Apa yang kita ada pada hari ini, amatlah wajar kita hargai dan pastikan ia terus kekal untuk tatapan generasi akan datang. Janganlah kerana kerakusan kita memancing hingga habis limit, anak cucu kita tidak lagi kenal rupa bentuk ikan yang ada di perairan kita.

Adalah sesuatu yang amat malang, jika suatu hari nanti, seluruh perairan kita dipenuhi ikan pendatang, lantaran kepupusan ikan asal dek kerana kerakusan kaki pancing yang tidak beretika!

 

PROGRAM TAGGING IKAN

 

Ada beberapa pihak yang kini mengamalkan program ini, dengan objektif pemuliharaan serta memantau perkembangan serta tabiat spesies ikan tertentu. Program tagging ikan layaran serta tagging ikan kelah di Sungai Tahan adalah dua contoh program ini.

‘Tag’ adalah satu jarum plastik yang dimasukkan ke badan ikan, selalunya di bawah sirip dorsal ikan. Jika anda terjumpa tag ini di badan ikan, sila ikuti prosedur di bawah:

 

Ω Jangan cabut tag tersebut, kecuali ikan sudah mati.

Ω Rakamkan nombor tag, dan apa-apaketerangan yang ada pada tag sepertiberat ikan; ukuran panjang ikan (dari mulut ke simpang ekor ikan); ukuran bulatan perut; lokasi tangkapan, keadaan perairan, tarikh dan masa, cuaca, umpan yang digunakan.

IKLAN

Ω Lepaskan semula ikan berkenaan danhubungi pihak yang berkenaan danberikan keterangan di atas.

 

Etika Memancing : Ancaman Spesies Alien *

 

ANCAMAN DARI IKAN PENDATANG

 

IKLAN

Beberapa tahun yang kebelakangan ini, kita telah dapati banyak spesies pendatang yang telah memasuki perairan kita. Kebanyakannya adalah berasal dari aktiviti akuarium atau akuakultur.

 

Belum ada kajian yang cukup lengkap tentang kesan negatif dari kehadiran spesies-spesies ini, tetapi pada mata kasar pemancing-pemancing dan juga hasil kajian di negara lain, spesies pendatang memang telah menjejaskan habitat dan tumbesaran spesies asli kita.

 

Ada spesies pendatang yang membiak dengan amat pantas, memakan telur spesies ikan Malaysia dan juga merosakkan habitat air. Kesannya, ada ikan tempatan yang terbantut saiznya dan semakin berkurangan.

 

IKLAN

Kita tidak boleh menunggu hingga kajian lengkap dibuat mengenai isu ini. Kita perlu bertindak sekarang juga. Jika anda terpancing spesies pendatang di perairan yang semulajadi (tasik, sungai dan sebagainya), JANGAN LEPASKAN ia balik ke air. Makanlah atau dermakannya kepada pihak yang memerlukan.

 

IKAN PENDATANG TERMASUK:

 

Etika Memancing : Ancaman Spesies Alien *

 

Ω  Semua ikan jenis Cichlid: Flower horn,peacock bass, jaguar cichlid, ‘kerapu lombong’, tilapia (semua jenis)

Ω  Ikan-ikan Kap: Kap rumput, leekoh, kap kepala besar, kap putih, rohu, katla

Ω  Ikan Keli: Keli Afrika, Keli Rusia.

Ω  Lain-lain spesies: Pacu, lampam jawa,ikan bandaraya

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI