Kebiasaannya, rata-rata pemancing layang sangat gemar menggunakan pattern DRY FLY kerana keseronokan menyaksikan umpan layang yang terapung di atas air disambar oleh ikan.
Sama seperti keasyikan apabila kita menggunakan lure jenis top water. DRY fly pattern memang terkenal oleh setiap pemancing layang kerana menjanjikan keseronokan yang berganda.
Siri DIY kali ini kami ingin menunjukkan cara-cara untuk membuat dry fly pattern yang paling simple dan efektif serta mudah untuk dihasilkan.
Langkah 1
Ambil benang hitam dan buat ikatan permulaan.
Langkah 2
Ikatkan sedikit poly yarn dan lebihkan di bahagian belakang.
Ads
Langkah 3
Ambil 2 helai peacock herl dan ikatkan daripada bahagian belakang.
Langkah 4
Lilitkan peacock herl tadi sehingga ke bahagian depan dan buang lebihannya.
Ads
Langkah 5
Ikatkan 2 helaian hackle di bahagian depan dan lilitkan sehingga ke hujung mata kail.
Langkah 6
Setelah melilitkan hackle tadi, buat ikatan terakhir dengan kemas.
Ads
Langkah 7
Warnakan poly yarn menggunakan permanent marker berwarna merah.
Langkah 8
Potong bahagian lebihan ekor (poly yarn) serta kemaskan ikatan dan letakkan sedikit gam di ikatan terakhir untuk mengukuhkan lagi ikatan.
(Video step by step)
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Boleh dikatakan setiap kategori udang galah mempunyai gaya dan lentik menghenjut pertarungan tersendiri. Jika bersaiz galah atau jenggo, ia kurang melawan pada peringkat mula terangkat dari dasar tetapi pasti menunjukkan belangnya dengan menghenjut joran dengan kuat sebaik sahaja muncul di permukaan.
Apabila ia semakin menampakkan sepit biru di permukaan, saat inilah detik paling gemuruh buat kaki pancing udang galah. Dikatakan, pemancing yang kurang pengalaman akan kehilangan hasil, udang mudah terlucut dari mata kail.
Untuk udang jantan muda, ia akan melawan secara konsisten dan berterusan manakala daya juangnya boleh tahan berpadanan dengan peralatan yang digunakan. Bagi udang bertelur ia hanya kuat melawan di peringkat permulaan sahaja.
Manakala udang kecil sering menggegarkan hujung joran bertalu-talu setiap ia cuba mengeluarkan umpan dari mata kail. Untuk itu, kekili kecil yang digunakan juga perlu dilaraskan sistem seretan (drag) supaya ia dapat menampung beban mengejut yang dikenakan seperti henjutan udang secara tiba-tiba.
Walaupun udang saiznya kecil tetapi teknik dan peralatan termasuk mata kail sesuai perlu dipadankan dengan kombinasi sesuai agar kepuasan serta kegagalan menjinakkan udang dapat dihindari.
Paling menarik ialah tahap kesabaran menaikkan udang yang berada di mata pancing adalah tinggi berbanding spesies lain. Pemancing perlu banyak berlembut dan sabar setiap kali udang menghenjut pancing.
Sekiranya kita biasa casting ikan siakap merah, maka peralatan yang sama boleh digunakan.
Tapi sebagai insuran, adalah lebih baik ditingkat satu paras kekuatan dan kelasakan peralatan tersebut kerana daya hentaman dan juang ikan tembaring juga jauh lebih mengatasi siakap merah.
Casting Reel
Sama ada kekili menegak atau mendatar, kebanyakannya sesuai untuk memancing tembaring.
Memancing tembaring tidak memerlukan kekili berkelajuan tinggi sebaliknya kekili berkelajuan rendah dan kayuhan bertenaga bagi mengimbangi kekuatan pemangsa.
Tambahan pula persembahan umpan tidak perlu digayakan dengan laju. Berdasarkan pengalaman, kekili seperti Daiwa Zillion crazy Cranker (gear ratio 4.9:1) merupakan kekili terbaik untuk dipadankan.
Joran
Joran aksi sederhana, kuasa kelas medium berkuatan 10-20lb hingga 15-25lb dan panjang 5.5-6.5 kaki merupakan joran yang selesa dan sepadan untuk digunakan.
Jangan pandang ringan dengan kekuatan black bass walaupun bersaiz kecil. Tambah habitatnya adalah di kawasan reba banat yang mencabar.
Tidak dinafikan, gewang crank atau cranbait lure merupakan gewang plug yang paling serasi dengan tembaring di perairan kita.
Walaupun ada kejadian mencatatkan gewang permukaan turut menerima sambaran namun peratusannya sangat rendah.
Pelbagai model gewang crank boleh digunakan namun sehingga kini gewang Ofmer X Deep Fire tiger menepati saiz mangsa yang menjadi diet utama tembaring.
Tali Utama
Tiada masalah jika ingin menggunakan tali tangsi atau mono sebagai tali utama namun disarankan gunalah tali sulam berkuatan 30-40 lb.
Perambut / Leader
Tali perambut dari jenis fluorocarbon berkuatan 40-50lb sangat digalakkan penggunaannya sepadan dengan tali utama.
Leader yang keras dan tahan lasak amat penting bagi menangani kerakusan pemangsa serta geografi padang pancing.
Mata kail
Amat disarankan pilihlah mata kail (treble hook) berkuatan 4X-6X. Harus diingat daya hentaman tembaring berupaya meluruskan atau merapatkan mata kail dengan mudah. Tidak perlu memilih mata kail yang mahal harganya. Mata kail VMC 4X sudah memadai.
Split Ring & Snap
Split ring dan snap berkuasa tinggi atau tugas berat perlu digunakan sekiranya anda tidak mahu berputih mata atau kehilangan gewang kesayangan. Carilah split ring dan snap yang mampu menahan tekanan sehingga 80-100 lb.
Kampung Belawai ini terletak dari pusat Bandar Sibu sejauh 80km. Kali ini saya sendiri (Pashaa Oo) menjadi tekong dan tiga lagi rakan saya iaitu Munsang Lo, Cha Andun dan Mantera Man turun untuk trip casting di muara tersebut.
Kami pasti ramai para caster yang mengidamkan spesis siakap liar ini apatah lagi menyambar gewang anda pasti padu merasa tarikan nya. Di sini group Barramundi Hunter ingin berkongsi pengalaman semasa mengilat di muara tersebut.
Perjalanan kami mengambil masa dalam 1jam dari jeti kampung belawai untuk sampai ke destinasi tersebut. Perjalanan menuju ke port mengambil masa dalam satu jam. Kali ini kami menggunakan gewang bersize 75mm jenama Kimikas, Ofmer dan solf plastic (SP).
Setibanya kami di spot tersebut kami tidak menunggu lama terus membalingkan gewang kami. Rakan saya Munsang Lo telah disambar oleh penunggu muara tersebut dan berjaya menaikan siakap liar seberat 5kg.
Kami pun merasa bersemangat dan terus membaling di kawasan kayu mati semestinya memang ada berpenghuni tekaan kami memang betul kali ini saya sendiri disentap oleh barramundi ini seberat 3kg Kali ini kami amat terkejut dan tak menyangka solf plastic yang digunakan oleh rakan saya Munsang Lo disambar oleh monsters di kawasan tersebut namun kali ini kami rabut. Kami pun berpindah ke satu spot lagi dan di situ rakan saya Manteraa Man dan Cha Andun double strike
Kami amat berpuas hati kerana trip kali ini pelbagai spesies kami dapat naikkan. Ia juga membuktikan muara tersebut masih berpotensi dan kemudian hari bolehlah rakan rakan lain datang dan mencuba nasib di muara ini.
Saya juga berpuas hati kerana saya sendiri menjadi tekong untuk kali ini jika anda ingin bertanyakan sewa bot bolehlah menghubungi Pashaa Oo ditalian 0124264440.
Tips
Ketika air masuk pasang ikan ini aktif dan kita kena tahu paras air masuk pasang dan surutnya maka dengan pengalaman yang kami ada amat membuah kan hasil.
Siakap lebih suka makan di waktu awal pagi dan ketika air mula masuk surut juga ikan ini bergiat aktif mencari mangsa di celah-celah pokok kayu mati dan di persimpangan muara.
Tali yang kami guna ialah Bullzen 50lb, leader mainline kami gunakan 40lb.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...