Haruan masak tempoyak Pembuka Selera Iftar

Share

 

Ikan haruan memang sudah diketahui umum memiliki khasiat perubatan yang tinggi. Kandungan asid amino dan lemak yang terdapat pada ikan itu mampu menyembuhkan luka serta amat baik menyembuhkan penyakit tertentu antaranya gastrik.

 

Ikan haruan juga mengandungi vitamin A yang membantu menambah daya penglihatan, melembapkan kulit dan bertindak sebagai antioksidan serta melambatkan proses penuaan. Lendirnya pula mengandungi asid olelik dan linolik tidak tepu dan menariknya, kandungan kolagen nya dapat mencantikkan kulit. Ikan haruan boleh dimasak pelbagai cara, sama ada masakan sup, kukus ataupun digoreng sahaja. Untuk variasi, ikan ini juga enak dimasak tempoyak.

 

 

BAHAN-BAHAN (3-4 ORANG)

 

5 – 8 keping potongan ikan haruan.

8 belimbing buluh, dibelah dua.

½ biji kelapa parut.

3 batang serai, dititik.

1 camca besar tempoyak.

5 tangkai cili padi (boleh ditambah jika suka).

2 inci kunyit hidup.

1 camca teh garam kasar.

2 sudu besar tempoyak (boleh ditambah jika perlu).

 

 

Langkah penyediaan

 

Cuci bersih ikan haruan dengan asam jawa.

 

Tumbuk cili padi, kunyit hidup dan garam kasar hingga lumat. Masukkan tempoyak dan gaul dengan bahan-bahan ini hingga rata.

 

Dapatkan satu cawan santan dan tambahkan air ke dalam periuk.

 

Masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk.

 

Masukkan dua batang serai yang telah dititik. Masak hingga mendidih, gunakan api sederhana, masukkan potongan ikan haruan dan belimbing buluh.

 

Kacau perlahan hingga mendidih dan gunakan api sederhana saja.

 

 

Hidangan sedia untuk dihidangkan. Lebih enak, masakan ini disertakan sekali dengan ulam dan sambal belacan.

 

Nota:

Ikan haruan tadi, boleh juga dipelbagaikan dengan cara ia juga boleh dipanggang di atas bara api terlebih dahulu.

IKLAN