Ikatan Slim Beauty atau Slim Beauty Knot merupakan salah satu menyambungkan tali utama (tali sulam) dengan perambut kejutan (shock leader) yang bukan sahaja mudah untuk dipraktikkan, bahkan juga amat lasak untuk menahan kejutan yang dihasilkan oleh ikan ketika sedang bertarung.
Tutorial 1
Lingkarkan perambut yang akan digunakan untuk penyambungan dengan tali sulam.
Tutorial 2
Buatkan dua simpulan pada perambut tersebut.
Tutorial 3
Tarik perlahan-lahan simpulan tersebut menghasilkan 2 simpulan kecil.
Ads
Tutorial 4
Masukkan hujung tali sulam ke dalam lubang simpulan dari bahagian atas.
Tutorial 5
Masukkan pula hujung tali sulam ke lubang simpulan kedua dan biarkan satu lingkaran terhasil.
Ads
Tutorial 6
Biarkan satu lagi lingkaran terhasil dan lilit tali sulam pada perambut 7-8 kali.
Tutorial 7
Lilitkan kembali tali sulam ke arah belakang sebanyak 7-8 kali.
Ads
Tutorial 8
Masukkan hujung tali ke ke dalam 2 lingkaran yang dihasilkan tadi.
Tutorial 9
Ketatkan dengan menarik kedua-dua hujung tali.
Tutorial 10
Kemaskan dengan memotong hujung kedua-dua tali dan ikatan Slim Beauty telah siap dihasilkan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Pertama sekali buatkan lingkaran 8 figure knot (anda boleh carian tutorial 8 figure knot dalam website ini jika tidak tahu menghasilkannya). Jangan ketatkan lingkaran yang dihasilkan terlebih dahulu.
Langkah 2
Masukkan hujung tali utama ke dalam lingkaran yang dihasilkan. Sebaiknya masukkan tali kira-kira sejengkal panjang atau lebih. Kemudian barulah tarik dan ketatkan lingkaran 8 figure knot dengan kuat.
Langkah 3
Lilitkan hujung tali pada shock leader kira-kira 5 lilitan atau lebih.
Langkah 4
Kemudian bawa hujung tali ke arah simpulan tadi hingga terbentuk satu lingkaran bulat sebagaimana di dalam gambar.
Langkah 5
Seterus lilit pula hujung tali pada tindanan tali di dalam lingkaran sebanyak 5 kali juga.
Langkah 6
Setelah itu tarik perlahan-lahan hujung tali sehingga satu simpulan ikatan terbentuk pada shock leader seperti mana di dalam gambar.
Langkah 7
Seterusnya tarik kedua-dua bahagian utama tali sehingga kedua-dua simpulan merapati antara satu sama lain. Tarik sekuat mungkin.
Langkah 8
Kemudian potong lebihan hujung kedua-dua jenis tali. Boleh juga bakar bahagian hujung tali terutamanya shock leader kerana ia dapat membantu kelancaran keluar masuk tali pada joran.
Ikatan nail loop knot atau ikatan simpulan jarum merupakan satu ikatan menyambungkan perambut atau tali utama pada swiwel atau mata kail yang memiliki lubang cincin. Ia ikatan yang bagus jika menggunakan umpan hidup seperti anak ikan. Namun ikatan ini agak sukar dipraktikkan sekiranya menggunakan perambut yang keras seperti flourocarbon.
LANGKAH 1
Masukkan hujung tali perambut ke dalam lubang cincin kira-kira sejengkal atau lebih.
LANGKAH 2
Letakkan straw minuman air kotak yang tetapi keras (anggaran 3-4 inci) atau di tengah-tengah tali perambut tersebut.
LANGKAH 3
Dengan menggunakan bahagian hujung tali perambut sejengkal itu buatkan lilitan pada tali utama dan straw tersebut.
LANGKAH 4
Pastikan lilitan yang dilakukan itu bergerak ke arah lubang cincin mata kail bukannya ke arah mata kail.
LANGKAH 5
Buatkan lilitan tersebut sekurang-kurangnya 5 lilitan. Semakin banyak lilitan maka semakin kuatlah ikatan yang dihasilkan.
LANGKAH 6
Masukkan hujung tali ke dalam straw minuman hingga keluar di hujungnya pula.
LANGKAH 7
Tarik keluar straw tersebut dan ketepikannya. Peranan straw sudah tidak diperlukan lagi dalam ikatan ini.
LANGKAH 8
Tarik hujung tali perlahan-lahan sambil menjaga atau menyusun simpulan agak tidak bertindan atau berpintal.
LANGKAH 9
Kemaskan simpulan yang dihasilkan dengan seketatnya. Jika perlu basahkan simpulan terlebih dahulu.
LANGKAH 10
Potong lebihan tali setelah berpuas hati dengan kekemasan ikatan.
Simpulan J atau J Loop merupakan satu simpulan atau ikatan untuk menyambung dua tali yang sama atau berlainan jenis.
Ia boleh digunakan untuk menyambungkan perambut pendek pada tali utama dengan cepat. Namun ia bukanlah satu ikatan sambungan yang kemas dan sesuai untuk sambungan tali yang biasa-biasa saja.
LANGKAH 1
Temu dan tindan kedua-dua bahagian hujung tali yang ingin disambungkan.
LANGKAH 2
Dalam anggaran sejengkal dari bahagian hujung tali, buatkan satu simpulan biasa tanpa menjerutnya terlebih dahulu.
LANGKAH 3
Hujung tali itu kemudiannya dimasukkan kembali ke dalam simpulan (hujung tali berada di atas simpulan) dan kemudian dikeluarkan kembali dari simpulan (hujung tali berada di bawah bahagian tali simpulan).
LANGKAH 4
Setelah bahagian hujung tali keluar dari simpulan, tarik bahagian kedua-dua hujung tali dan tali utama sehingga terbentuk satu ikatan penyambungan.
LANGKAH 5
Bahagian lebihan tali kemudiannya dipotong dan terhasillah ikatan simpulan J Loop dalam masa yang sangat singkat.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...