Jenahak atau jenak merupakan spesies ikan air masin yang menjadi sasaran utama kaki pancing di negara kita. Selain keenakan rasanya, ia juga spesies yang mudah dipancing dengan pelbagai teknik seperti pancingan dasar, mengilat dan unjunan jig besi.
Kebiasaannya, beberapa faktor berikut perlu ditekankan sebelum memancing Jenahak. Namun, tip yang terbaik sebenarnya adalah merujuk kepada tekong-tekong kawasan yang ingin dipancing.
Ini kerana setiap lokaliti mempunyai sebab-sebabnya yang tersendiri yang berlainan dengan lain tempat Tentu saja orang yang memahami perkara penting ini adalah para tekong setempat.
Ads
Spot Jenahak
Antara faktor yang perlu diketahui ialah lokasi persembunyian atau spot kegemaran jenahak mengendap mangsa. Lazimnya spot yang menjadi kegemaran jenahak ialah kawasan lubang, kawasan berbatu atau alur (paloh). Walaupun kawasan tersebut sudah banyak mendaratkan hasil, ia akan terus dihuni oleh jenahak yang lain pula.
Ads
Faktor Arus
Faktor seterusnya ialah kelajuan arus. Faktor air mati atau besar turut mempengaruhi keaktifan jenahak untuk mencari makanan. Begitu juga dengan faktor kejernihan air. Lazimnya jenahak lebih menyukai keadaan air yang tidak terlalu keruh dan tidak pula terlalu jernih.
Ads
Suhu Air
Seterusnya ialah faktor suhu air. Jika kita perhatikan ketika musim hujan yang berpanjangan, hasil tangkapan jenahak agak berkurangan kerana dipengaruhi oleh faktor suhu air yang sejuk. Begitu juga dengan tahap kemasinan air. Aliran air tawar akibat limpahan air sungai dari pedalaman ke muara sedikit sebanyak mempengaruhi keaktifan jenahak.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Kejayaan mendaratkan ikan kelah terutamanya bersaiz kasar bermula daripada perkakasan pancing yang digunakan. Tiada kompromi untuk menggapai kejayaan. Di sini kami perturunkan sedikit ilmu dari aspek teknik dan taktik untuk memancing kelah liar.
Faktor Peralatan
Semua peralatan mestilah dalam keadaan yang sangat bagus. Joran aksi sederhana berat, 7 hingga 9 kaki panjang lebih sesuai. Kekili dengan 200 meter tali 15 – 25 paun sudah mencukupi. Tali tangsi perlulah tahan kikisan.
Anda perlu menggunakan mata kail yang kuat bersaiz 1/0 hingga 6. Saya gemar menggunakan mata kail berparuh yang bertangkai pendek jenama Daichi (kelabu) dan Mustad Saltwater (hitam) kerana keloknya ditempa dengan baik sehingga dapat memberi kekuatan yang padu. Walaupun tersangkut, ia tidak akan lurus sebelum tali putus.
Mata kail diikat kepada perambut sepanjang 18 inci. Perambut yang panjang diperlukan bagi memastikan umpan tidak ditutupi oleh daun daun mati di dasar sungai.
Teknik Dan Skill
Anda perlu memastikan semua struktur ikatan terbentuk dengan baik tanpa sebarang kecacatan yang berupaya melemahkan tali. Sekiranya tali yang keluar daripada ikatan tersebut kelihatan kusut, bermakna ikatan tadi tidak berapa baik. Ikat semula. Ingat, perkara sekecil ini boleh menyebabkan kegagalan dan penyesalan ketika memancing kelah.
Kaedah memancing secara dasar dengan menggunakan batu ladung nombor 3 – 6 yang bebas bergerak merupakan pilihan terbaik kili digunakan antara perambut dan tali utama. Sebagai tambahan, saya sering meletakkan manik plastik lembut antara tali utama dan cili bagi melindungi ikatan.
Terdapat juga sungai yang dipenuhi dengan batu dan kayu yang boleh menyebabkan tali perambut sering tersangkut setiap kali lontaran. Di sini, kita perlu mengubah taktik. Jangan gunakan kili atau batu ladung bebas sebaliknya gunakan kepingan timah sepanjang 2 inci dan setebal 1/2 inci.
Lilitkan kepingan timah kepada tali utama dan ketatkan kedua-dua hujungnya menggunakan playar atau gigi anda. Pelik bukan tetapi teknik ini memang berhasil. Apabila anda melontar biarkan ia tersangkut antara batu. Biarkan.
Apabila hendak mengarau tali, keluarkan tali sepanjang 30 meter dan biarkan air yang membawanya dan arahkan joran ke arah yang sama kemudian rembat joran ke atas melepasi kepala dan belakang anda.
Paksaan akan berlaku dari arah hilir yang kemudiannya akan membebaskan tali tersebut. Kemudian karaulah tali sekuat hati sebelum ia tersangkut lagi. Kalau masih tersangkut, cuba tarik tali dengan tangan bukannya dengan joran. Batu ladung ini akan menjadi longgar lalu membebaskan tali.
Jika tak berjaya juga, memang tiada pilihan lain kecuali tarik saja sampai putus, jadi anda cuma kehilangan mata kail dan batu ladung buatan sendiri.
Memperoleh atau mendaratkan ikan layaran dianggap sebagai memperoleh lesen laut dalam. Namun untuk memperoleh lesen laut dalam ini bukanlah semudah yang disangka. Kami belanja sikit tip & panduan untuk korang yang berhajat untuk memancing layaran.
Peralatan & Persiapan
Kekili – Sebaiknya gunakan siri kekili 5000 dan ke atas yang boleh memuatkan tali sulam 40lb sekurang-kurangnya 200 meter.
Joran – Joran kekuatan 20lb-40lb atau PE 2-4 atau lebih.
Leader – 50lb atau bergantung kepada warna air. Kalau air jernih, guna di bawah 50 lb.
Mata kail – Wajib guna circle hook bagi kelestrarian spesies layaran. Saiz 5/0 hingga 7/0 bergantung pada saiz umpan.
Kejayaan misi memancing layaran banyak bergantung kepada umpan yang digunakan. Oleh yang demikian, dapatkan umpan hidup seperti tamban, selar, kembung atau sotong toraksebanyak yang mungkin ketika tekong berhenti mencari umpan di unjam-unjam.
Untuk mencari layaran, tekong akan mencari petunjuk dengan mengesan kewujudan burung-burung camar di permukaan laut. Burung-burung camar ini mengambil peluang mencuri ikan-ikan yang dipengsankan oleh layaran sebelum menyambarnya.
Sebaiknya gunakan tiga set pancing sahaja bagi untuk memancing layaran bagi mengelakkan kejadian tali pancing bersilang sama ada ketika menghanyutkan umpan atau
ketika layaran melarikan umpan. Dua set di bahagian belakang bot dan satu set di bahagian depan bot.
Ketika proses menghanyutkan umpan ini, korang masih boleh mencari umpan dengan teknik apollo. Apollo yang disangkutkan candat akan berpeluang memperoleh sotong.
Apabila salah satu pancing mengena, biarkan layaran melarikan umpan terlebih dahulu (tanpa drag), apabila ia berhenti seketika barulah gunakan drag dan hanya bertahan (tanpa strike) sehingga mata kail melekat pada paruh layaran.
Kemudian barulah lakukan satu strike bagi mengukuhkan lagi tancapan mata kail.
Keseronokan utama memancing layaran adalah saat ketika ia melarikan umpan dengan pecutan yang menyebabkan spool berdesing memuntahkan tali. Justeru itulah pentingnya simpanan tali yang panjang dalam spool.
Jangan paksa layaran menghentikan lariannya, korang hanya perlu laraskan lagi tahap drag dan meminta bantuan tekong memandu bot mengikut larian ikan sekiranya perlu. Apabila ikan mula menghentikan larian barulah menarik tali masuk semula ke dalam spool.
Sebaik-baiknya jangan layan lama sangat sehingga layaran keletihan tahap maksima. Ia boleh menyebabkan spesies mati.
Jika ingin bergambar dengan ikan, lakukan dengan pantas agar ikan tidak lemas akibat terlalu lama berada di luar air.
Untuk mendaratkan layaran, pegang kedua-dua bahagian paruhnya. Elakkan dari memegang hujungnya sahaja kerana boleh menyebabkan ia patah.
Paruh yang patah akan mengambil masa untuk tumbuh semula sekaligus merencatkan proses ia memburu makanan.
Sebelum lepaskan kembali, berikan bantuan oksigen dengan melalukan air ke ingsangnya. Lakukan sehingga ada pergerakkan ekornya seperti mahu berenang barulah lepaskannya.
Merupakan sejenis pokok perintis. Batangnya yang menjalar merebak dengan cepat dan menutup bumi, mendakan sampah-sarap yang terperangkap membantu pasir membentuk tanah yang stabil.
Ia berkait rapat dengan pokok kangkung dan kembang pagi. Daun selebar 8-10cm.
Tanaman ini sesuai ditanam sebagai landskap untuk menghiasai tepi jalan dan juga kawasan taman.
Mempunyai bunga yang cantik berwarna ungu terang.
Tempat asal:
Banyak terdapat di tepi pantai.
Fungsi Landskap:
Mengawal hakisan tanah serta estetik dan pengindahan.
Lokasi Kesesuaian Tanaman:
Taman dan tepi-tepi jalan.
Pokok tapak kuda merupakan sejenis pokok menjalar yang terdapat di tepi pantai. Ia mempunyai bunga yang cantik berwarna ungu terang. Nama sainsnya adalah Ipomoea pescaprae dalam family Convolvulaceae dan order Tubiflorae.
Pokok tapak kuda merupakan sejenis pokok perintis. Batangnya yang menjalar merebak dengan cepat dan membentuk tutup bumi, mendakan sampah-sarap yang terperangkap membantu pasir membentuk tanah yang stabil. Ia berkait dengan pokok kangkung dan kembang pagi.
Pokok yang mempunyai daun selebar 8-10 cm ini mendapat namanya bersandarkan pada daunnya yang menyerupakai tapak kaki kuda. Tanaman ini sesuai ditanam sebagai landskap untuk menghiasai tepi jalan dan juga kawasan taman. Mempunyai bunga yang cantik berwarna ungu terang.
Apa kaitan pokok ini dengan dunia memancing?
Ada petua mengatakan pokok ini mampu menjadi penawar sekiranya terkena sengat ikan berbisa seperti sembilang dan pari. Memandangkan ia tumbuh meliar di tepi pantai maka ia sangat berguna kepada pemancing pantai atau surfcasting.
Cara menggunakannya ialah ambil getah pokok ini dan letakkan pada bahagian anggota badan yang terkena sengat itu. Sekiranya luka pada tempat kena sengat itu sudah tertutup, cucuk sikit dan letak getah pokok ni. InsyaAllah berkesan.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...