Ikan dolfin atau dolphin merupakan nama umum bagi mamalia akuatik dalam order Cetacea. Terdapat sekurang-kurangnya 40 spesies yang merujuk kepada ikan dolfin termasuklah dolfin laut dan dolfin air tawar. Berikut disenaraikan beberapa fakta hebat tentang haiwan laut yang hebat.
Kebanyakan ikan dolfin tinggal di kawasan cetek lautan tropika dan sederhana dan ada di sungai hingga ke kawasan air tawar.
Nama saintifik bagi ikan dolfin ialah Delphinadae (spesies lautan) dan Platanistoidea (spesies sungai).
Dolfin biasanya mampu membesar panjang antara 1.2 meter hingga 10 meter panjang.
Mereka biasanya memiliki berat antara 50 kg – 7000 kg!
Dolfin adalah haiwan karnivor. Ikan, sotong dan krustasea adalah makanan yang dimakan dolfin.
Dolfin mampu makan makanan 10% dari berat badannya.
Dolfin adalah haiwan yang sangat pintar. Mereka sama pintar dengan kera, dan evolusi otak mereka yang lebih besar dam hampir menyamai dengan manusia.
Ads
Dolfin adalah sebahagian daripada keluarga paus termasuklah paus pembunuh, orcas!
Paus pembunuh dikenali sebagai Orca adalah jenis dolphin terbesar. Paus Orca atau paus pembunuh dianggap sebagai makhluk laut terbesar di dunia.
Dolfin mempunyai penglihatan yang baik di dalam dan di luar air.
Mereka mempunyai frekuensi pendengaran yang baik iaitu 10 kali ganda daripada manusia dewasa.
Pencemaran, memancing dan memburu adalah ancaman sebenar untuk dolfin.
Ads
Dolfin boleh hidup sehingga 50 tahun.
Dolfin mempunyai 2 perut (pasti ramai yang baru tahu perkara ini, kan?)
Dolfin perlu timbul ke permukaan air untuk bernafas.
Tidak seperti mamalia darat, ikan dolfin mempunyai lubang berasingan bagi setiap tugas untuk bernafas.
Dolfin makan melalui mulut mereka dan bernafas melalui lubang semburannya.
Ads
Mereka mampu menyelam sehingga 1000 kaki di lautan.
Dolfin sangat mesra kepada manusia dan haiwan.
Dolfin tidak pernah mengunyah makanan mereka.
Mereka mampu berenang dengan kepantasan 30 kilometer perjam.
Dolfin boleh berkomunikasi dengan satu sama lain dengan mengklik, bersiul dan bunyi lain.
Dolfin boleh melonjak setinggi 25 kaki dari air.
Dolfin sangat sosial, hidup dalam kumpulan yang memburu dan bermain bersama.
Kumpulan dolfin boleh mempunyai 1,000 ahli atau lebih.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Scomberoidinae terdiri daripada 3 genera dan 10 spesies ikan queenfish (leatherjacket) atau ikan talang-talang. Penjelasan ini bermaksud, ikan talang-talang bukanlah hanya satu spesies sahaja tapi ada 10 spesies ikan talang-talang!
Untuk membezakan 10 spesies talang-talang ini bukanlah satu kerja mudah. Apatah lagi untuk menyusun 10 spesies ikan ini dan merakam fotonya pada satu masa. Malah, ramai di antara pemancing yang menyangkakan hanya ada satu sahaja spesies talang-talang.
Untuk maklumat anda semua, di sini kami senarai 3 spesies talang-talang yang popular dan terdapat di perairan negara kita.
Scomberoides commersonnianus
Nama saintifik: Scomberoides commersonnianus
Nama Inggeris : Talang Queenfish, Leatherskin
Nama tempatan : Talang-talang bongkok, talang-talang lima jari, talang-talang raya
Saiz : Maksimum 120 cm, spesimen yang biasa ditemui 75 cm hingga 80 cm.
Berat: 16 kg pernah direkodkan.
Ciri pengenalan:
Memiliki 5 hingga 8 tompok bulat pada sisi badan dan rahang atas mendongak tinggi melampaui mata. Ia merupakan ikan talang-talang terbesar di antara spesies dan sering mendapat nama jolokan talang-talang raya.
Scomberoides tala
Nama saintifik: Scomberoides tala
Nama Inggeris: Barred queenfish
Nama tempatan: Talang-talang, talang, talang padi
Saiz: Mampu membesar panjang sehingga 75 cm.
Berat: Tiada direkodkan.
Ciri pengenalan:
Memiliki tompok bulat yang lebih membujuk seperti bentuk telur pada sisi tubuh dan rahang atas hanya mendongak sedikit di atas vertikal dari margin posterior mata. Sekali imbas ia hampir sama seperti talang-talang raya namun saiznya tidak membesar melebihi saiz talang-talang raya.
Scomberoides tol
Nama saintifik: Scomberoides tol
Nama Inggeris: Needlescaled queenfish
Nama tempatan: Talang, seliat, talang lampai
Saiz: Maksimum sehingga 60 cm, biasa ditemui 40 cm.
Berat: Sekitar 500 gm
Ciri pengenalan:
Rahang atas tidak terlalu mendongak ke atas dan hampir selari dengan aras mata. Ia memiliki bentuk seperti skala jarum sirip dorsal keduanya berpigmen tajam. Ia merupakan spesies talang-talang terkecil dan sering diperoleh di kawasan kelong atau rumah rakit dengan pancingan apollo.
Pacu atau nama saintifiknya Colossoma macropomum merupakan spesies ikan air tawar yang mempunyai daya pecutan dan larian yang sangat deras dan kuat.
Pemecut deras ini cukup digemari di kalangan kaki pancing kerana keupayaannya larian derasnya yang mampu membuatkan kaki pancing mengeluarkan tenaga yang lebih untuk mengekangnya biarpun saiz yang biasa-biasa sahaja.
Di Malaysia, spesies ikan daripada keluarga Serrasalmidae ini bukanlah spesies natif di sini, namun hari ini, pacu boleh dipancing di merata-rata tempat.
Spesies dari susur galur piranha ini gemar memakan umpan dan melakukan pecutan deras secara tiba-tiba hinggakan membuat kaki pancing yang tidak bersedia akan terpinga-
pinga, lebih-lebih lagi andai hanya mampu melihat set pancing sendiri membuat terjunan tiruk ke dalam air.
Jarang sekali kedengaran spesies pacu dijadikan juadah yang enak di kalangan pemancing Malaysia, namun spesies yang berasal dari Amazon ini kerap dijadikan spesies target dek kerana kekuatan pecutannya.
Tanyalah mana-mana kaki pancing, pecutan menakjubkan si peragut akuatik ini pastinya menjadi sebab utama untuk pemancing menghulur umpan untuk diratah oleh spesies rakus ini.
TABURAN SPESIES
Spesies pacu boleh ditemui di kawasan natif mereka iaitu di Amerika Selatan. Spesies yang lebih dikenali dengan nama tambaqui di sana boleh ditemui dihampir kebanyakan
Lembah Amazon dan Lembah Orinoco. Kedua-dua lembah atau lembangan ini merangkumi negara seperti Colombia, Brazil, Peru dan Bolivia.
Begitu pun, hari ini spesies ini boleh ditemui di beberapa buah benua lain dengan status ikan alien yang mana spesies ini dibawa masuk dan diperkenalkan sama ada sengaja atau tidak sengaja di kawasan perairan lain terutama di negara Asia dan Asia Tenggara.
MORFOLOGI
Bagi morfologi spesies pacu, bentuk am spesies ini hampir menyerupai spesies ikan piranha malahan kadangkala sering kali disalah anggap sebagai spesies karnivor itu.
Bagi seekor ikan pacu, kebanyakannya lebih tinggi jika diukur badannya berbanding piranha selain mempunyai badan yang lebih menipis dan mampat secara lateralnya.
Bahagian matanya pula agak besar selain mempunyai bentuk yang sedikit melengkung sudutnya di bahagian belakang berbanding piranha.
Warna badannya pula biasanya berwarna kelabu hingga hitam bermula daripada bahagian atasnya dan beransur pudar apabila menghampiri kawasan bawah perut dan kepalanya menjadi warna putih atau merah.
Spesies ini juga mempunyai sirip adipos dan kesemua sirip berwarna hitam selain sirip pektoral yang agak kecil.
Selain itu, antara ciri-ciri utama seekor pacu yang sering kali diperkatakan oleh pemancing ialah bahagian giginya.
Pacu mempunyai set gigi yang agak unik berlainan daripada ikan lain. Set gigi pacu agak besar dan lebih menyerupai set gigi geraham milik manusia.
Gigi ini menjadi ancaman utama untuk memutuskan perambut lantas mengecewakan ramai pemancing.
Spesies pacu mempunyai daging yang padat dan hanya 10% daripadanya merupakan lemak.
Saiz normal ikan ini mampu mencapai panjang sehingga 1 meter dan berat 20 kg, tetapi dalam persekitaran tertentu mampu mencapai berat hingga 40 kg.
Rekod tangkapan pacu menggunakan pancing yang diiktiraf IGFA pula dipegang oleh Jorge Masullo de Aguiar dari Brazil dengan tangkapan seberat 32.4kg.
HABITAT DAN EKOLOGI
Bagi C. macropomum, secara biologi spesies ini lebih gemar bergerak secara solo. Habitat utama bagi pacu ialah alur sungai utama, kawasan tadahan banjir, empangan serta kawasan tasik.
Jika musim banjir, spesies ini akan bergerak ke kawasan yang mempunyai tumbuhan terutama bagi juvenil kerana kawasan ini lebih selamat daripada pemangsa serta mempunyai sumber makanan yang banyak.
Jadi, spesies ini cenderung untuk memilih kawasan habitat yang tak terlalu dalam, berarus perlahan dengan banyak tumbuhan akutatik di sekitarnya.
Pacu merupakan spesies ikan air tawar dan tidak toleran kepada saliniti yang tinggi. Saliniti melebihi 10ppt akan mengakibatkan ketidakseimbangan parameter hematologi seperti kadar pertukaran makanan, berat dan kadar tumbesaran.
Jika terdedah kepada salitini lebih 10ppt, kemungkinan besar spesies ini akan mati.
Begitu pun, pacu mempunyai kadar survival air tawar yang agak kuat selain mempunyai daya resistan yang tinggi terhadap penyakit.
Jika dalam persekitaran air yang mempunyai oksigen terlarut yang rendah, pacu mampu mengambil udara secara terus di permukaan.
DIET
Pacu merupakan spesies ikan maserba yang memakan apa sahaja. Namun, dalam ekologi semula jadi, pacu akan menjadikan zooplankton, serangga, siput dan tumbuhan akuatik yang mereput atau mati sebagai diet utama.
Pacu juga menjadikan buah-buahan dan biji benih daripada tumbuhan berdekatan sebagai dietnya.
KEPENTINGAN HUBUNGAN DENGAN MANUSIA
Di dalam sektor akuakultur, pacu atau tambaqui ini merupakan spesies yang agak penting di beberapa buah negara kerana keupayaannya hidup dalam persekitaran air yang rendah kualitinya selain daya resistan yang tinggi terhadap penyakit.
Spesis ini diternak secara komersil untuk dipasarkan secara sejuk beku atau segar. Antara negara yang mempunyai kepentingan ekonomi bagi spesies ini ialah Brazil dan Thailand.
TAKSONOMI
Kingdom : Animalia
Phylum : Chordata
Class : Actinopterygii
Order : Characiformes
Family : Serrasalmidae
Genus : Colossoma (C. H. Eigenmann & C. H. Kennedy, 1903)
Jika dibandingkan dengan kebanyakan umpun, umpun-sarung merupakan umpan yang paling diminati oleh pemancing. Ada juga yang memanggilnya umpun sarang. Ini kerana ia merupakan umpan yang sangat berkesan bagi kebanyakan ikan. Malah saya sendiri pernah mendaratkan seekor ikan daun baru seberat 2 kg dan siakap putih 6kg hanya menggunakan umpan umpun-umpun sarung.
Antara kelebihan lain pumpun sarung ialah kerana ia lebih tahan lama. Selagi ia berada di dalam sarungnya dalam keadaan lembab, ia mampu hidup selama beberapa hari. Umpun sarung juga panjang-panjang dan mampu memanjang sehingga dua kaki.
Untuk mencari dan dapatkan umpun sarung juga tidaklah susah sangat. Ia biasanya boleh ditemui di kawasan berlumpur atau pasir berlumpur di pesisiran pantai atau tebing-tebing muara sungai. Cara untuk mendapatkannya juga tidak berapa sukar.
Apa yang diperlukan adalah alatan penggali seperti alatan skop dan waktu yang sesuai ketika air sedang surut habis. Apabila ke kawasan ini pada waktu air surut, anda boleh mengesan sarung umpun-umpun sarung di permukaan pasir atau lumpur di mana pintu rumah umpun-umpun sarung sering bertanda dengan tompokan hitam dan bersabut serta ditutupi daun reput atau sarungnya tertonjol ke atas permukaan.
Kunci kejayaan mencari umpun-umpun sarung adalah kepantasan! Hanya dengan kepantasan yang tepat akan membuahkan hasil. Ini kerana perumpun sarung amat sensitif pada persekitaran. Hanya dengan sedikit tekanan atau getaran pada sarungnya ia akan menyusup jauh kedalam pasir atau selut. Oleh yang demikian apabila mengesan kedudukan sarungnya, jangan berlengah untuk menyodok dengan menggunakan skop di sekitar sarungnya.
Selain menggunakan skop, umpun-umpun sarung juga boleh didapatkan tanpa menggalinya. Sebaliknya dengan cara mengumpan ia keluar dari sarung. Dengan menggunakan isi ikan, parutan ubi kayu, nasi atau juga nanas cincang, ia kemudian disumbat ke dalam stoking atau jut kain (macam kain penapis teh). Basahkan dan biarkan ia berjus kemudian perah di pintu sarung umpun-umpun tersebut.
Sekiranya ia ada di dalam sarung, dalam masa singkat ia akan terpesona dengan aroma bauan tersebut dan ia akan keluar. Sebaik saja ia mengeluarkan kepalanya dari sarung, sepantas kilat pegang atau cubit kepalanya (pastikan jangan sampai kena gigit kerana gigitannya sakit juga macam terkena kejutan elektrik kecil) dan tarik ia keluar secara perlahan-lahan. Ia tidak boleh ditarik dengan kuat atau kasar kerana ia mudah putus.
Bagi memanjangkan hayatnya pula, umpun-umpun sarung hendaklah diambil bersama sarungnya dan hendaklah dibungkus dengan kertas surat khabar yang telah dilembabkan.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...