Caranx ignobilis atau lebih popular dipanggil GT (giant trevally) atau nama tempatan yang disyorkan gerepoh. Kalau dapat ikan ini ia membolehkan anda melakarkan senyuman puas, manis dalam keletihan serta membuatkan anda bercerita kepada kaki pancing sampai seminggu lamanya.

 

Gerepoh merupakan anggota keluarga ikan trevally (jack) yang terbesar. Ia dilaporkan mampu mencecah berat melebihi 80kg. Di perairan tempatan yang terberat pernah dilaporkan tewas di tangan pemancing ialah 50kg dan purata yang biasa ditangkap ialah 10 kg ke bawah.

 

Ikan Terhebat – Spesies Gerepoh Terbesar (Giant Trevally)!!

 

Warna keperakan pada bahagian bawah badan dan lebih gelap di bahagian atas badan. Keseluruhannya hampir sama manakala badannya lebih lebar dan tegap berbanding cupak yang bermata lebih besar. Warna sirip dorsal lebih gelap kelabu dikelilingi jalur putih yang terang.

IKLAN

Sesetengah ikan ini berwarna hitam terutama untuk spesimen yang lebih besar dan ketika musim ia mengawan. Ini boleh dilihat pada waktu ia bermain di permukaan air dan tidak mengendahkan langsung umpan yang dihulurkan.

 

Ia memiliki pangkal ekor bercabang yang tegap serta sisik keras yang tajam dan boleh menyebabkan kulit tangan luka dengan mudah apabila ada yang cuba memegangnya ketika ia menggelepar di lantai bot. Bergigi jarang tetapi kasar dan kuat. Kekuatan rahangnya mampu memecahkan popper kayu dengan sekali ngap.

 

Ikan Terhebat – Spesies Gerepoh Terbesar (Giant Trevally)!!

IKLAN

 

Gerepoh gemar kepada kawasan yang berkarang, tukun terutama struktur kapal tenggelam di dasar laut dengan kedalaman sehingga 100 meter. Kawasan yang disebutkan adalah lingkungan utama ia memburu mangsa yang terdiri dari pelbagai jenis ikan, anak ikan dan krutesia.

 

Gerepoh lebih gemar meronda di kawasan yang bertebing seperti yang terdapat di Tukun Perak, Pulau Sipadan, dan Pulau Jarak. Taburannya boleh dikatakan di semua kawasan perairan negara kita. Di kawasan pulau berbatu, gerepoh gemar mengintai mangsa dari kedudukan air dalam sebelum membuat serangan ke atas mangsa.

IKLAN

 

Ikan Terhebat – Spesies Gerepoh Terbesar (Giant Trevally)!!

 

Ikan yang biasa menjadi buruan Gerepoh besar adalah jenis snapper seperti anak jenahak, kunyit, remong dan pelagik. Sebab itu jenahak lebih gemar bersembunyi di celah batu pada waktu siang. Ini berdasarkan apa yang diceritakan oleh pemancing yang menyaksikan GT menyerang kumpulan jenahak di Pulau Sipadan. Setakat seekor jenahak 2 kg dengan mudah sahaja dibaham oleh bapak GT.

 

Gerepoh yang saiz 2kg ke bawah pula lebih tertumpu di muara sungai untuk memburu mangsa yang lebih kecil. Pantai Port Dickson, Pulau Ketam contohnya, kumpulan gerepoh akan masuk dalam bulan Mac hingga April.

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI