Antara spesies ikan buruan yang terdapat di sini adalah sebarau, baung, jelawat, patin, toman, lampam, tapah, belida dan juga udang galah. Bagi saya yang gemar memburu sebarau sungai, di sinilah antara spot kegemaran saya di sekitar negeri Perak selain Sungai Kampar serta Hulu Belum.
Jarak perjalanan ke sini juga tidaklah begitu jauh, hanya mengambil masa lebih kurang 30 – 40 minit dari pekan Tapah yang melalui Tapah Road, Chenderong Balai dan Ladang Rakyat.
Sebarau yang bersifat pelagik sudah pastinya mudah diburu dengan mengaplikasikan teknik mengilat gewang. Kebiasaannya waktu yang paling efektif bagi menduga sebarau di sini adalah dari seawal pagi dan lewat petang kerana spesies ini akan aktif mencari makan pada dua waktu ini.
Gewang-gewang yang lazim kami gunakan di sini adalah Rapala Shallow Shad Rap SSR5, Rapala Countdown CD5 dan Rapala Flat Rap 8cm berwarna natural seperti ‘Bleak’ dan ‘chrome’ serta skema warna terang seperti ‘Goldfish’, ‘Hot Tiger’, ‘Fire Tiger’ dan ‘Perch’ sekiranya kondisi air agak keruh.
Jika paras airnya sedikit tinggi, kami akan menggunakan gewang selaman dalam seperti Rapala Tail Dancer TD7 dan Rapala Shad Rap SR7.
Perlawanan dengan ikan haruan tidaklah terlalu mencabar seperti spesies snakehead lain seperti toman namun beberapa tips perlu anda ketahui untuk memburu spesies berkepala ular ini.
Walaupun anda baru dengan teknik casting percayalah bahawa memburu ikan haruan adalah sangat mudah asalkan lubuk yang diterjah tersebut memang ada ikan haruan.
Memburu ikan haruan tidak secerewet memancing spesies ikan lain. Antara yang perlu dititik beratkan semasa ingin memancing ikan haruan adalah mengenal pasti lubuk ikan haruan.
Ikan haruan lazimnya mudah didapati di mana-mana parit terutamanya berdekatan dengan sawah padi dan juga di kebun kelapa sawit.
Kebiasaannya lokasi seperti ini memang menjadi tumpuan mudah kaki casting. Buat karauan 4-5 kali pada sesuatu tempat pada dan jika anda pasti ada ikan di situ buat karauan pada tempo yang berlainan bagi memujuk ikan haruan menyambar umpan anda.
Ikan haruan juga gemar berada pada sesuatu spot seperti di sebalik dahan pokok yang tumbang, atau di bawah rimbunan pokok yang mempunyai samai dibawahnya.
Umpan-umpan pilihan
Tidak dinafikan sama sekali bahawa katak adalah sinonim dalam pancingan ikan haruan. Ini kerana, katak adalah makanan kegemaran haruan selain daripada anak ikan. Tidak disangkal katak hidup merupakan umpan pilihan utama.
Namun jika anda tidak menyukai katak atau tidak menggemari menggunakan umpan hidup anda boleh menggunakan alternatif lain yang banyak berada di pasaran sekarang seperti jump frog, katak getah (soft frog), soft plastic, spoon, spinner, dan gewang yang mempunyai warna dan bentuk seperti anak ikan.
Lain tempat lain ragamnya. Seperti spesies ikan lain, adakalanya ikan haruan juga memilih. Ada tempat yang mana umpan tiruan langsung tidak diendahkan oleh ikan haruan.
Namun secara amnya ikan haruan tidak terlalu memilih umpan. Ini kerana haruan gemar menyambar apa-apa sahaja yang melalui kawasannya. Dengan sedikit pergerakan sahaja ikan haruan sudah mula menimbulkan minat.
Di sini saya ingin berkongsi tips dan juga cara untuk mendapat perjalanan yang lebih tenang terutama bagi yang ingin membuat perjalanan secara berkumpulan. Bukan sahaja perkongsian kenderaan sahaja yang diperlukan tetapi segala-galanya perlu dikongsi bagi memudahkan urusan.
Lagi banyak umpan yang berkualiti maka semakin tinggi peluang untuk dapat strike. Harga umpan pulak bukan semakin murah sekarang ni.
Kalau jarak ke lokasi pertandingan kurang dari 10 kilometer mungkin tak mengapa. Tapi kalau lebih dari 100 kilometer sendiri mahu ingatlah. Boleh koyak poket.
Jangan sesekali sertai pertandingan dalam keadaan lapar dan dahaga. Ia akan mengganggu konsentrasi sepanjang pertandingan.
Bagi yang menginap cara terbaik ialah bahagikan semua perkara di atas dan serahkan kepada lantikan orang kepercayaan dalam group atau sesebuah kereta atau lebih elok diberi kepada owner kereta.
Untuk pengetahuan semua, kebiasaannya kos agak besar kepada tuan punya kenderaan dan juga leader dalam setiap group nak tanggung seperti minyak kereta belum campur kos tayar yang haus, minyak hitam serta servis-servis yang lain.
Berhenti lepak makan dan minum pun masing-masing macam buat keras. Buat-buat tak tahu nak bayar. Akhirnya si tuan kereta juga yang membayar.
Apa yang saya ingin tekankan di sini tuan kereta pun sama macam kita semua yang menumpang jadi sebaiknya kita kena faham sebagai seorang rakan. Jangan buat-buat tak faham.
Ketahuilah semua ini juga menjadi punca perpecahan sesebuah persahabatan ataupun perpecahan group dalam diam-diam. Perasan atau tidak? Rezeki susah masuk kalau kita bersikap macam ni… percayalah!
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...