Bagi kebanyakan lokasi menebing terutamanya di muara sungai, joran sepanjang 7’ sehingga 10’ sudah memadai.
Jika di pantai mendatar, joran sepanjang 12’ kaki hingga 17’ lebih sesuai. Manakala kekili pula sebaiknya siri 4000 hingga 8000, sebaiknya kekili khusus untuk pancingan air masin dengan ratio sederhana.
Tali utama pula, sama ada tali mono atau braided boleh diguna pakai bergantung kepada situasi lokasi.
Saiz batu ladung boleh menentukan jarak baling. Tetapi pastikan batu yang digunakan dapat ditampung oleh hujung joran ketika lontaran dibuat.
Jika tidak, hujung joran mudah patah ketika permulaan lontaran. Saiz batu juga boleh ditentukan melalui keadaan pasang surut serta permukaan.
Bermula nombor 8 hingga 12 adalah saiz yang lumrah digunakan pemancing pantai. Pilih batu jenis lonjong memanjang supaya ia kurang memberi rintangan angin dan arus.
Kunjungi pantai atau muara ketika keadaan air yang kurang gelombang dan berangin. Pastikan tiada hujan sebelum kunjungan dan air yang hampir jernih (jika air terlalu jernih, ikan biasanya kurang galak memakan umpan).
Waktu terbaik ialah ketika air pasang penuh. Ketika itu, ikan akan merapat ke pantai. Pada sebelah malam pula, ikan lebih efektif daripada siang.
Secara ringkas waktu paling sesuai ialah lewat petang hingga sebelum fajar. Terbaik ialah lepas solat Maghrib hingga sebelum habis waktu Subuh.
Pancingan pantai atau surfcasting merupakan salah satu teknik pancingan di kawasan pantai. Secara amnya, teknik ini amat mementingkan jarak lontaran umpan jauh ke tengah. Panjang rod pula memainkan peranan untuk tujahan balingan serta meminimumkan tolakan ombak ke arah daratan pada tali utama.
Selalunya penggunaan tali benang (braided) sering digunakan namun tali benang kekuatan 60lb jenis 4 sulam sebenarnya agak besar/kasar dari segi diameter. Kekuatan tali tiada masalah pada asasnya namun saya mengesyorkan anda menggunakan tali berdiameter lebih kecil untuk memaksimumkan jarak lontaran anda.
Saya sendiri menggunakan tali braided 30lb jenis 8 sulam. Setakat ini ia sudah memadai dan berpadanan dengan setting yang digunakan. Satu perkara lain, sebaiknya carilah tali sulam jenis bulat dan kurang menyerap dan dapat memotong air dengan baik. Ia sangat membantu bagi mengekalkan umpan berada di dasar.
Cabaran memancing ada kalanya cukup sukar bila mana lokasi spesies target berada di lokasi yang bahaya dan boleh mengancam nyawa seandainya alpa dan mengabaikan langkah-langkah keselamatan atau tiada persiapan rapi bertandang ke sini.
Khone falls, Laos
Merupakan sungai berjeram paling besar di Asia Tenggara. Berada di Lembah Sungai Mekong, karakter Khone Falls ini terdiri daripada beribu pulau kecil sehingga digelar Si Phan Don atau ‘The 4000 Islands’. Ancaman pancingan di sini ialah arus yang sangat deras.
Spesies target – Giant Mekong catfish
Hazard Rock, US
Merupakan spot ikan bersaiz besar terbaik untuk teknik surfcasting namun sangat merbahaya dan telah meragut beberapa nyawa. Air sangat dalam biarpun di tebing berbatu dan pukulan ombak mampu menarik pemancing ke tengah laut dan hampir mustahil untuk berenang ke tebing jika terjatuh,sebaiknya berenang ke tengah dan cuba mencapai boya. Beberapa kes dihanyutkan ombak dilaporkan.
Spesies target – Spesies trevally, tuna
Devil Hole, New York
Terletak dalam Sungai Niagara. Ancaman daripada air berpusar kuat yang disebabkan oleh air terjun dan kipas daripada 3 buah power plant. Pernah menghanyutkan pemancing selama 6 hari sebelum dijumpai.
Spesies target – Steelhead
The Red Triangle, California
Sangat popular di kalangan pemancing kayak atau kayak fishing. Namun risiko terbesar datang daripada serangan ikan jerung putih. 38% kes serangan jerung kepada manusia di Amerika Syarikat terjadi di sini.
Spesies target – Halibut, Sailfish
Gulf of Riga, Latvia
Merupakan spot pancingan popular terutama ice fishing. Namun, Riga juga mempunyai reputasi menakutkan kerana ais yang bergerak dengan cepat ditambah dengan perubahan suhu dan angin boleh menyebabkan perkara tidak diingini berlaku pada pemancing.
Spesies target- Garfish, Sea bass
Umba River, Russia
Antara lokasi terbaik bagi pancingan salmon. Namun perlu berhati-hati kerana kemungkinan beruang menjadi peneman tanpa disedari.
Spesies target – Salmon
Baikal Lake, Russia
Salah satu tasik terbesar di dunia ini terletak di kawasan Siberia. Selain pecahan ais, pemancing di sini terdedah kepada penyakit tick-borne encephalitis, satu penyakit berjangkit yang datang dari hutan di sekeliling Baikal. Penyakit ini mampu menyebabkan kematian dan pemancing biasanya mengambil vaksin jika ke sini.
Spesies target: Omul
The Arctic
Terletak di utara Russia, kawasan ini terdedah kepada serangan beruang polar dan juga suhu yang terlampau rendah.
Spesies target: Arctic Char
The Great Lakes
Antara lokasi popular di kalangan ice fishing. Great Lakes terdedah kepada risiko pecahan ais. Pada 2009, dengan bantuan airbone, kapal dan helikopter, seramai 135 orang pemancing berjaya diselamatkan oleh pasukan penyelamat akibat dihanyutkan oleh ais yang pecah.
Spesies target: Salmon
Chernobyl (Kiev Reservoir), Ukraine
Ancaman risiko terdedah kepada radioaktif akibat daripada letupan loji nuklear Chernobyl 1986. Pemancing dan pengunjung ke sini dinasihatkan agar tidak makan, minum, merokok atau menyentuh tumbuhan di kawasan terbuka.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...