Ikan siakap merupakan spesies gamefish yang menjadi buruan ramai pemancing terutamanya kaki casting. Namun untuk berjaya dapat strike bukanlah mudah. Di sini kami sediakan beberapa pendedahan berguna untuk korang mengenal lebih mendalam perihal siakap.

 

Dipercayai ikan siakap akan mudik hulu sungai dari bulan Jun hingga Ogos setiap tahun dan akan menjadikan muara sungai sebagai tempat persinggahan. Pada masa ini ramai nelayan dan pemancing akan tertumpu ke muara sungai untuk memburu siakap. Lazimnya ikan siakap ini mematuk pancing pada awal pagi atau lebih dikenali sebagai kepala pasang oleh para nelayan.

 

Jangka masa ikan galak makan umpan biasanya tidak lama, hanya sekitar setengah jam dari bermulanya air pasang pagi. Waktu permulaan pasang, arus bergerak perlahan dan waktu inilah siakap aktif memakan umpan.

 

Siakap akan kembali aktif apabila arus air kembali tenang iaitu di antara penghujung pasang dan permulaan surut. Jangka waktu di antara akhir pasang dan permulaan surut ini tidak lama. Sebab itulah timing air pasang dan surut di muara sungai amat penting dititikberatkan.

 

IKLAN

Sementara itu ada juga di beberapa tempat, waktu-waktu paling sesuai untuk memburu siakap pada musim air mati. Pada masa tersebut, air pasang malam agak besar dan menghasilkan arus yang agak deras.

 

Keadaan ini amat sesuai untuk ikan-ikan dari laut memasuki muara mengikut arus. Sebaliknya pada siang hari air pasang dan surut tidak besar perbezaannya. Keadaan sebegini menghasilkan arus air yang lembut, amat sesuai untuk ikan-ikan khususnya siakap singgah dan bermain-main di reba.

 

2 Jenis Siakap Yang Ramai Tak Tau

 

IKLAN

Dikatakan terdapat dua jenis siakap yang menghuni kebanyakan muara sungai. Yang pertama adalah dari jenis siakap putih keperakan. Siakap jenis ini berbadan lebih panjang dan agak gempal. Ekornya pendek sedikit dan tidak begitu lebar. Ia dikatakan sering ditemui di kawasan muara ketika musim siakap mudik ke muara. Spesies ini apabila terdesak, khususnya sewaktu mahu melepaskan mata kail dari mulutnya, akan melompat dan bergerak dengan agresif ke atas permukaan air.

 

Jenis yang kedua tetapi jarang ditemui ialah siakap berwarna kuning keemasan. Spesies jenis ini badannya lebih lebar akan tetapi agak pendek berbanding dengan jenis pertama. Apabila menyambar umpan, jenis ini akan mengeluarkan satu bunyi yang sekaligus memperkenalkan dirinya kepada para nelayan dan pemancing mahir dan berpengalaman.

 

Jenis kedua jarang sekali melompat ke permukaan air, mungkin kerana saiznya yang begitu besar. Ia lebih suka bertahan di dasar muara mengasak pemancing dengan menarik tali ke dalam reba. Biasanya pemancing akan mengambil masa lebih lama untuk menjinakkan spesies jenis kedua berbanding jenis pertama yang banyak menghabiskan tenaganya melompat di permukaan air.

IKLAN

 

Kedua-dua spesies siakap ini mempunyai bentuk aerodinamik badan yang begitu sempurna, gagah dan tersendiri. Saiz mulut yang boleh membesar ke keluasan maksimum, memudahkan mereka menyambar mangsa dengan pantas tanpa memberikan ruang dan peluang untuk mangsa melepaskan diri.

 

Kesempurnaan bentuk fizikal, ditambah dengan siaz ekornya yang lebar dengan pangkal ekor yang begitu sasa dan kuat, membolehkan si raja muara ini bergerak pantas apabila melibas dan menyambar mangsa.

 

Ekor yang lebar ini juga memberikan kekuatan yang membolehkan siakap memberikan asakan dan tentang hebat apabila berhadapan dengan pemancing. Kekuatan libasan ekornya juga membolehkan siakap jenis keperakan, walau sebesar mana saiznya melompat tinggi di atas air dengan aksi agresif dalam usaha untuk melepaskan mata kail.

 

Namun begitu, siakap adalah pemangsa yang agak pemalas, kecuali di masa ia sedang galak dan lapar, sebahagian besar masa digunakan untuk berdiam diri di tempat persembunyian. Sewaktu berehat, siakap tidak berminat untuk menyambar umpan walaupun umpan yang dihidangkan adalah seekor udang king size kegemarannya, melainkan umpan tersebut berenang tepat di depan mulutnya.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI