Spesies kerdil ini bertaburan amat luas. Ia boleh dijumpai di China, Indochina, Myanmar, kepulauan Andaman, India, Sri Lanka, Afghanistan ke Iran. Ke selatan pula ia bertaburan dari Thailand, Semenanjung Malaysia, Singapura, Sumatera, Borneo, Jawa dan Madura.
Spesies yang ditemui oleh saintis Hamilton-Buchanan di Sungai Gangga, India pada tahun 1822 tidak mampu membesar melebihi 25cm. Spesimen yang biasa ditemui sekitar 10-20cm sahaja.
Ads
Haruan kedak menjadikan sungai hutan dan paya cetek sebagai habitatnya. Walau bagaimana pun ia turut pernah dijumpai di dalam perigi, longkang, tasik, sungai dan kolam-kolam kecil. Ia turut mampu hidup di kawasan tanah tinggi sehingga 3,500 meter.
Haruan kedak merupakan ikan cinonet yang cantik. Badannya kelabu keperangan dan terang di bahagian bawah. Bergantung kepada mood ikan ini, ia boleh berwarna terang atau berjalur hitam melintang pada bahagian belakang dan tepi.
Ads
Siripnya apabila menegak kelihatan hitam keperangan, kadangkala berjalur. Sirip ekor dan dorsal berbingkai merah oren. Warna ini lebih menyerlah pada ikan jantan dan individu yang tinggal di habitat yang lebih berasid.
Ads
Sirip analnya berbingkai putih atau kuning. Sirip pektoralnya kuning oren dengan empat hingga enam belang gelap melinting dan biru atau hijau gelap pada latar belakang. Bahagian bawah kepala berbintik seperti marmar dan ketika aktif, ia membentuk kilauan biru terang.
Warnanya yang hidup dan saiznya yang kecil menyebabkan ruan todak menjadi spesies popular ikan akuarium. Ia adalah spesies yang tahan lasak, mudah dipelihara dan cantik berada di dalam akuarium.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Ramai yang menyangka hanya terdapat sejenis saja ikan belut air tawar, sebenarnya terdapat sekurang-kurangnya dua spesies. Belut sawah (belut air tawar yang hidup di lingkungan sawah) dan belut rawa (belut air tawar yang hidup di lingkungan rawa atau paya gambut) adalah sejenis belut atau spesies ikan air tawar yang tergolong dalam keluarga besar Synbranchidae.
Belut air tawar dengan nama umum Asian swamp eel atau swamp eel ini membawa nama saintifik yang berbeza meskipun tidak memiliki perbezaan yang ketara.
Belut sawah (Monopterus albus) dan belut rawa (Synbranchus bengalensis) ini berasal dari kawasan tropika dan subtropika utara India dan Burma ke China, Rusia Asiatik, Jepun, dan Indo-Malayan Archipelago. Ia adalah salah satu ikan biasa yang ditemui terutamanya di Asia, dari India, China Selatan ke Malaysia dan Indonesia.
Persekitaran yang digemari spesies belut sawah dah rawa ini termasuk pelbagai jenis air tawar cetek seperti air tawar, perairan, rawa, sungai, sungai, parit, terusan, tasik, takungan dan kolam. Walaupun mereka lebih suka air tawar, mereka juga dapat bertolak ansur dengan keadaan payau dan masin. Kedalaman kurang dari tiga meter adalah optimum.
Belut juga berupaya menahan suhu sejuk dan pelbagai tahap oksigen. Spesies ini boleh mendapat sehingga 25% oksigen dari udara melalui kulitnya jika tidak menggunakan insang di bawah air. Asian swamp eel atau swamp eel ini memiliki badan yang tidak berskala, anguilliform (seperti ular) yang mampu membesar panjang hingga satu meter, namun spesimen dewasa yang lazim ditemui sekitar 25 hingga 40 cm panjang.
Belut air tawar mempunyai ekor tirus dan muncung kepala tumpul, dan tidak mempunyai sirip anal dan sirip pelvik. Sirip dorsal, sirip anal dan sirip kaudal adalah asas, dengan sirip ekor hampir tidak hadir. Sirip ini berperanan untuk melindungi belut daripada berguling dan membantu dalam membelok secara mengejut dan berhenti. Membran insangnya bersatu, tetapi insang berbentuk `V’ terletak di bawah kepalanya. Bentuk sedemikian menghalang aliran terbalik.
Umumnya belut berwarna coklat kehitaman pada bahagian atas tubuh dan berwarna coklat keputihan kadang juga berwarna coklat kemerahan pada bagian bawah tubuh. Sesetengah berwarna terang dengan bintik kuning, hitam, dan emas. Belut ini memiliki mata yang kecil, mempunyai gigi-gigi yang tajam dan runcing dan memiliki bibir yang cukup lebar.
Belut juga tidak memiliki sisik namun tubuhnya memiliki lendir yang berguna untuk mengurangi geseran pada air ketika berenang. Dengan lendir yang licin juga ia mampu meloloskan belut daripada pemangsanya.
Belut adalah pemangsa ganas di lingkungan sawah dan rawa. Dietnya terdiri daripada ikan kecil, cacing serta krustasea. Kebiasaannya diam atau bersarang di dalam lubang berlumpur dan menunggu mangsa untuk menyerang hendap.
Haiwan yang aktif pada waktu ini juga merupakan haiwan hermaprodit, yang mana ketika juvenil merupakan belut betina dan bersarang di lubang untuk meletakkan telur-telurnya pada buih-buih di air yang cetek.
Jika telur menetas, keluarlah anak belut yang semuanya betina. Dalam peningkatan usia dan ketika kekurangan belut jantan, belut-belut betina ini akan bertukar menjadi belut betina.
Sekali imbas melihat fisiologi ikan lais, tidak dapat tidak kita akan membandingkannya dengan ikan begahak. Ia bukanlah satu yang pelik kerana ikan lais dan begahak bernaung di bawah famili Siluridae (sheatfish).
Kelompok Siluridae kebanyakannya terdiri dari spesies ikan yang tahan terhadap kondisi deoksigenasi dan diistilahkan dengan sebutan ‘blackfish’.
Ikan-ikan ini sebahagian besar waktu hidupnya dihabiskan di air hitam. Perairan air hitam dicirikan oleh warna perairan yang coklat tua sampai kehitaman yang disebabkan oleh adanya keasidan, pH relatif lebih rendah tapi tidak keruh.
Kelompok Siluridae sering berada pada air yang tenang di floodplain dan mereka pindah ke sungai, mereka tinggal di pinggir sungai atau lubuk di dasar sungai pada musim kemarau.
Ikan lais hidup di perairan air tawar yang termasuk sungai, rawa dan limpahan banjir. Taburannya meliputi Thailand, Malaysia dan Indonesia.
Ikan lais adalah ikan dari famili Siluridae yang terdiri dari beberapa genus. Di antara genus-genus tersebut yang mempunyai spesies paling banyak adalah Cryptopterus (C. bicirrhis, C. schilbeides, C. cryptopterus, C. hexapterus, C. limpok, C. macrocephalus, C. apogon, C. micronema, C. lais dan C. mononema (Saanin, 1984 dan Kottelat et al, 1993).
Ikan lais adalah spesies benthopelagic yang hidup di perairan tropika. Ia merupakan ikan bersaiz kecil yang hanya mampu membesar sehingga 24cm.
Ciri-ciri ikan lais
Tidak memiliki sisik
Hujung belakang lubang hidung di pinggir muka dan depan mata.
Mempunyai dua pasang sesungut.
Ikan lais mempunyai pola pertumbuhan yang isometrik iaitu pertumbuhan panjang seimbang dengan pertumbuhan berat.
Bentuk tubuh ikan lais masih dalam batas bentuk tubuh ikan pada umumnya yaitu dengan nilai “B” berkisar antara 2,5- 3,5. Berdasarkan nilai faktor kondisi iaitu berkisar 0,24-0,44 ikan lais termasuk jenis ikan yang pipih.
Ikan karuk? Ikan apa tu… macam mengarut je nama. Tentu korang tak pernah dengar, kan? Ikan puyu atau ikan karuk (nama panggilan di Sabah dan Brunei) atau nama saintifiknya Anabas testudineus merupakan spesies ikan air tawar yang paling lasak. Sawah atau tali air serta sungai kecil menjadi habitat utama spesies ini.
Ikan puyu memiliki sisik atau bersisik dan bersirip keras. Sirip pektoralnya yang keras dan panjang ini memainkan peranan bagi memudahkan spesies ini bergerak di atas tanah yang berair kerana pada ketika tertentu pada musim hujan, kebanyakannya berpindah dan akan memanjat tebing sungai mencari lopak air yang lain. Ia paling layak digelar spesies yang suka berhijrah.
Spesies ini juga mampu bertahan tanpa air hingga enam hari selagi ia kekal dalam keadaan lembab. Ikan puyu dewasa mampu menjangkau panjang kira-kira 25 cm atau 9.8 inci. Ia hidup secara berkumpulan dan lantaran itu, spesies ini mudah terancam oleh aktiviti-aktiviti penangkapan ikan seperti jaring, pukat, jala, tuba dan pancingan yang keterlaluan (tanpa mengamalkan kaedah tangkap dan lepas bagi yang bersaiz kecil).
Terdapat kepercayaan dalam masyarakat Melayu yang mana spesies ini mampu menghalang tuan rumah daripada dipukau oleh orang yang ingin masuk mencuri. Ini disebabkan ikan ini dipercayai tidak tidur. Lantaran itulah masyarakat Melayu telah lama memelihara spesies ini di dalam rumah untuk tujuan itu.
Ikan puyu juga dijual sebagai makanan di pasar-pasar tani. Di tempat yang tidak terdapat ikan puyu secara semula jadi, spesies ini dianggap spesies ceroboh. Ketika musim kering, ntuk terus hidup ikan ini berupaya melompat ke darat sebagai ikhtiar hidup mencari air. Beberapa kejadian yang menyebabkan kematian telah berlaku apabila ia melompat ke dalam mulut manusia lalu mati tercekik.
Ikan ini merupakan sumber penting sebagai ikan makanan di sesetengah tempat di India dan di Asia Tenggara di mana keupayaannya untuk hidup di luar air bagi jangka masa yang panjang, selagi kekal lembab, meningkatkan keupayaan pemasarannya.
Selain memelihara ikan puyu untuk tujuan perhiasan atau menjadikannya penghalang kuasa jahat, tidak kurang juga yang menjadikannya sebagai juadah. Ikan puyu mempunyai khasiat yang sama dengan ikan-ikan air tawar yang lain, biarpun persepsi masyarakat menganggap ikan puyu sebagai ikan paya atau ikan lumpur.
Ikan puyu merupakan spesies ikan air tawar paling lasak kerana bentuknya bersisik licin dan bersirip tajam, mempunyai jangka hayat yang lama dan mampu hidup lebih lama di atas darat walaupun tanpa air.
Biasanya ikan puyu ini akan dibiarkan untuk tempoh 2-3 hari sebelum dimasak bagi tujuan menghilangkan bau lumpur.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...