Ikan pendatang merupakan ikan yang dibawa masuk ke sesuatu perairan yang bukan habitat asalnya.

Kebanyakan dari kita menganggap ikan pendatang ini merbahaya kepada ikan natif atau ikan asal.

Ada pula yang bersetuju atas nama sukan memancing. Walau apa tujuan asalnya, sama ada menyokong atau membantah, mari kita lihat spesies-spesies ikan pendatang dan impak dari kewujudannya.

 

ROHU

 

 

Nama lain : Ruee, Labeo

Nama Saintifik : Labeo rohita

Negara asal : Asia; Pakistan, India, Bangladesh

 

Ikan rohu diperkenalkan di perairan negara kita sebagai sumber makanan. Bagi aktiviti pancingan sukan, ikan rohu juga diklasifikasikan sebagai antara ikan popular terutama di kolam-kolam dan lombong.

Spesies ini dikatakan tidak mempunyai rekod yang menunjukkan ancaman yang tinggi kepada ekosistem, jadi kebanyakan kolam-kolam pancing berbayar menggunakan spesies

ini sebagai antara spesies utama di kolam mereka. Ikan ini menjadi pilihan kerana ia mudah dibiakkan secara komersial.

 

KAP KEPALA BESAR

 

Nama lain : Bighead carp, Kap kepala besar

Nama Saintifik : Hypophthalmichthys nobilis

Negara asal : China

 

Ikan kap kepala besar ini merupakan spesies natif di China. Spesies ini diperkenalkan ialah bagi tujuan sektor akuakultur.

Spesies ini juga diperkenalkan bagi kawalan biologi kerana kemampuannya mengawal pertumbuhan melampau fitoplankton.

Secara negatifnya pula, spesies ini berkeupayaan untuk menurunkan bilangan diversity natif atau asal akibat pengurangan zooplankton yang melampau lantas mengubah jaringan

pemakanan sesuatu ekosistem. Selain itu, spesies ini juga berpotensi mengancam spesies tempatan kerana pembawaan dan penyebaran penyakit.

 

TILAPIA

 

IKLAN

 

Nama lain: Tilapia

Nama Saintifik : Oreochromis mossambicus

Negara asal : Negara Afrika; Mozambique, Lesotho, Swaziland

 

Tilapia merupakan spesies popular dalam keluarga cichlidae. Spesies ini diperkenalkan bagi pembangunan sektor akuakultur dan sebagai sumber makanan penduduk.

Bagaimanapun, spesies dari Afrika ini yang biasanya di kultur secara sangkar akan menurunkan kualiti air kawasan sekitar.

Tilapia yang terlepas ke sesuatu ekosistem pula mampu mengakibatkan pengubahsuaian ekosistem terutama kepada spesies cichlid tempatan serta komuniti bentik sesuatu habitat..

 

ARAPAIMA / IKAN NAGA

 

 

Nama lain : Arapaima

Nama Saintifik : Arapaima gigas

Negara asal : Amerika Selatan; Lembah Sungai Amazon

 

Spesies gergasi dari Lembah Amazon ini diakui menjadi spesies yang ganas. Spesies ini mula memasuki perairan tempatan atas kepentingan sebagai ikan hiasan dan juga ikan sukan.

Arapaima tidak dinafikan lagi menjadi buruan bagi mana-mana kaki pancing. Akibat pancingan tanpa kawalan, spesies ini dikatakan semakin sukar ditemui.

IKLAN

Bagi ekosistem tempatan pula, ikan ini mampu menurunkan populasi spesies tempatan dengan drastik jika dilepaskan tanpa kawalan ke dalam satu ekosistem.

 

IKAN BUAYA

 

 

Nama lain : Alligator gar

Nama Saintifik : Atractosteus spatula

Negara asal : Amerika Utara; Mexico, USA

 

Ikan yang kelihatan unik ini mula diperkenalkan di perairan tempatan bagi tujuan ikan hiasan dan juga ikan sukan.

Tiada bukti jelas juga menunjukkan ikan mulut buaya ini terlepas tanpa kawalan di habitat dan ekosistem bebas.

Namun, kekuatan ikan ini diakui oleh pemancing seluruh dunia termasuklah pemancing tempatan.

Walaupun populasi global ikan ini semakin berkurangan, ini tidak menghalang bagi pengusaha dan penternak spesies ini menjadikan ikan ini sebagai tarikan untuk kolam pancing komersial.

 

PACU

 

 

Nama lain : Cachama, Blackfin pacu

IKLAN

Nama Saintifik : Colossoma macropomum

Negara asal : Amerika Selatan; Lembah Amazon

 

Spesies ini juga merupakan spesies yang berasal dari Amerika Selatan. Spesies ini asalnya diperkenalkan untuk tujuan akuakultur secara minor dan penyelidikan.

Namun, disebabkan ikan ini kuat dan ganas, ia menjadi spesies popular di kalangan pemancing.

Ikan ini mempunyai gigi evolusi yang kuat dan berisiko mengancam spesies tempatan lain jika terlepas dalam ekosistem bebas tanpa kawalan.

 

IKAN BANDARAYA

 

 

Nama lain : Armoured catfish, Suckerfish

Nama Saintifik : Hypostomus plecostomus

Negara asal : Amerika Selatan; Brazil, Guyana, Surinam

 

Ikan bandaraya ini merupakan ikan yang popular di kalangan peminat ikan hiasan. Spesies ini diperkenalkan juga atas dasar kepentingan dalam ikan hiasan di mana kita boleh melihat ikan ini di kebanyakan akuarium.

Ikan bandaraya mempunyai sifat menyedut dan berguna membantu dalam pembersihan dalam kitaran dalam sebuah akuarium.

Risiko utama kepada ekosistem yang tidak terkawal pula ialah kemungkinan terjadinya pengubahsuaian struktur dasar dan sedimen bagi sesebuah sungai atau tasik yang berkemungkinan punca terjadinya kerapuhan ban atau tanah.

 

LEE KOH

 

 

Nama lain : Common carp, European carp, Likoh

Nama Saintifik : Cyprinus carpio

Negara asal : Eropah, Asia

 

Ikan likoh dengan nama umumnya common carp atau european carp (Cyprinus carpio) adalah ikan air tawar yang meluas di perairan eutropik di tasik dan sungai-sungai besar di Eropah dan Asia.

Populasi liar asli dianggap terdedah kepada kepupusan oleh Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Semulajadi (IUCN) tetapi spesies ini juga telah dipelihara dan diperkenalkan ke dalam persekitaran di seluruh dunia, dan sering dianggap spesies invasif yang merosakkan, termasuk dalam senarai 100 spesies invasif terburuk di dunia.

Ikan liar biasa biasanya lebih langsing daripada bentuk yang dipelihara. Jika diberi ruang dan nutrien yang mencukupi ia mampu membesar panjang sehingga 120 sentimeter, berat maksimum melebihi 40 kilogram,

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI