Kalau korang suka makan ikan haruan, maka adalah satu kemestian korang melakukan perkara yang sama sekiranya korang dapat ikan bujuk. Malah, ikan bujuk sebenarnya lebih sedap isinya berbanding haruan. Nak-nak lagi kalau dibuat masak stim. Perghhhh… padu!
Bahan-Bahan Keperluan:
Seekor ikan bujuk anggaran 300gm-500gm
20gm daun ketumbar
20gm halia muda (dihiris halus)
15gm bawang merah (dihiris)
15gm bawang putih (dihiris)
Ads
10gm cili padi (diketuk)
2 batang serai (diketuk)
20ml air limau nipis
3 helai daun limau purut
15gm daun bawang
Ads
Garam secukup rasa
Cara Memasak:
Ikan bujuk diletakkan di dalam bekas kukus bersama semua bahan-bahan yang disenaraikan di atas.
Ads
Tuangkan air limau nipis dan garam secukup rasa.
Kukus sehingga masak dan angkat.
Sedia dihidangkan.
Kalau nak lagi sedap jangan dikukus terlalu lama. Memadai ia secukup masak saja.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Kaki pancing ni kadang-kadang ada bakat jadi chef. Kalau tak reti masak pun, dia tahu ikan mana yang sedap ikan mana tak sedap. Ikan mana yang nak dilepaskan balik, ikan mana yang nak wajib dilepaskan ke kuali.
“Kalau ikan laut seperti sembilang, jenahak, senangin, tenggiri akan jadi kari. Ikan sungai atau air tawar, haruan = stim limau, puyu = goreng @ kari, sepat = goreng kunyit, toman= fillet tempura. Ni semua ikan yang pernah dapat dan masak sendiri (time rajin laaa… hahahaha).”
“Ikan ketutu / haruan bodoh / ikan ubi / marble goby… tu dia aihh, banyak nama dia. Kena kalau sangkut, confirmed kukus stim halia atau goreng tiga rasa. Aiihhhh… kecoq ayaq liuq!”
“Tak kira ikan apa… goreng kunyit campur perisa meggi buat apo pun tepi sungai memang sedap.”
“Sebarau bakar… nasi putih… budu dah cukup untuk mengalas perut masa trekking.”
“Ikan tenggiri. Masak asam pedas tak pun kari yang abah masak. Sabtu ni abah nak gi Pulau Payar. Nak carik tenggiri.”
“Ikan tengas masak dalam buluh… perghhh!! Hirup kuah sudah memadai apatah lagi daging ikan tengas yang empuk… layannn!”
“Ikan salai masak lomak cili api campur belimbing besi, dia punya sodap mak mertua jalan belakang pun tak nampak.”
“Mancing belut tengah panas kat sawah padi… bawak balik goreng kunyit garing2… perghhh! Surrrr!”
“Kalau dah tengah mancing atas bot ke dalam hutan ke, ikan goreng + nasi putih kicap pun sedapppppp ahahaha. Nak plak fresh2, hasil pancing sendiri, makan dgn geng trip… perghhhhhhhhh! Kecur liurrrrrrrrrrr!”
“Ketutu masak kukus stim halia atau goreng tiga rasa. Kalau nak selesaikan kat port mengail, lampam dan teruboi goreng dengan serbuk kari maggi. Goreng garing standby nasi panas dengan budu. Perrghh! Terlupa masalah dunia sekejap.”
“Kari jenahak rempah giling… kegemaran kawan-kawan termasuklah admin yang selalu bedal mata dulu.”
“Selalunya ikan yang banyak tulang realease balik sebab takut tak termakan, tapi ikan yang harga diyakini mahal di pasaran tu memang lepas dalam perut, bukan selalu dapat mkan ikan mahal ni. Hehe… tambah-tambah patin sungai… fuh beminyak bibir!”
“Ikan kerapu hantu… buat tomyam ja… isi lembut dengan manis ikan baru boleh buat nasi tambah habis… kulit dibuang dulu… banyak khasiat dia orang Cina bagitau.”
“Majoriti kaki pancing ni rata-rata memang tak banyak karenah bab makan. Kalau dalam hutan… hampir semua jenis makanan menjadi sedap termasuk sardin yang tak dimasak. Malah megi cup pun kalau takde aral rendam dalam air suam je. Paling best kalau dapat ikan fresh yang disalai dan dimakan bersama nasi kosong serta budu atas daun pisang secara berjemaah. Baru tak membazir… paling penting kicap jalen kena ada… Alhamdulillah.”
Kalau kaki pancing, kita tahu aktiviti seperti karen ikan, menuba, bom ikan dan beberapa lagi aktiviti yang memberikan kesan buruk kepada sumber perikanan kita. Jadi, apa pandangan anda terhadap mereka yang menjalankan aktiviti tidak beretika seperti ini?
“Orang yang buat ni hanya ambil jalan mudah untuk dapatkan ikan tanpa memandang kesan pada ekosistem hidupan di sungai tu pada masa akan datang”
– Mohd Rohaizal
“Orang ni kita kasi karen dia pulak dah berapa banyak tempat memancing dah habis dikerjakan dia orang!”
– Rosli Mat Salleh
“Rosak benih-benih ikan macam ni. Induk-induk yang terlepas selepas kena karen pakat mandul habis…! Takkkan ada generasi baru lagi mcm ni. Contoh ikan sturgeon kat empangan hidro luar negara… mana ada generasi baru. Semua generasi lama sebab hidup dalam kawasan berelektrik.”
– Awang Spanar
“Biasanya mereka yang buat benda ni bukan dalam kategori angler… mereka ni lebih kepada mencari keuntungan semata-mata tanpa memikirkan kesan buruk akibat perbuatan tersebut.”
– Muhaidi Dee
“Orang sepatutnya kena diambil tindakan undang-undang. Kalau jaring or jala kira ok lagi tapi kalau tahap karen or bom ikan itu dah melampau. Kesannya habis anak-anak ikan mati… macam mana tak pupus ikan… macam mana pulak untuk generasi akan datang…”
– Ahmad Yusry
“Karan… ikan yang tak boleh kat depa… yang kecik mati. Yang besar… terencat! Kepala besar badan kecil. Bom… kecik besar semua mati. Lubuk-lubuk baik punya habis. Tuba… sepanjang sungai… ikan habis mati!”
– Rosdi GTPB
“Bagus dapat orang-orang yang buat job ni kita shotkan balik kalau dia shot ikan, kalau dia tuba ikan kita bagi dia minum tuba tu pulak. Kalau kaki bom ikan kita bagi dia kunyah bom ikan tu pulak. Buat susah pada orang yang nak cari rezeki.”
– Nashima Nan
“Pada pandangan saya golongan ini adalah golongan yang sangat tidak bertanggungjawab. Hanya memikirkan jalan mudah tanpa memikirkan apa kesannya pada masa akan datang. Golongan ini juga yang akan menyebabkan anak cucu kita hanya mengenali spesies akuatik yang berharga hanya dalam buku ataupun artikel. Kasihanilah anak cucu kita.”
– Farid Rosman
“Orang yang suka menuba ni biasanya otak letak kat kepala lutut sebab nak senang dapat ikan cepat tapi tak fikir untuk masa depan bila mana ikan di sungai tersebut boleh pupus.”
– Mohd Nor Hasan
“Selfish! Biasa terdiri dari orang yang cetek pengetahuan dan bodoh sombong. Tindakan undang-undang yang lebih ketat perlu dilaksanakan.”
– Mohd Nor Fadzuan
“Isu mengkaren dan bom ikan ni perlu dibincangkn selalu supaya orang yang terlibat / lakukan perkara ni tau betapa kesan negatif pada alam sekitar terutama pada spesies ikan… sekaligus mengundang kepupusan ikan dikawasan itu. Kesimpulannya masih ada tiada kesedaran dan sikap tamak pentingkan diri masih berlaku.”
– Shamsul Adha
“Kerajaan mesti bertindak tegas dengan gejala menuba ikan atau mengaren ikan ini… akibat dengan cara ini tak mustahil anak-anak ikan tempatan akan musnah dan generasi baru tak lagi mengenali ikan-ikan tempatan selepas ini.”
– Harul GMK
“Saya penah ikut kawan karen ikan guna bateri di Batu Kurau dulu… pada pendapat saya karen ikan ni tak la mengancam nyawa ikan sangat berbanding dengan menuba atau meracun ikan sebab karen ikan ni hanya pada jarak renjatan berhampiran dengan ikan berbanding dengan menuba… apa pun saya kurang bersetuju dengan cara karen, menuba atau menjaring ikan.”
– Syamsul KM
“Pandangan bang chik… kelompok yang bersikap penting diri sendiri… tamak bila mana nafsu serakah menguasai diri. Tidak memikirkan apa yang akan terjadi untuk generasi mendatang… natijahnya akan berlakulah hobi memancing menjadi sepi.”
Teknik ini cukup popular ketika era ikan keli merupakan spesies utama yang dipertandingkan. Malah ia masih berterusan sehingga hari ini berikutan keupayaan ikan keli untuk bertahan di luar air untuk tempoh yang agak panjang.
Teknik menyeludup ikan bukan terbatas di pertandingan memancing air tawar sahaja. Pertandingan air masin juga tidak berkecuali. Ia pernah berlaku dalam pertandingan memancing laut dalam di mana peserta menghantar ikan yang dibeli dari nelayan di tengah laut.
Malah dalam pertandingan mengilat yang tersohor di Tasik Kenyir suatu ketika dahulu, ada peserta yang menghantar ikan yang telah ditangkap beberapa hari sebelum pertandingan dan muncul sebagai pemenang.
Tambat ikan
Teknik menambat ikan cukup sinonim dengan pancingan pantai dan tasik. Ikan yang dicangkuk mata kail di dalam mulutnya akan ditambat dengan tali atau perambut yang panjang.
Tali yang menambat ikan itu kemudiannya akan disambung pada tali pancing utama tanpa pengetahuan peserta lain pada hari pertandingan.
Komplot Marshall
Istilah ikan boll di dalam mulut cukup sinonim dengan pertandingan memancing yang dianjurkan di kolam atau tasik air tawar.
Ia memberi makna, mata kail haruslah tercangkuk di dalam mulut ikan sebagai syarat pengesahan tangkapan. Sekiranya tidak boll maka tangkapan dibatalkan.
Namun ia peraturan yang mudah dijual beli. Dengan tawaran suapan beberapa peratus, banyak kejadian di mana peserta yang memenangi pertandingan memancing adalah hasil rasuah kepada marshall.
Malah ada yang peserta yang berpakat secara langsung dengan penganjur.
Khidmat Bomoh
Matlamat menghalalkan cara. Demi memenangi wang pertaruhan, ada pemancing yang sanggup menggunakan khidmat bomoh atau ilmu hitam.
Ia bukan perkara baru namun kekurangan bukti nyata untuk mengheret para penipu dalam pertandingan memancing ini ke muka pengadilan menyebabkan ia tidak dapat didedahkan.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...