Ads
Home Hobi & Minat DIY : Cara Buat Ikan Gelama Masam

DIY : Cara Buat Ikan Gelama Masam

Ads

 

Cuci ikan gelama dengan bersih tanpa perlu dibuang perut atau kepalanya. Memadai hanya membersihkannya sahaja.

Sekiranya ingin membuang perut dan kepalanya pun boleh. Terpulang kepada citarasa anda.

 

Setelah dibersihkan, jemurkan ikan-ikan tersebut di bawah panas terik kira-kira 2 hingga 3 jam.

Selepas itu biarkan ikan di kawasan teduh untuk menyejukkannya. Setelah ia sejuk, lumurkan pula seluruh badan ikan dengan cuka makan.

 

Taburkan garam kasar memenuhi ruang dasar sama ada bekas kaca, plastik atau tempayan kecil. Kemudian susun ikan di atas garam sehingga penuh.

Ads

Seterusnya tabur garam ke atas ikan sehingga tertutup semua garam dengan ikan. Ulang proses yang sama sehingga habis ikan kesemuanya.

 

Pada lapisan garam teratas ini lebihkan jumlah garamnya. Kemudian selitkan 2-3 keping asam gelugur.

Kemudian taburlah sedikit gula bagi mengimbangi rasa masin dan masam.

 

Ads

Setelah semuanya selesai, ambil beberapa beberapa botol kaca atau botol plastik berisi air yang sepadan untuk dimuatkan di dalam bekas rendaman tadi.

Tujuannya adalah untuk menindih ikan dan berendam dengan sempurna dalam larutan garam

 

Kemudian tutup bekas rendaman itu dengan ketat. Sebaiknya juga bungkus bekas itu dengan beberapa helai bungkusan plastik dan diikat ketat dengan getah atau tali supaya tiada ruangan untuk sebarang serangga memasukinya.

 

Ads

Selepas 5-7 hari, buka bungkusan dan cuci ikan dan buang perutnya seekor demi seekor. Ia perlu dilakukan dengan lemah lembut agar ikan tidak hancur.

Sebaiknya pastikan juga ikan-ikan itu dilap hingga kering dengan tisu.

 

Kemudian jemur ikan-ikan tersebut seharian di bawah matahari terik. Setelah itu, ikan gelama masam ini bolehlah digoreng dan menikmatinya.

 

Sekiranya ingin menyimpannya untuk tempoh yang panjang, rendamlah ikan gelama masam ini dengan minyak masak baharu di dalam bekas bertutup dan simpan di kawasan teduh. Apabila ingin digunakan, ia boleh terus digoreng.

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI