Ketam yang juga dikenali sebagai Ketam Penghias ini akan mengambil apa sahaja objek semula jadi yang berada berhampiran seperti tumbuhan dan batu laut untuk bersembunyi daripada pemangsa.
Jika anda cuba mencarinya, mungkin ia amat sukar dijumpai kerana cengkerangnya amat mirip dengan batu dan karang. Ketam ini juga amat pintar kerana mampu mengoyak bahan yang dijumpai dan menggosok badannya untuk bersatu dengan persekitaran.
Ads
Sotong Katak
Sotong ajaib ini mampu menyamar dan bergabung dengan batu karang, tumbuhan, rumpai laut dan tanah dengan mengubah warna kulitnya. Selain itu, ia juga berupaya menukar tekstur dan bentuk fizikal mengikut keadaan sekeliling. Apabila sotong berlawanan jantina berada berdekatan, ia boleh membezakan diri dengan menukar kepada warna yang khusus untuk menarik perhatian.
Ads
sotong kurita mimik
Ads
Dilaporkan tidak ada haiwan lain di atas muka bumi yang boleh menyamai kebolehan menyamar sotong hebat ini. Ia mampu menukar warna kulit dan tekstur badan untuk berasimilasi dengan persekitaran secara serta-merta.
Sotong kurita ini sebenarnya mengusik pemangsa dan menghalau mereka dengan bijak dengan mengubah diri supaya tidak menyerupai dirinya sendiri. Jika kebanyakan haiwan lain hanya mampu mengubah warna kulit, sotong ini jauh lebih mengagumkan kerana berupaya mengubah bentuk badannya juga untuk menipu pemangsa.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Jenahak atau jenak merupakan spesies ikan air masin yang menjadi sasaran utama kaki pancing di negara kita. Selain keenakan rasanya, ia juga spesies yang mudah dipancing dengan pelbagai teknik seperti pancingan dasar, mengilat dan unjunan jig besi.
Kebiasaannya, beberapa faktor berikut perlu ditekankan sebelum memancing Jenahak. Namun, tip yang terbaik sebenarnya adalah merujuk kepada tekong-tekong kawasan yang ingin dipancing.
Ini kerana setiap lokaliti mempunyai sebab-sebabnya yang tersendiri yang berlainan dengan lain tempat Tentu saja orang yang memahami perkara penting ini adalah para tekong setempat.
Spot Jenahak
Antara faktor yang perlu diketahui ialah lokasi persembunyian atau spot kegemaran jenahak mengendap mangsa. Lazimnya spot yang menjadi kegemaran jenahak ialah kawasan lubang, kawasan berbatu atau alur (paloh). Walaupun kawasan tersebut sudah banyak mendaratkan hasil, ia akan terus dihuni oleh jenahak yang lain pula.
Faktor Arus
Faktor seterusnya ialah kelajuan arus. Faktor air mati atau besar turut mempengaruhi keaktifan jenahak untuk mencari makanan. Begitu juga dengan faktor kejernihan air. Lazimnya jenahak lebih menyukai keadaan air yang tidak terlalu keruh dan tidak pula terlalu jernih.
Suhu Air
Seterusnya ialah faktor suhu air. Jika kita perhatikan ketika musim hujan yang berpanjangan, hasil tangkapan jenahak agak berkurangan kerana dipengaruhi oleh faktor suhu air yang sejuk. Begitu juga dengan tahap kemasinan air. Aliran air tawar akibat limpahan air sungai dari pedalaman ke muara sedikit sebanyak mempengaruhi keaktifan jenahak.
Ikan siakap atau barramundi adalah spesies ikan yang cenderung atau berkemampuan merubah jantina (protandrous hermaphrodites). Sebagaimana yang telah dijelaskan dalam segmen info spesies kesemua ikan siakap dilahirkan sebagai ikan jantan.
Selepas menjalani tempoh kematangan dan beberapa kali mengawan, kebanyakan ikan siakap jantan ini mengalami proses perubahan jantina menjadi ikan betina, bergantung kepada keadaan. Atau erti kata lainnya, bukan semua ikan siakap akan berubah jantina dan ada siakap dilahirkan sebagai jantan dan mati juga sebagai jantan.
Dan setelah bertukar menjadi betina, siakap tersebut kekal sebagai betina. Hal ini mungkin terjadi bagi mengawal populasi ikan siakap agar tidak terlalu banyak. Ini kerana seekor induk betina siakap mampu menghasilkan jutaan telur. Dan sebagai ikan pemangsa, sudahlah tentu ia satu yang bahaya jika populasi berlebihan.
Adakah siakap jantan dari kawasan lain masuk untuk mengawan dengan siakap betina di kawasan tertentu adalah sesuatu yang lumrah kerana pada musim monsun atau musim mengawan, siakap jantan akan meronda masuk ke estuari untuk mencari pasangan.
Terdapat dua musim tengkujuh atau monsun utama di Malaysia iaitu Monsun Timur Laut dan Monsun Barat Daya selain dua inter-monsun yang berlaku di antara dua monsun utama tadi.
Monsun Timur Laut yang berlaku sekitar November–Januari merupakan monsun yang memberi kesan besar terutama industri nelayan dan memancing di Pantai Timur Semenanjung.
Monsun atau musim tengkujuh ini juga mempengaruhi spesies di perairan terbabit. Permulaan musim, spesies ikan daripada kumpulan mackerel (tenggiri, alu-alu), threadfin (senangin, kurau dan lain-lain) dan juga croaker (gelama) lebih banyak sementara gouper (kerapu) akan berkurang kerana akan bergerak lebih jauh ke tengah laut.
Waktu terbaik untuk memancing akan kembali sekitar April selepas inter-monsun. Waktu ini spesies grouper dan snapper akan kembali menghampiri ke kawasan pantai dan pemancing boleh menikmati aktiviti memancing sehingga Oktober.
Atau dalam erti kata lain, perubahan musim sedikit sebanyak turut merubah tabiat dan habitat ikan. Apabila habitat dan tabiat berubah, maka untuk memancingnya juga kita perlu berubah spot, taktik dan teknik pancingan.
Walaupun berubah habitat dan tabiat, ikan-ikan tersebut tidaklah bermigrasi atau berhijrah jauh dari habitat asal. Cuma, apabila ia berganjak lebih jauh ke tengah laut maka peluang untuk memancingnya tentulah sukar berikutan kesukaran untuk turun ke laut ekoran laut bergelora pada musim tengkujuh.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...