Selain memegang rekod sebagai haiwan terbesar yang pernah ada di muka bumi ini, paus biru juga antara haiwan yang berbunyi kuat.
Suara ‘nyanyian’ ikan ini boleh berterusan sehingga 30 minit dan dapat didengari hingga 161 km jauhnya.
Haiwan ini juga menggunakan suaranya untuk berburu dalam gelap di dasar lautan.
Ikan hering
Ikan ini mengeluarkan bunyi yang terhasil dari pancaran gas duburnya. Pancaran gas ini juga berfungsi sebagai komunikasi sesama mereka selain untuk menakutkan pemangsa.
Ads
HAIWAN YANG RAKUS
Yu Harimau (Tiger shark)
Ikan ini cukup terkenal dengan kebuasannya dengan akan memakan apa sahaja yang ada di persekitarannya.
Kajian pernah mendapati di dalam perutnya terdapat kasut, pinggan tanda ia cukup rakus bila lapar.
Ads
Di dalam perut induknya, mereka juga saling melahap antara satu sama lain.
Paus biru
Paus biru makanannya adalah krill (invertebrata kecil mirip udang yang panjangnya kurang 1 inci). Paus biru mampu mengambil (melahap) 40 juta krill sehari.
Ads
SOTONG YANG PALING GERGASI
Sotong raksasa (giant squid) terbesar yang pernah dicatatkan oleh para saintis adalah hampir 43 kaki (13 meter) panjang.
Sotong raksasa tidak berjaya ditangkap secara hidup-hidup dan saiz terbesar jika ditimbang beratnya hampir satu tan (1,000kg)
Mata sotong raksasa mempunyai diameter 10 inci. Ia adalah saiz bola pantai. Cacing raksasa mempunyai mata terbesar di mana-mana makhluk hidup di dunia.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Ikatan blood bight dropper merupakan satu kaedah ikatan untuk menghasilkan simpulan tali (mono, sulam atau perambut) yang mudah tetapi kukuh. Dengan kaedah simpulan ini juga ia boleh digunakan untuk menghubungkan peralatan terminal seperti mata kail atau swivel.
(Nota: Paparan foto yang disediakan ini menggunakan tali kevlar dan kili yang besar untuk tujuan fotografi sahaja.)
LANGKAH 1
Lipat kira-kira sejengkal (mengikut kesesuaian kegunaan) hujung tali utama atau tali perambut.
LANGKAH 2
Kemudian buatkan satu simpulan biasa dengan bahagian U tali menjadi hujungnya.
LANGKAH 3
Buatkan satu lagi simpulan yang sama atau lebih. Pastikan simpulan dilakukan sekurang-kurangnya dua kali.
LANGKAH 4
Tarik bahagian hujung tali (U) dan pastikan simpulan yang terhasil tidak bertindan. Pastikan ikatan simpulan yang terhasil cukup ketat.
LANGKAH 5
Masukkan gelung simpulan yang terhasil ke dalam lubang cincin swivel / mata kail bercincin.
LANGKAH 6
Kemudian masukkan pula bahagian atas swivel ke dalam gelung simpulan (bukannya simpulan ke dalam lubang cincin swivel).
LANGKAH 7
Tarik atau lurutkan gelung hingga melepasi swivel sepenuhnya. Elakkan dari menarik ketat sebelum gelung melepasi swivel sepenuhnya.
LANGKAH 8
Sambungan perlatan terminal yang sempurna. Ia sangat ringkas tetapi amat kukuh menahan rintangan ketika memancing.
Ikan patin merupakan ikan pancingan air yang tawar paling popular di Malaysia.
Kebanyakan pemancing sukan tertumpu kepada kolam pancing komersial untuk merasai tentangan kekuatan ikan ini.
Selain kolam pancing komersial, sungai-sungai, lombong dan tasik juga menjadi antara lokasi tumpuan bagi pemancing di Malaysia, namun biasanya tangkapan di lokasi sebegini untuk dibawa pulang.
Bagi pemancing, ikan patin dengan saiz sekitar 6 kg merupakan saiz yang mampu memberikan tentangan kepada kaki pancing.
Sementara ikan patin yang melebihi saiz belasan kilogram sudah tidak memberi tentang yang betul-betul sengit.
Sementara spesies yang paling menjadi impian kaki pancing pastilah spesies Pangasionodon gigas atau Mekong giant catfish yang kita gelarkan patin Mekong kerana kekuatan dan saiz mega sebagai ikan trofi.
Pancingan patin Mekong sangat popular di kolam pancing komersial di Thailand.
Hari ini, ramai pengusaha kolam pancing di Malaysia sanggup melabur duit membeli dan membawa masuk spesies mega ini ke dalam kolam pancing mereka sebagai tarikan kepada kaki pancing.
Jadi, pemancing di Malaysia tidak perlu berhabis wang ke Thailand untuk mendapatkan lesen patin mekong kerana banyak kolam pancing di negara kita turut menawarkan spesies tersebut.
TEKNIK UMPAN
Terdapat banyak teknik pancingan dan umpan bagi memancing ikan patin. Teknik pancingan dan umpan ini berbeza bergantung kepada lokasi anda memancing spesies ini.
Patin liar (sungai/Lombong)
Bagi patin liar seperti sungai, umpan semula jadi lebih efektif kerana tabiat pemakanan patin liar berbeza dengan patin ternak.
Antara umpan popular patin liar termasuklah ubi kayu, buah sawit dan buah ara. Namun begitu, umpan seperti roti dan adunan atau campuran palet dan dedak masih boleh digunakan di sungai berarus perlahan, lombong atau tasik.
Patin ternak (kolam pancing komersial)
Bagi pancingan kolam pancing komersial, ikan patin di dalam kolam telah diajar memakan diet seperti dedak atau palet.
Jadi umpan seperti palet, dedak atau adunan kedua-duanya amat berkesan ditambah pula dengan pelbagai perisa pilihan seperti pandan, pisang, strawberi dan lain-lain.
Selain palet dan dedak, roti juga merupakan umpan ampuh untuk menjerat ikan patin di kolam pancing komersial.
Apa pun, rahsia untuk pancingan di kolam pancing komersial ialah anda perlu ringan mulut untuk bertanyakan tip dan panduan umpan dan teknik kepada pengusaha kolam atau pun pemancing yang lebih arif dan sering memancing di kolam tersebut.
Selain itu anda juga perlu rajin dalam mencuba pelbagai resipi adunan umpan ketika memancing, mana tahu umpan yang anda adunkan itu meletop dan asyik pacakkk!
TRIVIA
Bagi anda yang mahukan tip bagaimana membancuh umpan untuk pancingan patin kolam, apa kata anda layari portal memancing nombor satu iaitu www.umpan.com.my dan di
dalam slot UMPANPEDIA banyak dipertontonkan cara-cara untuk menghasilkan umpan memancing patin.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...