Basic knot atau hook knot merupakan ikatan yang menyambungkan mata kail dengan tali pancing.
Ia antara ikatan terawal yang direkacipta tetapi keberkesanan penggunaan terus kekal sehingga hari ini. Ia agak mudah untuk dilakukan walaupun oleh pemancing baru.
Anda boleh menggunakan perambut tangsi mahupun kevlar bagi mengikat mata kail dengan basic knot ini.
Langkah 1
Masukkan hujung tali perambut kira-kira sejengkal melalui lubang cincin mata kail.
Langkah 2
Masukkan kembali hujung tali perambut melalui lubang cincin arah hadapan.
Langkah 3
Loloskan hujung tali ke dalam simpulan yang terhasil.
Langkah 4
Kecilkan simpulan pertama yang terhasil tadi dengan menarik tali perambut utama.
Langkah 5
Mulakan lilitan dengan bahagian hujung tali perambut pada teras mengarah ke mata kail.
Langkah 6
Lakukan 5-7 kali lilitan dan masukkan hujung tali perambut ke dalam simpulan.
Langkah 7
Basahkan lilitan tali perambut dan tarik kedua-dua tali perambut perlahan-lahan.
Langkah 8
Sila pastikan lilitan tersusun kemas kemudian barulah tarik ikatan sehingga kemas. Potong lebihan tali dan ikatan telah siap.
Teknik ikatan lelabah atau spider hitch loop knot merupakan satu kaedah simpulan dan ikatan untuk menghasilkan satu loop atau gelung yang sempurna. Gelung yang terhasil ini biasanya digunakan untuk menyambungkan swivel atau boleh juga untuk menyambungkannya dengan tali mono. Cara menghasilkan loop ini juga mudah dan boleh dihafal dalam masa yang amat singkat. Jom sama-sama buat!
Tutorial 1
Lipatkan tali sulam mengikut saiz loop yang anda inginkan. Kalau loop yang besar, panjanglah tali yang perlu dilipat dua.
Tutorial 2
Kepit bahagian tindanan tali di bawah ibu jari dengan jari telunjuk sebagaimana di dalam gambar.
Tutorial 3
Kemudian lilit tali berkembar pada ibu jari menghala ke arah hujung kuku. Pastikan lilitan ini tidak bertindih.
Tutorial 4
Kemudian masukkan bahagian lengkungan tali ke dalam gelung yang dikepit di celah jari.
Tutorial 5
Tarik perlahan-lahan hingga lilitan pada ibu jari melurut turun secara satu persatu.
Tutorial 6
Pastikan bahagian tali yang dikepit tidak terlepas.
Tutorial 7
Simpulan yang terhasil sebelum diketatkan. Sebaiknya perhatikan simpulan ini tersusun cantik agar tidak bertindan apabila diketatkan.
Tutorial 8
Tarik bahagian hujung dan pangkal tali dengan kuat sehingga ikatan terjerut kemas.
Tutorial 9
Kemaskan ikatan dengan memotong bahagian lebihan tali yang tidak diperlukan lagi.
Tutorial 10
Ikatan lelabah yang telah siap dan boleh digunakan untuk mengikat swivel atau disambung dengan tali leader.
Lipat kira-kira sejengkal hujung tali utama atau tali perambut (tak perlu terlalu panjang tetapi jangan terlalu pendek.
STEP 2
Kemudian buatkan satu simpulan biasa dengan bahagian U tali menjadi hujungnya.
STEP 3
Buatkan satu lagi simpulan yang sama atau lebih. Pastikan simpulan dilakukan sekurang-kurangnya dua kali.
STEP 4
Tarik bahagian hujung tali (U) dan pastikan simpulan yang terhasil tidak bertindan. Pastikan ikatan simpulan yang terhasil cukup ketat. Simpulan ini sudah siap dan boleh digunakan terus atau boleh disambungkan dengan swivel atau mata kail.
(Ini merupakan contoh bagaimana ia boleh digunakan untuk menghubungkannya dengan swivel) Masukkan gelung simpulan yang terhasil ke dalam lubang cincin swivel / mata kail bercincin.
STEP 5
Kemudian masukkan pula bahagian atas swivel ke dalam gelung simpulan (bukannya simpulan ke dalam lubang cincin swivel).
STEP 6
Tarik atau lurutkan gelung hingga melepasi swivel sepenuhnya. Elakkan dari menarik ketat sebelum gelung melepasi swivel sepenuhnya.
STEP 7
Sambungan peralatan terminal yang sempurna. Ia sangat ringkas tetapi amat kukuh menahan rintangan ketika memancing.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...