Sama ada mahu percaya atau tidak, hanya menggunakan krim putar kosong (tanpa perisa dan warna), ia sudah boleh digunakan untuk dijadikan bahan umpan memancing.
Umpanpedia kali ini kami pertunjukkan bagaimana krim putar yang telah dicampur serbuk pewarna ini dijadikan asas penting dalam penyediaan umpan.
Bahan Keperluan:
Umpan krim
Pes perisa
Roti dadu
LANGKAH 1
Ambil kira-kira sesudu kecil krim dan sapukan pada tong bancuhan.
LANGKAH 2
Masukkan roti yang telah siap dipotong dadu.
LANGKAH 3
Semburkan perisa strawberi atau pandan yang dikehendaki.
LANGKAH 4
Gaulkan roti bersama perisa dan krim yang disapu pada tong bancuhan.
LANGKAH 5
Cucuk roti pada mata kail.
LANGKAH 6
Buatkan satu mata seperti sate dan satu lagi cukup sekadar dicucuk 4-5 roti.
LANGKAH 7
Kepalkan dan ia sedia untuk mengumpan patin mahupun tongsan sisik halus.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Satu fakta unik dan pelik tentang ikan tongsan sisik halus atau kap perak dan kap kepala besar ini ialah, walaupun berlendir dengan bau yang meloyakan tetapi mereka sangat sukakan makanan yang berbau wangi.
Jadi, rahsia utama atau asas nombor satu menghasilkan umpan spesies ini mestilah menggunakan perisa yang kuat aromanya.
Bahan-bahan keperluan:
1 kg Dedak 929
2 paket serbuk perisa pandan
2 paket serbuk pandan NS Power
Pes Perisa Pisang Original
Cara penyediaan umpan:
Cara 1
Masukkan sebungkus atau sekilogram dedak 929 ke dalam bekas bancuhan.
Cara 2
Masukkan dua paket serbuk pandan dan dua paket serbuk pandan NS Power. Gaul dedak sehingga sebati.
Cara 3
Masukkan pula lima penutup perisa pisang Original. Gaul dedak hingga sekata dan masukkan air sedikit demi sedikit dan gaul hingga memperoleh adunan yang sesuai.
Cara 4
Biarkan umpan buat seketika dan sebelum digunakan masukkan lagi tiga penutup perisa pisang Original dan gaul hingga sebati.
Cara penggunaan umpan:
Cara 1
Umpan ini boleh digunakan untuk teknik dasar atau apung. Jika dasar, gunakan perambut spring dua mata kail yang telah dicucuk gabus pada mata kail. Jika apung, sebaiknya gunakan perambut spring dua mata kail tanpa gabus.
Cara 2
Kepal kira-kira satu genggam penuh dedak pada spring. Biarkan mata kail berada di luar dedak. Dan sekiranya memancing teknik apung, pastikan umpan tidak terlalu berderai sebagaimana memancing teknik dasar.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Teknik bancuhan umpan dan perambut yang hampir sama dengan umpan rohu kolam. Sekiranya anda sudah biasa menghasilkan umpan rohu kolam maka ia tidak mendatangkan masalah kepada anda.
Namun umpan serbuk belangkas ini bukan saja untuk memancing ikan kolam, ia amat berkesan untuk memancing ikan liar disungai seperti lampam, tenggalan, lais, patin lawang dan pelbagai spesies liar lainnya.
Bahan keperluan
Dedak (apa saja jenis dedak termasuklah dedak ayam)
Pelet
Serbuk pes belangkas Ulong
Air
Mata bom
Tutorial 1
Masukkan apa saja jenis dedak (1kg) ke dalam kekas bancuhan umpan.
Tutorial 2
Masukkan pula satu bungkus serbuk pes belangkas.
Tutorial 3
Gaul dedak dan serbuk belangkas sehingga sekata.
Tutorial 4
Masukkan air (air sungai atau kolam) sedikit demi sedikit sehingga bancuhan sesuai dikepal. Jika sungai yang berarus, sebaiknya bancuhan sedikit liat dan tidak mudah peroi.
Tutorial 5
Ambil mata bom dan cucuk 1 atau 2 biji pelet yang telah dilembutkan dengan air dan digaul dengan serbuk pes belangkas.
Tutorial 6
Kepal bancuhan dedak pada spring yang ada pada set mata bom atau mata rambai.
Tutorial 7
Umpan yang siap untuk digunakan. Sekiranya arus agak laju, gunakan batu ladung yang sesuai agar umpan ini tidak hanyut.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...