Ikan sukan atau gamefish ialah ikan buruan penggemar sportfishing atau pemancing sukan. Terlalu banyak spesies yang tersenarai dalam kategori ikan sukan dan kami memilih spesies terbaik yang menjadi idaman pemancing tanah air.

 

Yellowfin Tuna

Mereka adalah salah satu tuna terbesar di dunia. Bentuk tubuh mereka memungkinkan mereka untuk mendapatkan kepantasan ketika mengejar mangsa seperti mackerel, flying fish dan sauries. Ramai pemancing bersetuju bahawa mereka adalah yang tercepat dan terkuat di antara keluarga tuna. Dan ia tuna terbesar yang terdapat di perairan kita.

 

Ikan Sukan Kegilaan Pemancing Seluruh Dunia

 

Bluefin Tuna

Ikan monster ini dapat membesar hingga 3meter dan berat hingga 450 kilogram. Ia memiliki stamina yang luar biasa yang menjadikannya salah satu ikan paling sukar untuk dijinakkan. Bagi pemburu tuna ia tentulah spesies idaman yang berada di puncak impian.

 

Ikan Sukan Kegilaan Pemancing Seluruh Dunia

 

IKLAN

Blue Marlin

Ikan sukan air masin yang paling banyak diburu oleh pengamal sportfishing. Ia merupakan mercu tanda kemuncak. Mersuji memiliki paruh yang digunakan untuk melukai, memengsan atau membunuh mangsa dan predator lainnya. Ia spesies besar, kuat dan pantas. Mereka dapat membesar hingga 5meter dan dapat mencapai berat sehingga 600 kilogram.

 

Ikan Sukan Kegilaan Pemancing Seluruh Dunia

 

Tarpon

Tarpon dapat ditemui di Lautan Atlantik dan Lautan Indo-Pasifik. Ia spesies yang mampu memberi tentangan yang sangat hebat untuk ditangkap kerana kemampuan mereka untuk melompat keluar dari air. Tarpon terbesar yang berjaya ditangkap dengan joran dan kekili seberat 249lb, sepanjang 7kaki. Sayangya spesies tarpon gergasi ini tiada di perairan kita.

 

Ikan Sukan Kegilaan Pemancing Seluruh Dunia

IKLAN

 

Sailfish

Ikan layaran hampir menyamai ikan mersuji, layar memiliki paruh yang panjang. Panjangnya tidak lebih dari 3 meter, tetapi mereka adalah salah satu perenang terpantas di lautan. Kepantasan renangan dan aksi akrobatiknya juga menjadi kegilaan pemancing sukan untuk menjinakkannya.

 

Ikan Sukan Kegilaan Pemancing Seluruh Dunia

 

Swordfish

Ikan todak atau ikan pedang adalah ikan predator besar, dengan paruh panjang dan rata. Ikan yang pantas dan sulit ditangkap ini memiliki tubuh yang memanjang dan bulat. Ikan pedang dapat melukai mangsanya dengan menggunakan paruhnya. Sehingga kini ia masih menjadi impian para pemancing tempatan.

IKLAN

 

Ikan Sukan Kegilaan Pemancing Seluruh Dunia

 

Giant Trevally

Ikan monster ini sangat kuat dan brutal. Ia dianggap sebagai predator puncak karena strategi perburuannya. Giant trevally atau GT dapat mencapai berat sehingga 80 kilogram. Namun untuk menemui saiz monster sebegini masih bagai impian bagi pemancing Malaysia.

 

Ikan Sukan Kegilaan Pemancing Seluruh Dunia

 

Greater Amberjack

Jika anda ingin pertarungan yang serius, carilah spesies amberjack atau aji-aji ini. Ikan amberjack adalah predator kuat yang memakan haiwan invertebrata dan ikan lainnya. Walaupun semakin sukar untuk menemui saiz-saiz perkasa spesies ini, ia bukanlah satu yang mustahil.

 

Ikan Sukan Kegilaan Pemancing Seluruh Dunia

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI