Apa hukum memancing di kolam berbayar? Kita membayar sejumlah wang tetapi tidak pasti sama ada berjaya memperoleh ikan atau sebaliknya. Gayanya bagaikan berjudi sahaja kerana mengeluarkan modal namun belum tentu mendapat hasilnya.

 

JAWAPAN:

Secara umum, harus hukumnya memancing di kolam pancing berbayar. Hal ini kerana yuaran yang dibayar ialah bayaran sewaan atas perkhidmatan yang ditawarkan mengikut tempoh masa tertentu yang dimaklumi sejak awal.

 

Antara contohnya ialah kolam, pondok, tandas, tempat letak kereta dan sebagainya. Hal ini bermakna pengusaha kolam tersebut bukannya menjual ikan, tetapi menyewakan kemudahan untuk memancing di tempatnya.

 

Keadaan ini samalah juga dengan kes seseorang yang mengikuti trip memancing atau mencandat sotong di laut. Pemancing membayar sejumlah wang atas perkhidmatan bot, tekong dan sebagainya. Bukannya atas hasil tangkapan.

 

Justeru, caj atau bayaran masuk yang dibayar bukannya pertaruhan untuk mendapatkan ikan, namun atas sebab perkhidmatan yang disediakan. Walau bagaimana pun jika ada unsur haram yang lain, maka hukumnya berubah menjadi haram.

IKLAN

 


 

Adakah caj mengikut masa yang dikenakan oleh pengusaha kolam pancing menepati syarak? Mengapa tidak dicaj mengikut ikan yang berjaya ditangkap sahaja? Baru adil.

 

Hukum Memancing Di Kolam Pancing Komersial

 

JAWAPAN:

IKLAN

Ya, caj mengikut masa diterima syarak dan berada di bawah hukum akad sewaan atau ijarah. Hal ini kerana pemancing menyewa kemudahan memancing di situ untuk tempoh tertentu yang telah dipersetujui sedari awal. Tiada kaitan langsung dengan hasil tangkapan yang bakal diperoleh.

 

Keadaan ini sama seperti mana hukum menyewa rumah yang dibayar setiap bulan. Si penyewa tidak boleh mempertikai dan mendesak untuk membayar kurang daripada jumlah yang telah dipersetujui awal atas alasan tidak menggunakan rumah tersebut sepenuhnya. Misalnya, “Bulan ini saya sempat duduk beberapa hari sahaja!”

 

Hal ini samalah keadaannya apabila kita menyewa joran untuk memancing. Tiada kaitan dengan jaminan akan mendapat ikan, apatah lagi bilangan ikan. Ia hanyalah bayaran sewa atas perkhidmatan yang disediakan yang telah dimaklumi dan dipersetujui dari awal.

 

IKLAN

 

Bukankah perniagaan kolam pancing ada unsur gharar atau keraguan yang dilarang agama? Buktinya, kita membayar sekian harga tidak tidak tahu sama ada berjaya memperoleh ikan atau tidak. Tidak silap saya, ada hadis yang melarang jual ikan di air.

 

Hukum Memancing Di Kolam Pancing Komersial

 

JAWAPAN:

Tidak dinafikan, terdapat hadis yang melarang berjual beli atas sesuatu barangan yang masih belum pasti kewujudannya. Misalnya ikan di dalam air, burung yang berterbangan di udara dan seumpamanya. Namun misalan tersebut tidak bersamaan dengan konsep kenaan caj untuk memancing.

Hakikatnya, perniagaan kolam pancing berdiri atas akad ijarah atau sewaan, bukannya jual beli. Maka, larangan menjual ikan di air tidak termasuk dalam kes ini.

 

(Sumber: Majalah Al-Ustaz)

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI