Banyak cerita yang saya dengar gerepoh monster menghilangkan diri dengan ratusan meter tali utama terutama apabila teknik jigging dan popping disambar oleh pemangsa yang lebih besar. Namun sebesar mana monster itu tidak pernah dihadirkan.
Di sini, pemancing yang menjadi mangsa dan lebih parah lagi apabila tali utama yang dilarikan adalah jenis sulam yang berharga menjangkau RM100 untuk seratus meter. Iya la, kalau lebuh 300 meter tali dah berapa kerugian. Itu belum campur jig dan leader lagi.
Kombinasi peralatan untuk gerepoh yang bersaiz 10kg ke bawah adalah seperti mana yang disyorkan dalam segmen pancingan cupak lalu. Korang boleh rujuk sendiri jika rajin. Atau secara rumusannya setting peralatan 30lb ke bawah.
Ads
Untuk aktiviti popping dan casting, kekili mendatar atau spinning reel lebih mudah dikendalikan. Sementara untuk teknik jigging dan pancingan asas, lebih sesuai menggunakan kekili multiplier. Jadi tidak perlu pening-pening memikirkan set pancing mana yang lebih baik.
Ads
Ramai penggemar casting dan jigging menggunakan tali sulam atau braided kerana mudah dan cepat membalas. Jika menggunakan mono sambungkan tali sulam 3 hingga 5 meter di hadapan tali utama sebagai penanda ketika jigging kerana jika leka kemungkinan replika ikan dan jig besi akan singgah di muka anda.
Joran yang sesuai adalah jenis grafit dengan kekuatan 15Ib hingga 30Ib. Pakai joran halus dan ringan tetapi kuat memberi kelebihan dari segi lontaran serta tidak lenguh memegang dalam tempoh yang lama.
Ads
Tali utama berkekuatan 15Ib hingga 30Ib cukup memadai kerana ia pasti akan menjanjikan siapa yang mengerjakan siapa. Barulah dapat kepuasan sebenar!
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Ikan buntal secara umum dipercayai sebagai vertebrata kedua paling beracun di dunia selepas golden poison frog (katak emas beracun).
Organ-organ dalam seperti hati dan kadang kulit mereka sangat beracun bagi sejumlah haiwan jika dimakan, namun daging beberapa spesies ikan ini dijadikan sebagai makanan.
Di Jepun (disebut fugu), Korea (disebut bok), dan China yang mana ia disiapkan oleh cef professional.
Tetraodontidae terdiri dari sekurang-kurangnya 121 spesies ikan buntal yang terbahagi dalam 20 genus.
Ikan ini banyak ditemui di perairan tropika dan tidak umum dalam di perairan iklim sederhana dan tidak ada di perairan sejuk.
Mereka memiliki ukuran kecil hingga serdahana, meskipun beberapa spesies memiliki panjang lebih dari 100centimeter.
Ikan buntal memiliki ciri-ciri dapat mengembungkan badannya jika terkena mata pancing ataupun tertangkap pada jaring.
Ikan buntal biasanya juga mengganggu sesi memancing kerana ikan ini sering menyambar tali pancing dengan giginya yang tajam dan akan memutuskannya.
Lazimnya ikan ini tidak dapat diambil sebagai hasil tangkapan kerana beracun dan berduri sehingga para nelayan biasanya membuangnya saja.
Ikan buntal memiliki nama latin porcupinefish dan memiliki beberapa panggilan. Dalam bahasa Inggeris diberi nama balloonfish dan globefish kerana bentuknya yang membesar seperti balon.
Hal itu juga berlaku ketika ia berada di perairan di dalam laut, di mana jika ia merasa dalam bahaya maka ia akan menggelembungkan dirinya seperti balon untuk menakuti musuhnya.
Pertahanan diri seperti ini merupakan yang paling efektif selain racun yang terdapat dalam tubuhnya sehingga ikan predator tidak mahu memakannya.
Ikan buntal menyukai habitat karang-karang di pantai dan sehingga di perairan cetek di laut. Dan taburan ikan ini di perairan tropikal di seluruh dunia.
Salah satu karakter popular ikan buntal terhadap pemancing adalah tabiatnya yang gemar menggigit dan memutuskan tali dan perambut pancing.
Cara untuk menghindarkan dari gangguan buntal ini ialah dengan menggunakan tali sulam sebagai tali utama. Sekiranya tali perambut kerap diputuskan oleh buntal, sebaiknya sambung perambut dengan peramut dawai.
Ikan buntal memiliki menu makan yang sama dengan ikan lain yang dipancing di perairan. Maka, ketika menggunakan umpan berupa sotong atau udang, ikan buntal turut merebut umpan tersebut sebagaimana ikan pemangsa lainnya.
Pari air tawar gergasi atau giant freshwater stingray yang ditemui semula di perairan Amphawa, kira-kira satu jam dari Bangkok, diisytiharkan sebagai spesies pari terbesar di dunia. Malah menurut para saintis di sana, pari tersebut mampu membesar sehingga menggugat kedudukan spesies marin terbesar di dunia.
Nantarika Chansue, seorang doktor haiwan dan professor dari Universiti Chulalongkorn di Bangkok, membantu menangkap dan mengukur haiwan yang mendapat gelaran `The Big One’. Ikan pari dengan nama binomialnya Himantura polylepis atau H. chaophraya ini mempunyai lebar 7.9 kaki (2.4 meter) dan mempunyai panjang 14 kaki (4.3 meter) serta berat kira-kira 700-800 pounds (318 hingga 363 kilogram).
Kumpulan penyelidik ini belum dapat memastikan berapa berat badan daripada ikan pari ini kerana sangat sukar untuk menimbang haiwan ini tanpa menyakitinya, kerana mereka sangat besar! Menurut Zeb Hogans, seorang profesor dan penyelidik geografi kebangsaan dari University of Nevada, Reno.
“Sudah tentu (haiwan itu) adalah ikan yang sangat besar walaupun dibandingkan dengan ikan pari lain, dan sudah tentu mendahului antara ikan terbesar di dunia!”
Zeb Hogan turut mengulas bahawa haiwan yang serupa ditemui dan dilabelkan 7 tahun sebelumnya dalam penyelidikannya bersama Nantarika. Pada tahun 2009, ikan pari ini mempunyai lebar 6.5 kaki (2 meter) dan panjang 15 kaki (4.58 meter).
Ikan kerapu atau groupers ialah kumpulan ikan dari beberapa genus yang bernaung di bawah subfamili Epinephelinae, di dalam keluarga besar Serranidae dan dalam order Perciformes.
Namun, tidak semua ikan serranids (Serranidae) dipanggil kerapu, sementara ikan bass laut turut termasuk dalam famili Serranidae.
Nama kerapu biasanya diberikan kepada spesies di dalam salah satu daripada dua genus besar iaitu Epinephelus dan Mycteroperca.
Di samping itu, spesies yang diklasifikasikan dalam genus kecil Anyperidon, Cromileptes, Dermatolepis, Gracila, Saloptia dan Triso juga dipanggil kerapu.
Begitu juga ikan dalam genus Plectropomus yang dirujuk sebagai coral groupers. Semua genera semua diklasifikasikan dalam subfamili Epiphelinae itu.
Ia sedikit memeningkan kepala apabila membicarakan pengkelasan saintifik ikan yang terlalu besar famili seperti kerapu ini.
Walau bagaimanapun, perkataan kerapu (grouper) amat meluas dipercayai berasal dari nama Portugis, grouper.
Asal-usul nama ini dalam bahasa Portugis dipercayai dari bahasa asli Amerika Selatan asli.
Famili Serranidae mengandungi kira-kira 450 spesies dalam 65 genera, termasuk bass laut dan kerapu (subfamili Epinephelinae).
Kerapu adalah ikan teleosts, yang pada lazimnya mempunyai badan gempal dan mulut yang besar. Spesies ini tidak dibina untuk kepantasan atau renangan jarak jauh.
Kerapu boleh membesar dengan saiz luar biasa dan tumbesaran panjang melebihi satu meter.
Berat sehingga 100 kilogram bukan luar biasa walaupun dalam apa-apa kumpulan yang besar dan berbeza spesies.
Kerapu merupakan pemangsa yang menelan mangsa dengan sedutan daripada membaham dengan gigitan. Kerapu tidak mempunyai banyak gigi.
Namun di tepi rahang mempunyai plat gigi penghancur yang menakjubkan.
Kerapu lazimnya menjadikan ikan, sotong gurita, dan krustasea sebagai diet utama.
Sesetengah spesies lebih suka untuk menyerang hendap mangsanya manakala spesies lain merupakan pemangsa yang aktif.
Mulut dan insang spesies ini membentuk satu sistem menghisap kuat yang menghisap mangsanya dalam dari jauh.
Kerapu juga menggunakan mulut mereka untuk menggali ke dalam pasir untuk membentuk tempat perlindungan mereka di bawah batu-batu besar, jet keluar melalui insang mereka.
Kerapu adalah hermafrodit protogynous dengan kebanyakannya monandric iaitu mereka matang hanya sebagai betina dan mempunyai keupayaan untuk menukar jantina selepas kematangan seksual.
Dalam erti kata lainnya, kebanyakan kerapu lahir sebagai jantan dan mampu bertukar menjadi betina apabila mencapai tempoh matang.
Justeru itu kerapu lebih cepat membiak berbanding siakap.
Beberapa spesies kerapu berkembang kira-kira satu kilogram setahun dan secara umumnya juvenil sehingga mencapai tiga kilogram, apabila mereka menjadi betina.
Kerapu jantan terbesar sering mengawal harem mengandungi tiga hingga 15 betina. Walau bagaimanapun, sesetengah kerapu adalah gonochoristic.
Dengan begitu banyak jenis dan spesies kerapu, Atlantic goliath grouper atau kerapu Atlantik goliath atau itajara (Epinephelus itajara), juga dikenali sebagai jewfish adalah ikan air masin paling besar dalam keluarga kerapu.
Ikan gergasi ini boleh mencapai saiz yang sangat besar. Ia mampu membesar panjang sehingga 2.5 meter dan boleh mencapai berat sehingga 360 kilogram.
Bayangkan jika spesies sebesar ini membaham umpan atau jig anda. Sekiranya ia tidak bergerak, pasti keadaannya sama seperti strike tukun atau kapal karam.
Rekod dunia untuk spesimen sukan memancing yang berjaya ditangkap adalah 308.44 kg, ditangkap di Pantai Fernandina, Florida, pada tahun 1961.
Atlantic goliath grouper boleh didapati terutamanya di perairan tropika cetek di gugusan karang dan terumbu buatan pada kedalaman 5 hingga 50 meter.
Rangkaian termasuk Florida Keys di Amerika Syarikat, Bahamas, kebanyakan Caribbean dan kebanyakan pantai Brazil.
Dalam sesetengah keadaan, ia ditangkap di luar pantai negeri Amerika Syarikat New England off Maine dan Massachusetts. Di Lautan Atlantik timur, ia berlaku dari Congo ke Senegal.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...