Setelah bertarung habis-habisan, ikan akan menjadi sangat letih dan tidak berupaya. Oleh itu ikan perlu dirawat pulih terlebih dahulu sebelum terus dilepaskan ke dalam air. Walaupun ikan kelihatan masih bermaya sewaktu dilepaskan, sebenarnya ia terdedah kepada bahaya atau mungkin akan menjadi mangsa kepada predator lain.
Ikan hendaklah sentiasa berada di dalam air sepanjang masa. Sekiranya untuk mengambil gambar foto, pastikan jurufoto telah bersiap sedia dan lakukan dengan pantas agar ikan tersebut dengan segera diletakkan semula ke dalam air.
Ads
Langkah pertama pastikan kepala ikan tersebut mengarah ke hulu sungai, pilihlah suatu sudut atau kawasan yang berarus perlahan (manakala di tasik atau lautan, arus bukanlah suatu faktor masalah bagi proses merawat pulih tangkapan). Pastikan aliran air memasuki bahagian mulut dan insangnya.
Ads
Gerakkan ikan secara perlahan-lahan dengan menyorong ia ke depan dan undur semula ke belakang berulang kali sehingga kelihatan bahagian insangnya mula membuka dan menutup sehingga stabil. Pastikan badan ikan dipegang dengan lemah lembut.
Ads
Bila ikan tersebut semakin pulih dan stabil dan cuba untuk memulakan renangan, maka biarkan ia terus berenang dengan sendirinya dari tangan kita. Ikan yang besar biasanya mengambil masa untuk kembali pulih, maka ulangi proses tersebut berkali-kali sehingga ia pulih seperti sediakala.
Perhati ikan berenang pergi dengan sendirinya. Jika ikan kelihatan seperti miring maka berilah bantuan sekali lagi. Dan sekiranya sudah tidak berpeluang untuk hidup, bawalah ia pulang untuk dijadikan hidangan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Sekiranya terjumpa kumpulan baby toman (toman jalur panjang sejengkal) casting guna spoon atau minnow saiz 5. Tunggu baby toman ni naik ambil udara lepas tu cast cast gewang tu berenang melalui kumpulan baby-baby toman. Ini untuk sesi pemanas badan je… suka-suka tangkap lepas gian. Untung-untung mama dia makan.
Kalau toman naik ambik udara perlahan-lahan dan lepas turun balik dengan gemalai, perangai toman jenis ini sesuai pakai top water. Try dulu gewang top water yang senyap yang takde ball bearing. Kalau dia tak mau, pakai pulak yang ada bearing. Kalau tak mau jugak, pakai yang bising sikit macam popper.
Tak mau lagi, pakai la gewang renangan cetek. Jalan terakhir pakai gewang selaman dalam. Kalau itu adalah toman rempit, pakai la gewang propeller. Toman rempit suka terkam propeller. Dia macam geram bila tengok air berkocak tu. Tapi toman besar atau saiz mega kurang sikit nak bedal propeller ni.
Kalau toman jenis naik laju-laju dan turun pun laju-laju, toman macam ni susah sikit nak dapat. Pakai gewang deep diving atau atau sinking terbaik. Pakai la gewang sama ada yang panjang-panjang atau yang gemuk macam Rapala Risto Rap 7 atau 8.
Kalau toman berenang santai-santai… kita boleh nampak dia berenang di sub permukaan, yang ni memang best. Toman jenis ni adalah abang kawasan sebab biasanya kalau perangai dia macam ni dia la yang punya kawasan (territorial behaviour). Pakai la gewang renangan cetek dan lakukan gewang itu berenang depan muka dia.
Kalau jumpa pasangan induk bawa anak-anak… Mana-mana gewang yang disenaraikan tadi boleh pakai. Baling ke arah anak-anak dia. Dia anggap ada pemangsa cuba kacau anak dia. Maka dia akan serang gewang tu.
Tapi kalau berpuluh kali baling dan tukar macam-macam gewang tak dapat jugak, abaikan je la. Mungkin pemancing lain dah strike dia terlebih dahulu. Mulut sakit dan memori dia masih kuat pasal gewang. Jadi lebih bagus dia bawak anak dia lari dari nak cuba protect anak dia.
Ada masanya kita akan bertemu dengan toman sedang berpacaran, bergerak berdua-duaan dan kadangkala bertiga pun ada. Kita boleh tau toman ni sedang dalam proses membiak sebab boleh nampak dia naik sedut udara pun berdua.
Kalau yang sedang hangat berpasangan secara berduaan ni memang susah sikit nak strike. Biasalah tengah hangat bercinta… mana nak layan sangat gewang. Tapi kalau ada 3 ekor yang naik sekali ambik udara, peluang untuk dapat strike sangat tinggi.
Ikan kelah pernah dilabel sebagai 3S. Apa itu 3S? Susah, syok, sedap! Susah untuk dicari, syok dipancing dan sedap dimakan. Itulah ungkapan untuk raja air tawar – ikan kelah.
Sememangnya bukan senang untuk memancing ikan kelah yang bersifat sensitif ini.
Pertama sekali kena pastikan sungai atau lubuk tersebut menjadi habitat ikan kelah kerana tidak semua sungai meskipun berpotensi pada pandangan mata didiami ikan kelah.
Jika memancing secara berkumpulan, elakkan daripada membuat bising mengata sibunyi persekitaran atau melakukan aktiviti berlebihan di dalam air kerana ia akan menakutkan ikan-ikan kelah yang bersifat sensitif.
Sebaiknya pakailah pakaian yang tidak terlalu kontras dengan persekitaran semula jadi. Dan pastikan juga tidak berada begitu rapat dengan gigi air kerana ia boleh membuat kan ikan berasa curiga untuk menghampiri umpan.
Pastikan juga umpan yang digunakan bersesuaian dengan diet ikan kelah di lubuk tersebut. Buatlah sedikit kajian kerana umpan yang salah hanya akan menyebabkan usaha menjadi sia-sia.
Jangan kedekut untuk merasuah atau menabur umpan di lubuk yang berpotensi. Rasuah yang berterusan akan meningkatkan peluang ikan mendatangi kawasan pancingan sekali gus menyambar umpan .
Gunalah set pancing yang sepadan atau bersesuaian. Ketepatan mata kail, tali pancing, perambut, kekili, joran serta cara pengendalian akan menentukan nasib anda untuk memiliki lesen utama air tawar.
Rohu boleh dikategorikan sebagai game fish bagi pemancing lombong. Henjutan dan tarikannya kadangkala boleh menerbangkan pancing ke dalam lombong. Spesies ini sudah pandai memilih dan lebih peka kepada sebarang gangguan.
Pancingannya semakin complicated apabila setiap masa dan saat, lubuknya sentiasa berubah dan selera makannya semakin sukar dijangka. Oleh itu, eksplorasi pancingan rohu perlu lebih ekstrem dan disamping teknik bancuhan umpan yang perlu dipelbagaikan.
Terdapat dua cara untuk pancingan ikan rohu iaitu teknik apungan dan dasar. Pelampung biasanya digunakan apabila memancing di kawasan lombong ternakan itik dan teknik dasar lebih sesuai dipakai di kawasan lombong tinggal.
Pancingan berpelampung biasanya untuk menjerat rohu bersaiz kecil dan sederhana berskala 2kg ke bawah. Caranya dengan meletakkan pelampung setengah meter dari umpan bom dan dilontar ke kawasan tengah lombong ataupun di kawasan sekitar tempat belaan itik. Tunggu saja pelampung tenggelam dan strike.
Pastikan drag dikendurkan sedikit untuk mengelakkan henjutan akhir yang kadangkala boleh memusnahkan impian anda.
Kebanyakan pemancing lebih gemar menggunakan teknik pancingan dasar daripada apungan, mungkin kurang thrill agaknya. Berdasarkan pengalaman sebelum ini, rohu gemar bermain di geomorfologi lombong yang mempunyai kedlaman antara 1-5meter.
Jika lombong tersebut dalam melebihi 5meter, pelampung lebih sesuai digunakan kerana rohu biasanya akan bermain di kawasan permukaan, mungkin kerana bekalan oksigen tidak cukup banyak untuk spesies ini mencari makanan di kawasan yang dalam.
Tip yang paling penting untuk memikat rohu ialah merasuah dedak ayam di kawasan ikan itu bermain. Sebanyak 2-4kg dedak ayam diperlukan. Campurkan dedak tersebut dengan, kemudian dikepal dan dilontarkan ke kawasan pancingan.
Cari kawasan berteluk yang terdapat teratai atau kiambang. Atau pun cari kawasan yang mempunyai kawasan lantai panjangnya kira 2meter dari tebing sebelum drop off kerana ikan ini gemar bermain di antara tebing dan drop off.
Setelah dirasuah, guna dua set pancing dan lontarkan di kawasan rasuah. Tunggu sehingga buih-buih kecil timbul di permukaan menandakan rohu sudah mula menyedut dedak tadi.
Rohu memakan umpan dengan getuan kecil sebelum menelan terus umpan yang disaji. Oleh itu, jika ada getuan, jangan sentap dahulu. Sabar dan tunggu sehingga ikan ini melarikan umpan kerana ikan ini akan menelan umpan setelah menggetu beberapa kali.
Cuma, kita perlu bersedia dengan henjutan pertama rohu apabila ia merasakan mata kail di dalam mulutnya dengan lariannya ibarat torpedo dan sukar dijangka. Sentap dengan perlahan dan pastikan sistem regangan diselaraskan dengan betul agar tidak rabut.
Pancing hendaklah sentiasa diangkat tinggi dan jangan kendurkan tali semasa bertarung. Ikan ini akan bertarung habis-habisan sehingga ke tebing. Mainkannya sehingga ikan letih dan gunakan tangguk atau lip grip untuk menaikkan ikan.
Jika ikan tersebut melebihi 5kg sedangkan set pancing agak kecil, cuba kawal sistem regangan sebaiknya agar tali tidak putus. Ikan ini biasanya akan melarikan umpan ke kawasan reba atau berstruktur, teknik tekanan perlu digunakan.
Tahan ikan itu dengan sistem regangan yang ketat sedikit untuk mengajak ikan itu lari ke kawasan tengah air kemudian setkan regangan ke aras biasa biarkan ianya lari ke tengah lombong.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...