Simpulan J atau J Loop merupakan satu simpulan atau ikatan untuk menyambung dua tali yang sama atau berlainan jenis.
Ia boleh digunakan untuk menyambungkan perambut pendek pada tali utama dengan cepat. Namun ia bukanlah satu ikatan sambungan yang kemas dan sesuai untuk sambungan tali yang biasa-biasa saja.
Cara 1
Temu dan tindan kedua-dua bahagian hujung tali yang ingin disambungkan.
Cara 2
Pegang kedua-dua hujung tali kemudian buatkan satu lingkaran dengan bahagian hujung tali menindan tali utama.
Cara 3
Hujung tali itu kemudiannya dimasukkan kembali ke dalam simpulan (hujung tali berada di atas simpulan) dan kemudian dikeluarkan kembali dari simpulan (hujung tali berada di bawah bahagian tali simpulan).
Cara 4
Lingkar pula kedua hujung tali ke dalam lingkaran dan menindan tali utama lingkaran bahagian atas.
Cara 5
Ulangi sebagaimana langkah ketiga.
Cara 6
Setelah bahagian hujung tali keluar dari simpulan, tarik bahagian kedua-dua hujung tali dan tali utama sehingga terbentuk satu ikatan penyambungan.
Cara 7
Setelah bahagian hujung tali keluar dari simpulan, tarik bahagian kedua-dua hujung tali dan tali utama sehingga terbentuk satu ikatan penyambungan. Bahagian lebihan tali kemudiannya dipotong dan terhasillah ikatan simpulan J Loop dalam masa yang sangat singkat.
Spool knot atau ikatan pada gelendung kekili merupakan ikatan asas pertama yang biasanya akan kita pelajari apabila menjadi seorang pemancing. Banyak cara ikatan spool knot yang boleh dilakukan dan perkongsian ini merupakan contoh ikatan yang paling asas dan amat mudah untuk dipraktikkan.
(* admin pun masih guna ikatan ini)
LANGKAH 1
Lilitkan tali utama sama ada tali sulam atau tali tangsi pada spool sekurang-kurangnya dua lililtan. Jika diameter tali utama agak kasar, memadai dua kali sahaja.
LANGKAH 2
Setelah itu lingkarkan pula bahagian hujung tali pada Lingkarkan hujung tali pada tali utama.
LANGKAH 3
Pintal atau lilit hujung tali pada bahagian tali dari arah spool sekurang-kurangnya 5 kali.
LANGKAH 4
Masukkan hujung tali ke dalam lingkaran pertama yang terhasil pada tali utama tadi.
LANGKAH 5
Tarik dan ketatkan simpulan yang dihasilkan.
LANGKAH 6
Kemudian jerutkan pada spool sehingga ketat dan potong lebihan hujung tali.
Sabiki rig atau kita biasa sebut apolo merupakan satu rangkaian perambut bermata kail yang mana mata kailnya disulam dengan bebenang berkilau. Apolo ini biasanya digunakan untuk memancing ikan pelagik pelbagai saiz. Kalau ikan kecil maka kecillah saiz apolo yang digunakan dan begitulah sebaliknya.
Apolo ini boleh dibeli di kedai pancing tetapi jika korang ingin membuatnya sendiri adalah lebih baik. Untuk membuat apolo ini tidak sesukar mana dan kami ada panduan untuk korang menghasilkannya.
Peralatan keperluan:
Tali benang hijau atau tali rafia hijau, merah dan putih
Gunting
Playar
Perambut ibu 30lb
Perambut anak 10lb
Snap swivel
Swivel
Mata kail no 12-16
Tutorial 1
Ambil beberapa helai tali rafia hijau dan putih dan pintal hujungnya bersama.
Tutorial 2
Letak bahagian hujung rafia pada hujung teras mata kail. Ambil pula satu anak perambut dan satukan pada mata kail dan tali rafia.
Tutorial 3
Buatkan satu lingkaran anak perambut sebagaimana ingin melakukan ikatan snell.
Tutorial 4
Kemaskan ikatan yang telah dibuat. Ulangi perkara yang sama untuk sekurang-kurangnya 3 hingga 5 mata apollo.
Tutorial 5
Buatkan satu ikatan yang biasa anda gunakan untuk menyambung swivel pada salah satu hujung ibu perambut.
Tutorial 6
Sambungkan anak perambut pada ibu perambut dengan mata kail menghala ke arah swivel. Pastikan jarak mata kail dan swivel tidak terlalu rapat atau dalam anggaran sejengkal.
Tutorial 7
Pegang bahagian hujung anak perambut pada ibu perambut dan buatkan satu lingkaran kedua-dua perambut tersebut.
Tutorial 8
Masukkan bahagian anak perambut bermata kail dan ibu perambut ke dalam lingkaran sebanyak tiga kali.
Tutorial 9
Tarik simpulan itu sehingga menjadi satu ikatan anak perambut pada ibu perambut yang ketat dan kuat.
Ulangi Tutorial yang sama bagi bagi anak perambut dengan pastikan jarak agar setiap mata kail itu tidak bertemu antara satu sama lain.
Akhir sekali sambungkan snap swivel pada bahagian hujung ibu perambut bagi menyambungkan batu ladung.
Nota tambahan:
Swivel pada apolo disambungkan ke tali utama dan snap swivel pula untuk mencangkuk batu ladung.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...