan juga keadaan cuaca. Jangan ambil risiko sehingga membahayakan diri dan nyawa.
Kebiasaannya kapal dagang akan membunyikan hon yang nyaring tanda ia sedang melalui kawasan berkenaan sekiranya kapten kapal menyedari terdapatnya nelayan sedang memancing atau melabuhkan pukat.
Tetapi bayangkan saiz bot yang kecil berbanding dengan saiz kapal yang besar dan ada kalanya setinggi bangunan 10 tingkat membuatkan bot kecil begitu kerdil dan terdedah kepada bahaya. Saiz yang kecil membuatkan ia lebih sukar dilihat.
Ombak lintasan kapal juga amat merbahaya kerana ia mampu mencecah 2 meter jika terlalu dekat. Walaupun kapal dagang mempunyai alat pengesan benda asing di laluannya ia bukanlah menjadi lesen besar kepada bot kecil kerana masa yang diambil untuk berhenti secara mengejut tidak mungkin berlaku kerana kapal tidak akan membuat brek kecemasan seperti kenderaan di jalan raya!
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...