Hidupan Laut Yang Mampu Menyamar Tahap Melampau!!

Share

 

ketam penghias

Ketam yang juga dikenali sebagai Ketam Penghias ini akan mengambil apa sahaja objek semula jadi yang berada berhampiran seperti tumbuhan dan batu laut untuk bersembunyi daripada pemangsa.

Jika anda cuba mencarinya, mungkin ia amat sukar dijumpai kerana cengkerangnya amat mirip dengan batu dan karang. Ketam ini juga amat pintar kerana mampu mengoyak bahan yang dijumpai dan menggosok badannya untuk bersatu dengan persekitaran.

 

 

Sotong Katak

Sotong ajaib ini mampu menyamar dan bergabung dengan batu karang, tumbuhan, rumpai laut dan tanah dengan mengubah warna kulitnya. Selain itu, ia juga berupaya menukar tekstur dan bentuk fizikal mengikut keadaan sekeliling. Apabila sotong berlawanan jantina berada berdekatan, ia boleh membezakan diri dengan menukar kepada warna yang khusus untuk menarik perhatian.

 

 

sotong kurita mimik

Dilaporkan tidak ada haiwan lain di atas muka bumi yang boleh menyamai kebolehan menyamar sotong hebat ini. Ia mampu menukar warna kulit dan tekstur badan untuk berasimilasi dengan persekitaran secara serta-merta.

Sotong kurita ini sebenarnya mengusik pemangsa dan menghalau mereka dengan bijak dengan mengubah diri supaya tidak menyerupai dirinya sendiri. Jika kebanyakan haiwan lain hanya mampu mengubah warna kulit, sotong ini jauh lebih mengagumkan kerana berupaya mengubah bentuk badannya juga untuk menipu pemangsa.

 

 

IKLAN