Pada 3 April 2017, seorang penduduk Kampung Jerantut Feri digemparkan dengan kemunculan ikan tapah seberat hampir 50 kilogram dan sepanjang 1.5 meter yang ditangkap oleh salah seorang nelayan darat di situ.
Nelayan berkenaan, Roslan Mohamad Napiah, berkata dia menangkap ikan itu menggunakan sauk besar dikenali sebagai candik.
Pari Gergasi 300kg
Pada 6 September 2016, seorang Nelayan berusia 64 tahun berjaya menangkap ikan pari gergasi seberat 300 kilogram di perairan Tanjung Batu, Miri Sarawak.
Ads
Nelayan, Bihie Ismail,64, berkata, ikan berkenaan ditangkap pada jam 12 tengah hari sebelum berjaya ditarik ke pantai Kampung Bungai dua jam kemudian.
Menurutnya, ikan pari itu ditangkap melalui kaedah pukat rawai menggunakan umpan isi ikan. Pukat berkenaan memang untuk menangkap pari, tetapi, dia tidak menyangka akan memperoleh tangkapan sebesar itu.
Ads
Katanya,setakat ini, dia sudah memperoleh RM1,000 hasil dari sebahagian jualan ikan berkenaan di pasar Bekenu dan penduduk kampung.
Kertang 168 kg
Juga di Miri, pada 18 Mac 2015, seekor ikan kerapu bersaiz luar biasa dengan berat 168 kilogram berjaya ditangkap nelayan di perairan Tukau.
Ads
Ikan kerapu yang dijual lebih RM10,000 itu menjadi rebutan pengusaha restoran di bandar ini selain turut menjadi tumpuan orang ramai yang tidak melepaskan peluang melihat ikan bersaiz luar biasa terbabit.
Pembeli bertuah yang juga pengusaha makanan laut, Ah Tai Chian, berkata, dia gembira apabila berjaya membeli ikan kerapu itu walaupun terpaksa berebut dengan pengusaha restoran lain.
gambar hiasan
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Laut Andaman merupakan salah satu lokasi memancing yang terkenal di serata Asia Tenggara. Laut yang merangkumi empat buah negara iaitu Thailand, Myanmar, Indonesia dan Nicobar (India) merupakan syurga bagi pemancing yang mengidamkan ikan bersaiz gergasi. Yellow fin tuna, ruby snapper, giant grouper, wahoo, dog tooth tuna, black marlin dan banyak lagi spesies ikan yang boleh dipancing di laut Andaman.
PULAU SIMILAN, PHUKET
Akhirnya peluang mengunjungi Laut Andaman telah terbuka sebaik sahaja saya menerima jemputan untuk kunjungan eksplorasi ke sana. Apabila bercerita tentang lautan Andaman, pastinya pemancing akan terbayangkan Burma Bank kerana ia merupakan lokasi paling popular di Laut Andaman.
Tetapi kunjungan saya kali ini di Pulau Similan yang terletak di Phuket. Kos dan perjalanan ke sana hanya separuh berbanding perjalanan ke Burma Bank. Pulau Similan yang berada di Laut Andaman tetap mampu memberi kepuasan memancing seakan-akan berkunjung ke Burma Bank.
Pulan Similan yang berkeluasan 5.4 batu persegi merupakan pulau kerdil yang mempunyai peranan utama dalam sektor pelancongan di Thailand. Pulau Similan atau disebut Koh Similan terletak hanya 46 batu nautika dari Phuket kaya dengan khazanah taman laut antara tercantik di dunia serta keindahan panorama dan pantai ini sering dikunjungi oleh pelancong asing terutama dari negara barat. Pulau yang menjadi syurga kepada penyelam ini sentiasa sibuk dengan kunjungan pelancong asing tanpa henti.
PERJALANAN 1200 KM
Perjalanan kami bermula dari kota metropolitan Kuala Lumpur. Sebanyak tiga buah kenderaan pelbagai guna dan 4×4 akan berkonvoi dari Kuala Lumpur ke Phuket. Setibanya kami tiba di sempadan Thailand di Bukit Kayu Hitam, Kedah, kami menanti ketibaan Cikgu Shamwen yang berperanan sebagai organizer trip ini. Kehadiran beliau juga bersama-sama rakan-rakan pemancing lain dari utara yang akan berkunjung ke lokasi yang sama.
Untuk ke Pulau Similan kami akan memandu kenderaan menuju ke Phuket. Jika dikira perjalanan kami dari Kuala Lumpur hingga ke jeti, kami akan melalui perjalanan pergi sejauh 1200km. Ini bermakna perjalanan pergi balik sejauh 2400km! Perjalanan yang jauh ini amat meletihkan dan memeritkan kami.
Ditambah pula dengan harga minyak di Thailand yang lebih mahal berbanding negara sendiri. Harga diesel untuk kenderaan 4X4 bernilai RM3.38 seliter perlu dibayar oleh kami untuk mengharungi perjalanan yang jauh ini.
Selepas hampir 20 jam memandu tanpa henti, akhirnya kami tiba di pusat peranginan terkenal dunia iaitu Phuket. Di sana kami membuat pendaftaran masuk di sebuah hotel bajet untuk bermalam. Walaupun kami telah sampai di salah satu pusat peranginan terkenal dunia, semuanya tidak kami dipedulikan gara-gara terlalu letih mengharungi perjalanan yang begitu jauh.
Kami hanya singgah sebentar untuk makan malam dan masa selebihnya berehat. Keesokan harinya kami bangun seawal pagi dan menyambung semula perjalanan kami menuju utara Phuket di Thap Lamu Pier dan 2 jam perjalanan diambil untuk ke sana.
Di Jeti Thap Lamu Pier kami menanti bot milik tekong Sai Yan berlabuh. Selepas menanti selama setengah jam, kami pun bekerjasama memunggah segala peralatan memancing kami ke dalam laut. Ternyata bot milik tekong Sai Yan ini amat selesa. Bot ini lengkap dengan bilik tidur yang selesa, bilik air, popping deck, plug elektrik, meja makan, GPS dan sonar. Cuma bot tersebut tidak dilengkapi dengan rod holder. Nasib baik kami telah bersiap sedia membawa rod holder dari rumah.
AYAM DAN ITIK MEMANCING BERSAMA
Masalah… masalah… masalah…! Itulah yang bermain di minda kami apabila mendapati tekong Sai Yan tidak pandai berbahasa Inggeris apatah lagi Bahasa Melayu. Awak-awak beliau juga hanya mengetahui beberapa patah perkataan sahaja. Memang menjadi adat setiap kali kami mengunjungi tempat baru, pasti ada pengalaman dan kesukaran yang perlu kami hadapi.
Walaupun ekspedisi jelajah Pulau Similan ini telah menjadi seperti trip ayam dan itik. Itu tidak mematahkan semangat untuk kami berkomunikasi dengan tekong Sai Yan. Kami berkomunikasi dengan tekong Sai Yan menggunakan bahasa isyarat dan berpandukan gambar ikan di majalah sebagai rujukan beliau.
Selepas berbincang dengan tekong menggunakan bahasa isyarat tangan dan gambar, akhirnya tekong Sai Yan bersetuju membawa kami ke lubuk terbaik beliau untuk mencari ikan sasaran kami iaitu kerapu hitam (Kertang, Giant grouper atau nama saintifiknya Epinephelus lanceolatus) yang begitu tinggi nilainya di pasaran.
Perjalanan kami ke lubuk pertama akan mengambil masa perjalanan selama 6 jam. Sepanjang perjalanan ke sana, kami cuba berkomunikasi dengan tekong untuk mencari lebih maklumat. Walaupun perbualan kami dengan tekong seperti perbualan ayam dan itik, Sai Yan kelihatan amat peramah dan cuba sebaik mungkin memberi maklumat yang kami inginkan. Kadang kala, sempat juga dia berjenaka dan bergurau dengan kami.
Biarpun perairan Rompin lebih gah dengan aktiviti memancing ikan layaran, ia sama sekali tidak meluntur semangat sebuah kelab memancing untuk menganjurkan kejohanan memancing dengan konsep pancingan jigging ringan atau light jigging.
Rompin Jigging Hustle merupakan pertandingan memancing berasaskan konsep jigging ringan merupakan satu usaha berani kelab pemancing Madness Eastern Angler (MEA) sebagai penganjur utama.
Acara sukan memancing ini turut mendapat kolaborasi dari Mindspace, Rompin Boat Fishing dan Tourism Malaysia Pahang, serta mendapat sokongan dari Pejabat Ahli Parlimen Rompin.
Ia turut memperoleh penajaan dari pengusaha industri memancing seperti 1Stop Fishing, OAG Worldwide, Senses Fishing dan banyak lagi.
Rompin Jigging Hustle yang dilangsungkan pada 21 Julai lalu ternyata mendapat sambutan menggalakkan dari pemancing bergelar jigger seluruh negeri.
Bermula pada jam 8.45 pagi sebanyak 12 buah bot pancing yang memuatkan maksimum 7 pemancing bagi setiap bot dilepaskan.
Sepanjang berada di laut dalam radius 15 batu nautika dari jeti, pemancing hanya dibenarkan memancing menggunakan umpan tiruan (jig) melalui aplikasi jigging sebagaimana yang tertera di dalam syarat dan terma pertandingan.
Untuk membolehkan hasil tangkapan melebihi 1 kg sebagaimana yang disyaratkan, pemancing perlulah menyertakan rakaman foto dan video aksi memancing dan hasil tangkapan, sejurus tiba di jeti pada jam 5 petang.
Tanjung Buai yang berada di dalam daerah Kota Tinggi, Johor merupakan kawasan muara yang cukup strategik untuk dilawati kaki pancing seluruh Malaysia Muara Tanjung Buai boleh dilihat dengan jelas dari Jambatan Lebuh raya Senai-Desaru, yang pastinya menggamit pemancing untuk datang bertandang.
Muaranya yang bersambung dengan Teluk Sengat dan Kong Kong menjadi habitat pelbagai spesies hidupan akuatik, khususnya ikan muara. Bagi pemancing, spesies ikan gred A seperti siakap, tanda, siakap merah, merah, kerapu dan tebal pipi merupakan buruan utama, dek kerana harganya yang tinggi dan rasanya yang enak.
Selain popular diterjah melalui kaedah pancingan bot, Tanjung Buai juga popular dengan gugusan rumah rakit milik pengusaha tempatan yang menawarkan harga yang berpatutan untuk sesi pancingan selama satu hari atau lebih.
Salah seorang pengusaha rakit yang popular di Tanjung Buai adalah saudara Rosul. Beliau memiliki beberapa buah rumah rakit di kawasan berpotensi tinggi sebagai habitat ikan.
Setiap hujung minggu rakitnya pasti laris ditempah. Saya bersama Team Redah tidak mahu ketinggalan untuk mencubanya. Trip disertai oleh Amir, Paklang Rahimi, Pakteh Miren, dan saya, berikutan kekangan masa ahli-ahli yang lain.
Kami tiba pada saat air baru bergerak pasang, yang mana menjadi masa terbaik untuk melabuhkan umpan kerana kebiasaannya ikan siakap, jenahak dan tebal pipi sangat aktif pada ketika itu.
Udang hidup, ruat, udang pasar dan ikan tamban menjadi umpan taruhan kami. Udang hidup dan ruat merupakan diet utama kebanyakan spesies gred A. Ikan tamban dan selayang pula sangat sesuai digunakan sekiranya anda menyasarkan spesies kerapu dan pari.
Lebih elok sekiranya pemancing menggunakan umpan seekor ikan kerana lebih besar umpan, lebih besarlah saiz pemangsanya. Udang pasar pula lebih sesuai untuk mencari duri dan gelama sementara menantikan ketibaan spesies gred A yang dicari.
Tidak perlu menunggu lama, joran saya yang berumpankan ikan tamban direntap kasar. Namun kelewatan saya menyentap menyebabkan ikan terlucut. Kejadian yang sama juga berlaku kepada ahli- ahli yang lain. Sehingga ke petang, hanya beberapa ekor ikan gelama yang kami perolehi.
Senja, merupakan waktu efektif untuk mengintai spesies siakap. Umpan udang hidup dihanyutkan menggunakan kaedah pelampung. Selang berapa lama, pelampung yang digunakan Paklang Rahimi tenggelam timbul dilarikan mangsa.
Sentapan yang padu mengukuhkan cangkukan mata pancing, namun keadaan yang kosong ketika proses karauan menimbulkan tanda tanya. Rupanya seekor ikan pecah periuk atau siakap sampah menjadi habuan Paklang Rahimi. Melihat hasil yang memberangsangkan, Amir dan Pakteh Miren menukar kepada teknik yang sama.
Hasilnya, Pakteh Miren pula berjaya menaikkan spesies yang sama namun saiznya lebih besar. Alhamdulillah, rezeki. Ketika air mula bergerak surut, joran Paklang Rahimi pula dihenjut ganas. Sistem tegangan kekili yang diletak ke tahap maksimum tidak mampu menahan asakan, dan akhirnya perambut 80lb yang digunakan putus begitu sahaja.
Melihat kepada corak pemakanan, kami jangkakan suspek seekor kertang, yang saiznya kami agak sebesar pintu kereta kancil. Biasalah, bila ikan terlepas pastinya yang bersaiz besar. Selepas itu suasana kembali sunyi dari ragutan kasar, hanya gelama dan duri yang sudi muncul.
Sesekali ada ahli yang menaikkan belut dan sirat dan pemancing itu mendapat malang berganda apabila terpaksa menahan telinga pula daripada kutukan rakan-rakan.
Subuh keesokannya, jeritan kami memecah keheningan pagi apabila Amir pula menaikkan seekor tebal pipi. Hajat isterinya untuk merasa keenakan ikan tebal pipi sebelum trip bermula termakbul akhirnya. Saya hanya mampu memandang dengan iri hati, kerana hanya saya seorang yang masih belum menaikkan sebarang spesies gred A.
Kalaulah saya cepat sedikit, sudah pasti ikan yang terlucut sebelumnya dapat dinaikkan. Kalaulah… dan kalaulah itu berterusan sehingga matahari memunculkan diri.
Kami bersepakat menamatkan trip pada jam 9 pagi. Beberapa minit sebelum bot tiba, joran Lemax Slimmax milik saya tiba-tiba melentur. Peluang yang muncul diambil sebaik mungkin. Selepas beberapa minit bermain tarik tali dengan debaran yang kencang di dada, akhirnya seekor senangin anggaran 1kg dapat juga saya naikkan.
Kini lengkaplah koleksi 4 ekor ikan gred A untuk 4 orang pemancing. Kami pulang dengan senyuman. Sudah ada lauk untuk dibawa pulang dan sudah semestinya, tidak akan ada halangan dari isteri sekiranya ingin turun memancing lagi.
INFO RAKIT ROSUL
Sebarang tempahan atau pertanyaan, bolehlah hubungi saudara Rosul di talian 019-7822775.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...