Tiada simpulan asas menghubungkan kevlar dengan mata kail dalam penghasilan assist hook ini. Hanya lilitan tali sulam dan kekuatan gam saja yang menyatukannya. Bagi korang yang malas atau tak pandai nak buat simpulan, bolehlah cuba ikatan ini.
Langkah 1
Kepitkan mata kail (apa saja mata kail yang korang nak guna) pada fly tying vise. Kalau tak ada vise ni, guna jari pun boleh je.
Langkah 2
Lilitkan mata kail dengan tali sulam (6lb-10lb) sebagai tapak untuk memegang kevlar. Lilit dalam anggaran 2cm atau sepanjang mana kevlar yang akan ditempel ke atasnya.
Ads
Langkah 3
Masukkan kevlar melalui lubang cincin mata dan tempelkan ia mata kail yang telah dililit tali sulam. Mulakan lilitan dari arah lubang cincin ke arah hujung mata kail.
Kemudian letakkan flash atau bulu kilat ke atas kevlar dan lakukan lilitan sehingga ke lubang cincin dan teruskan satu lapisan lilitan lagi.
Ads
Langkah 4
Setelah itu potong lebihan bulu kilat. Panjang bulu kilat memadai satu kali ganda panjang mata kail.
Ads
Langkah 5
Sapukan gam pada lilitan yang dihasilkan tadi. Pastikan gam yang digunakan adalah gam yang berkualiti. Biarkan gam kering seketika, kemudian sapukan satu lapis lagi. Siap!
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Jika ingin casting atau trolling ikan toman, adakah perlu gewang disambungkan dengan perambut dawai sebagaimana teknik yang digunakan untuk memancing ikan bergigi tajam di laut?
JAWAPAN:
Memang tidak dinafikan penggunaan perambut dawai atau kabel adalah satu kemestian jika ingin memburu spesies bergigi tajam seperti tenggiri, alu-alu, toman atau pacu. Faktor utama kenapa perambut dawai ini digunakan kerana bimbang pemangsa-pemangsa bergigi tajam ini akan menelan umpan atau gewang hingga boleh memutuskan tali perambut.
Oleh yang demikian penggunaan perambut dawai adalah kemestian terutamanya bagi pancingan menggunakan umpan (termasuk pancingan dasar memancing toman menggunakan umpan keli). Ia juga perlu digunakan untuk casting dan trolling di laut kerana tidak pasti spesies apa yang bakal menyambar gewang tersebut.
Namun untuk tujuan casting atau trolling di air tawar walaupun untuk menyasarkan ikan toman, tidak perlulah menggunakan perambut dawai. Tidak salah jika ingin menggunakannya tetapi peratus untuk menerima strike lebih rendah berbanding tidak menggunakan perambut dawai. Ini kerana aksi renang gewang yang disambungkan dengan perambut dawai akan terjejas.
Menurut pengeluar, sebaik anda mencuba Hover Lure, ‘Anda tidak akan pernah memancing di bawah permukaan air lagi’. Imitasi pepatung ini tampak seperti serangga plastik yang menempel pada batang kayu hanyut dengan mata kail yang tersepit di punggungnya. Secara teori, ikan bass akan melompat keluar dari air untuk menelan serangga palsu ini.
Self-propelled kecil ini menggunakan bahan bakar untuk membuatnya berenang. Untuk menggunakan, tambahkan serbuk ajaib (dibekalkan) dan mengatur umpan untuk berhanyut. Air memicu reaksi kimia dan dari umpan akan pergi, terus ke mulut ikan yang terbuka. Dan ia adalah ciptaan gewang yang gagal sepenuhnya.
Seperti yang terlihat di TV, ia dijanjikan untuk melakukan pekerjaan untuk anda dan menjamin lebih banyak ikan. Untuk mengoperasikannya, pemancing hanya perlu mengikat umpan kegemaran ke bobber, hidupkan suiz motor dan setting agar ia mengapung. Kemudian, ia akan menenggelamkan gewang anda ke sarang ikan pemangsa. Hasilnya? Pemancing lebih suka casting.
Menurut seorang pemancing dipujuk agar menggunakan gewang ini, selepas sesi casting yang lama tanpa sebarang sambaran, beliau membuang mata kail gewang tersebut dan dijadikan mainan untuk anak-anak di dalam tab mandi.
Tidak peduli apa yang anda fikirkan tentang pemerintahan Presiden Jimmy Carter, kami cukup yakin kami tahu bagaimana perasaan anda tentang umpan bass yang diinspirasi dari Carter bernama The Prez. Pada tahun 1976 ketika pereka gewang Cotton Cordell, memperkenalkan crankbait berbentuk kacang ke dunia bass, yang bereaksi dengan menguap kolektif dengan mungkin beberapa tawa bercampur. Pengumpul gewang masih memperdebatkan apakah gewang itu benar-benar dirancang untuk menangkap ikan, atau sebagai lelucon yang keliru.
Dengan moniker yang kedengarannya lebih seperti makanan anjing daripada umpan pancing, Mighty Bite telah mengilhami banyak pemancing untuk membuang $20 mereka demi janji memancing dengan “satu-satunya sistem umpan pancing lima-indera yang terbukti.” Kit Mighty Bite menampilkan pelbagai macam komponen yang sangat besar, yang katanya membuat penampilan, bau, suara, rasa, dan penawaran anda menjadi seperti ikan umpan yang terluka.
Kami telah menganugerahkan penghargaan “The King of Novelty Lures” kepada Heddon Big Bud — crankbait yang mirip dengan melempar sepatu tenis yang basah dengan aksi yang meniru trak ais kerim dengan tayar yang kempis. Namun, jika kejayaan komersial adalah ukuran daya tarik apa pun, alat ini menjadi hit. Kami menduga bahawa ribuan terus menggantungnya di cermin pandang belakang pada trak seluruh negara bass.
Didakwa gewang terlaris sepanjang masa (setidak-tidaknya menurut pengeluar), soft plastic backstroking ini pernah menjadi raja QVC dan infomersial. Ideanya sederhana, umpan yang dirancang untuk berenang menjauh dari para pemancing. Sementara banyak yang terjual, kami menduga hanya sedikit yang menangkap ikan.
Strategi pemasarannya sederhana: Lampu yang berkedip dan diaktifkan air yang ditanamkan dalam badan gewang, akan memicu bass untuk menyerang. Banyak wang pemasaran dihabiskan untuk menarik testimoni dari pemain bass, tetapi tampaknya gagal menarik cukup banyak pemancing untuk membuka dompet mereka. LaserLure memudar menjadi terlupakan pada tahun 2012.
Boleh tak admin buat penjelasan ringkas apa itu assist? Saya juga mendapati assist hook (dua mata) hampir menyamai perambut V pancingan kolam yang sudah sekian lama diguna pakai.
Adakah assist hook ini diilhamkan dari perambut ini?
JAWAPAN:
Pada kebiasaannya, assist hook merupakan daripada sebentuk atau lebih mata kail yang dipadankan dengan tali sulaman pendek yang kuat atau kevlar.
Atau dalam erti kata lainnya assist hook merupakan satu atau dua mata kail yang telah disambungkan melalui sesuatu ikatan dengan kevlar.
Konsepnya sama sahaja dengan mata kail yang telah diikat dengan perambut tangsi atau tali sulam yang dinamakan perambut V, perambut Y, perambut cabang atau sebagainya yang digunakan untuk pancingan kolam dan lain-lain lagi.
Namun assist hook lebih sinonim dengan teknik pancingan mengunjun kepingan jig atau jigging.
Lazimnya juga assist hook ini dipasangkan pula pada split ring. Secara mudahnya, assist hook ialah mata kail khusus yang dipasang jig.
Penggunaan assist hook dalam teknik jigging adalah penting untuk meningkatkan peratusan ikan tercangkuk pada mata kail ketika anda strike ikan.
Sambungan terus mata kail pada jig juga boleh digunakan dan ia bukanlah kesalahan. Namun peratusan hook up menggunakan assist hook adalah lebih tinggi.
Selain itu pengunaan assist hook ini turut dapat mengelakkan ikan terlucut atau pun terlepas kerana cangkukkan mata kail lebih solid.
Malah dengan menggunakan assist hook dua mata kail membolehkan mata kail yang bebas bergerak (yang tidak tercangkuk pada ikan) tercangkuk pada bahagian ikan lainnya pula.
Sekaligus ia menambahkan lagi hook up atau umpama tambahan insuran.
Assist hook biasanya dijual secara berpasangan namun seeloknya buatlah sendiri kerana anda akan lebih berpuas hati dan ia perkara mudah untuk membuatnya dan yang paling penting ia menjimatkan wang anda.
Dan yang pasti, penggunaan assist hook sudah sekian lama dipraktikkan dan sama sekali tidak diilhamkan dari kolam pancing.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...