Kalau korang pergi memancing dan dapat ikan dalam jumlah yang agak banyak dan takde idea nak buat apa, apa kata korang buat pekasam.
Nak buat pekasam ni takdelah susah sangat, ikut saja cara-cara yang diperturunkan di sini.
Bahan-bahannya :
Ikan air tawar segar (sebanyak mana yang nak dibuat)
Garam (bergantung pada berapa banyak ikan)
Beras goreng tanpa minyak (disangai dan ditumbuk halus)
Cara membuatnya:
Ads
⇒ Bersihkan ikan dan toskan airnya semalaman.
⇒ Ambil ikan yang telah ditoskan tadi, salutkan dengan garam keseluruhan ikan tersebut.
⇒ Susun ikan tersebut dalam bekas kedap udara (disimpan lebih kurang 2 ke 3 hari).
Ads
⇒ Pantau jangan sampai ada air (ikan itu mesti dikeringkan selalu airnya).
⇒ Selepas 2 ke 3 hari, ambil ikan tadi dibasuhkan & bilaskan serta ditoskan supaya kering.
⇒ Salutkan ikan yang telah ditoskan tadi dengan beras goreng dan simpan 2 ke 3 minggu, Baru boleh dimakan ikan itu (lagi lama disimpan, lagi elok menjadi ikan pekasamnya)
Ads
Nota Tambahan:
⇒ Pastikan jika ikan didapati ada air di bawah bekasnya, buangkan airnya supaya ikan kering tetapi lembab.
⇒ Pastikan juga supaya bekas yang digunakan tidak dimasuki lalat atau langau langau kerana bila dihinggapi ditakuti ikan akan berulat.
⇒ Simpan Ikan di dalam suhu bilik, tidak perlu di dalam peti ais. Sekiranya selepas 3 minggu bila ia telah menjadi ikan pekasam, sekiranya mahu simpan dalam jangka masa yang lebih lama barulah boleh disimpant dalam peti ais.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Boating atau memancing dari atas sampan kecil amat diminati hari ini. Memiliki bot fiber atau aluminium merupakan satu kelebihan bagi pemancing kerana tidak semua lokasi boleh diterokai dengan cara memancing ‘landbase’ sahaja. Harga bot aluminium dan fiber yang masih munasabah di pasaran menjadikan ia semakin laris dan mampu dibeli oleh sesetengah kaki pancing.
Badan kenderaan yang mempunyai gutter. Roof rack diikat pada gutter tersebut.
Kebiasaannya pengilang yang mengeluarkan bot telah menetapkan spesifikasi ukuran bot yang boleh dibawa dengan meletakkannya di atas bumbung kereta. Kelebaran bot sekitar 4 kaki dan panjang 12 kaki ke bawah boleh dibawa di atas bumbung kenderaan.
Namun aspek keselamatan adalah perkara yang tidak boleh diabaikan kerana ianya melibatkan nyawa. Beberapa peraturan perlu dipatuhi. Bagi kenderaan yang ingin membawa bot, ia mestilah mempunyai permit kelulusan dari Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ).
Tali dan wrench diikat pada palang roof rack.
Beberapa dokumen di perlukan iaitu borang permohonan dari JPJ, salinan geran kenderaan dan lakaran saiz bot yang ingin dibawa. Ia adalah percuma namun dokumen-dokumen yang diperlukan hendaklah lengkap sebelum diserahkan kepada Bahagian Teknikal JPJ untuk dinilai. Borang permohonan kelulusan untuk membawa bot boleh di dapati di laman sesawang JPJ.
Ketatkan menggunakan wrench.
Peralatan keperluan
Roof carrier atau palang sangkut di atas bumbung merupakan elemen penting kerana ia akan menjadi penahan bot agar tidak mencalarkan cat kenderaan. Terdapat 2 jenis body kereta yang mempunyai gutter dan tidak mempunyai gutter.
Anda boleh ke kedai aksesori atau kedai menjual alat tersebut untuk memasangnya. Tapi perlu diingat, palang hendaklah melebihi kelebaran bot tersebut supaya ia mampu teguh berada di landasannya.
Gunakan cangkuk tali dan cangkuk pada bibir bot.
Terdapat pelbagai jenama di pasaran daripada yang biasa hingga yang berjenama. Roof carrier yang biasa digunakan adalah daripada jenama THULE. Walaupun harganya agak mahal namun pembuatannya amat diyakini untuk membawa beban yang dianggarkan sekitar 40 kilogram di atas bumbung kereta.
Cargo Lash atau tali pengikat dengan kekunci wrench juga antara peralatan yang sangat penting untuk mengikat bot.
Bagi sebuah bot ia memerlukan 4 tali pengikat yang kukuh bagi memastikan ia tidak berganjak atau meluncur keluar dari palang penyangkut ketika bot dibawa atau kenderaan berhenti secara mengejut.
Kekunci wrench yang terdapat di pasaran.
Caranya, 2 tali perlu di ikat di bahagian palang bumbung kenderaan bagi memastikan ianya tidak berganjak ke kiri atau ke kanan ketika dibawa. Di bahagian hadapan dan belakang pula, tali perlu diikat kemas dan gunakan bahagian penarik kereta kecemasan sebagai lubang pengikat.
Buat perkara sama untuk bahagian depan bot.
Ini amat perlu di beri perhatian kerana ketika kereta berada di atas jalan ia bukan sahaja membawa sebuah bot malah menempuh angin yang boleh mengancam keselamatan orang lain.
Tali perlu diikat kemas dan dikunci menggunakan wrench secara ketat. Pilih tali yang berkualiti dan ia boleh di didapati di kebanyakan kedai-kedai hardware.
Gewang Rapala Deep Tail Dancer (TDD) merupakan gewang selaman dalam yang memiliki aksi renangan cantik dan sangat stabil. Diperbuat daripada kayu balsa yang ringan, daya apungan tinggi kayu balsa inilah yang memberikan aksi lenggok uniknya yang tidak ada pada gewang lain.
Akan tetapi, badan gewang yang diperbuat daripada kayu balsa yang agak lembut ini mudah pecah atau koyak sekiranya digasak ikan bersaiz kasar. Sering berlaku sekiranya ia disambar ikan bersaiz kasar ialah lidahnya patah atau tercabut dan juga ekor gewang yang terkoyak.
Oleh yang demikian, kami belanja sedikit cara untuk mengikat gewang ini bagi memperkukuhkannya.
Keperluan:
Gewang TDD
Playar
Jarum peniti
Gam gajah
Cara-cara DIY:
Tutorial 1
Jarum peniti mestilah dikepit kemas dengan playar sebelum ditekan masuk perlahan-lahan. Jika tangan ada tidak kuat, anda boleh panaskan mata jarum peniti untuk ia mudah menembusi lip atau bibir gewang berkenaan.
Tutorial 2
Pastikan kedudukan jarum peniti haruslah berada di tengah-tengah mata gewang replika ikan berkenaan. Jika tidak tepat, cabut dan cucuk semula.
Tutorial 3
Tekan perlahan-lahan hingga ia tembus.
Tutorial 4
Pastikan jarum peniti tembus sepenuhnya.
Tutorial 5
Potong lebihan jarum peniti berkenaan dengan menggunakan playar atau pemotong besi.
Tutorial 6
Akhir sekali titiskan gam gajah bahagian atas dan bawah jarum peniti dan biar sehingga kering.
Bagi penggemar ikan todak ini, mereka memiliki beberapa teknik untuk menjeratnya.
Salah satu teknik yang sering dipraktikkan ialah teknik apung yang hanya menggunakan gabus sebagai pelampung. Teknik ini ternyata amat berkesan. Jom cuba!
Alat keperluan
Swivel
Leader fluorocarbon 30lb (3 – 5 depa bergantung kepada kedalaman air)
Gabus (polisterin kira-kira dua jari)
Mata kail saiz 1/0 – 3/0
Plaster luka
Cara penyediaan:
Langkah 1
Buatkan lubang pada gabus dengan menggunakan jarum dan masukkan tali ke dalam gabus tersebut.
Langkah 2
Tembuskan tali hingga menjadi begini.
Langkah 3
Kemudian masukkan tali yang ditembuskan keluar dari gabus itu ke cincin mata kail.
Langkah 4
Buat bulatan pada mata kail.
Langkah 5
Lakukan lilitan sebanyak 5 – 6 kali.
Langkah 6
Masukkan lebihan tali ke dalam bulatan yang dibuat awal tadi dan tarik hingga menjadi kemas.
Langkah 7
Potong lebihan tali tersebut. Dan inilah hasil untuk langkah yang pertama.
Langkah 8
Potong sebahagian kecil pembalut luka.
Langkah 9
Pembalut luka ini dililitkan pada tali yang menghubungkan antara mata kail dan gabus.
Langkah 10
Fungsi pembalut luka ini sebagai ‘stopper’ utk gabus agar ia tidak berada terlalu hampir dengan mata kail.
Kebiasaannya jarak ‘stopper’ gabus ini dengan mata kail adalah kira-kira sejengkal.
Langkah 11
Kemudian, buat ikatan swivel pada hujung tali.
Tip Tambahan:
Perambut tersebut sudah boleh digunakan untuk memancing todak. Sambungkan cara pada set pancing anda.
Kaedahnya sama sahaja sama ada anda memancing di tebing atau di atas kelong.
Umpan yang paling efektif adalah anak belanak sebesar ibu jari, anak tamban atau pun bilis.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...