Masukkan hujung perambut menerusi cincin swivel atau mata kail kira-kira sejengkal atau lebih bergantung kepada keselesaan korang. Lingkarkan tali perambut (bahagian hujung) ke bawah perambut utama dan kepit bahagian pertemuan perambut tersebut dengan ibu jari dan jari telunjuk.
Step 1
Lilitkan bahagian hujung perambut pada ibu jari dan biarkan lilitan itu menghala ke pangkal kuku.
Step 2
Buatkan lilitan kedua dengan keadaan lilitan tersebut berada di hadapan lilitan pertama ke arah pangkal kuku.
Ads
Step 3
Buatkan lilitan yang sama sekurang-kurangnya tiga lilitan. Jika perambut diameter lebih halus, seeloknya buat 5 lilitan.
Step 4
Ads
Masukkan hujung perambut ke menerusi ketiga-tiga gelungan (yang terbentuk hasil lilitan) yang dihasilkan tadi.
Step 5
Tarik perlahan-lahan simpulan yang dihasilkan merapati cincin swivel.
Ads
Step 6
Ketatkan simpulan yang telah dihasilkan dengan sempurna.
Step 8
Potong lebihan hujung perambut dan ikatan telah pun siap dihasilkan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Mangrove Jack (MJ) atau siakap merah biasanya memilih kawasan reba dan akar berselirat untuk menunggu dan menyerang hendap mangsa. Oleh yang demikian, set peralatan yang sepadan disyorkan kerana tentangan pada permulaan MJ meragut umpan dan melarikannya kadangkala akan menyebabkan pemancing kehilangan hasil apabila ia menyelinap di celah reba kayu.
Teknik memancing MJ tidaklah begitu sukar, yang penting ikatan perambut serta mata kail yang digunakan mestilah kuat serta mampu bertahan ketika sentapan pertama.
Anda boleh mengunakan batu hidup, batu mati ataupun tiada batu ladung untuk kawasan air cetek paling efektif.
Pilihlah kawasan reba dan jangan campak umpan ke dalam kawasan reba, Sebaliknya dilabuhkan kira-kira 1 hingga 3 kaki dari pangkal reba.
Kalau terus ke dalam reba kayu pasti sangkut. Umpan seperti anak ikan mati, potongan ikan kembong atau seekor ikan tamban, anak belanak dan cabuk cangkut seperti biasa. Jika mata kail tidak terlindung, biarkan saja kerana hal sebegini tidak memberi kesan yang mendalam.
Untuk umpan udang samada hidup maupun mati, cangkut mengikut lengkuk mata pancing anda. Sedia merembat apabila umpan diragut dengan rakus.
Kaedah balingan umpan tiruan dan menunda gewang boleh digunakan sekiranya air jernih (tidak terlalu keruh). Balingan adalah kawasan reba. Satu perkara lagi ialah MJ gemar kepada suasana yang tenang dan sunyi.
Taktik peralatan
Saya amat berminat untuk bertarung dengan spesies ini yang sememangnya merupakan ikan yang sangat kuat menyentap umpan serta memberi tentangan yang menarik terutama apabila kita mengunakan joran aksi ringan.
Barisan gigi yang tajam membuktikan bahawa spesies ini menyambar umpan atau menyerang mangsa terutama hidup maupun mati.
Walaupun MJ muara saiznya tidak begitu besar jika dibandingkan MJ laut lepas, tetapi ianya sudah cukup untuk memberikan pertarungan sengit.
Joran aksi sederhana berkekuatan tali dari 10 lbhingga 20lb dengan perambut panjang sekaki atau lebih. Mata kail no.1 hingga 4. Mata udang no.13 hingga 15 boleh digunakan kerana ketajaman tusukannya. Perambut berkekuatan 20 Ib hingga 40 Ib.
Spesies talang pandan dan todak biasanya berada di sekitar kelong setiap waktu, manakala yang lain lebih dipengaruhi oleh musim dan pasang surut. Air bunga pasang dan bunga surut adalah waktu terbaik. Air mati pula kurang sesuai untuk buru spesies mega.
Tamban merupakan umpan terpenting dan saiz umpan yang besar menjanjikan hasil yang besar. Ikan selar pula kurang dapat perhatian. Sebaik-baiknya gunakan apollo saiz 5, 7 atau 9 dari jenis sisik / kulit ikan untuk mencari tamban dan selar.
Apollo juga kadangkala mampu menjerat sagai, todak dan talang pandan. Untuk memancing alu-alu besar, umpan talang pandan dan todak saiz 200 ke 400gram adalah yang terbaik, malah ada pemancing menggunakan talang sehingga 900gram untuk menunggu alu-alu belasan kilo.
Menghanyut tanpa pemberat dan pelampung lebih efektif, dan biarkan ikan hanyut mengikut arah arus. Umpan yang dihanyutkan berhampiran kelong mudah menjerat talang, talang pandan dan todak. Jika menyasarkan tenggiri dan alu-alu, sebaik-baiknya lepaskan umpan kira-kira 50 meter atau lebih dari kelong.
Ini memberi kelebihan untuk kita melemahkan mangsa sebelum ia menghampiri kelong, takut-takut nanti ikan melakukan pecutan terakhir ke arah tiang kelong.
Sekiranya hendak menggunakan pelampung, pastikan jarak umpan dan pelampung sedepa atau lebih. Jika kurang, umpan pasti menjadi perhatian sang todak terlebih dahulu.
Kalau umpan tamban banyak tak apa juga juga kerana ada masa-masa tertentu amat susah hendak mendapatkan tamban, lebih-lebih lagi radius permainan tamban melangkaui tahap balingan apollo. Alamatnya kenalah makan angin, tunggu kumpulannya menghampiri kelong.
Memancing dengan kaedah menggunakan kayak atau kayak fishing kian mendapat tempat di kalangan pemancing hari ini. Seandainya anda ingin mencuba kaedah ini, sebaiknya pelajari dulu teknik pengendalian dan keselamatan.
Safety line 1 (Tali kayak)
Tali ini amat penting untuk menghubungkan (diikat pada peserta dan kayak) pemancing dengan kayak sekurang kurangnya 2.5 meter.
Tali berjarak 2.5 meter membolehkan anda jatuh ke dalam air tanpa ada sebarang gangguan dan tidak terlalu dekat dengan kayak demi keselamatan anda supaya tidak terhantuk pada kayak.
Tali ini juga berfungsi supaya anda boleh menarik kayak tanpa berenang kepadanya. Ia juga berperanan untuk memudahkan anda sentiasa bersama kayak walaupun air bergerak.
Safety line 2 (Tali paddle)
Tali ini menghubungkan kayak dengan pendayung. Jika kayak terbalik atau pun pendayung jatuh ke dalam air, tali ini akan memudahkan dapatkan semula pendayung.
Kayuhan
Setiap rentak kayuhan menentukan kelajuan dan imbangan ketika berkayak. Teknik kayuhan yang betul membantu mengekalkan stamina anda ketika berkayak.
Pastikan anda tahu teknik kayuhan melawan arus serta kayuhan melawan ombak jika melakukan pancingan kayak di kawasan sebegini.
Bebanan / Rintangan
Bebanan dan rintangan dihadapi ketika anda bertarung dengan ikan di dalam kayak. Cara mengawal bebanan di dalam kayak amat penting agar tiada kecelakaan berlaku terutama ketika anda sedang bertarung dengan ikan.
Imbangan Duduk
Apabila seseorang pemancing membuat lontaran gewang ketika duduk di dalam kayak, pastikan anda tenang dan dapat mengawal imbangan kayak. Kayak boleh terbalik kerana tujahan lontaran akan menyebabkan inersia dan kayak anda bergoyang.
Imbangan Berdiri
Sebagai seorang caster, teknik ini amat penting kerana dengan berdiri lontaran gewang akan lebih jauh serta tepat kerana adanya ruang yang lebih banyak untuk membuat hayunan rod.
Namun mengawal imbangan berdiri lebih sukar berbanding mengawal imbangan duduk.
Pastikan anda menguasai cara mengawal imbangan berdiri jika mahu melakukan cast secara berdiri. Jika tidak, pastikan anda duduk ketika buat lontaran.
Menaiki Kayak ketika terjatuh di dalam air
Jika kayak terbalik, pastikan anda tidak gelabah dan bertenang sebelum menaiki kayak anda kembali. Sama ada kayak jenis ‘on-top’ atau ‘sit’, pastikan anda tahu cara menaiki kayak dari dalam air sama ada dalam keadaan seorang diri atau dengan situasi bersama rakan kayak lain.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...