Profil Ringkas

 

Nama Lain: Tongkol, Kayu, Bakulan aya kurik,

Ciri Fizikal: Bentuk badan seperti selinder (peluru), mulut besar dilengkapi gigi-gigi halus. Ekor tirus bercabang dan spesies ini mempunyai lima sirip dorsal dan anal kecil dekat bahagian ekor.

Diet: Gemar makan ikan bilis dan anak-anak ikan pelagik lain.

Habitat: Permukaan air dan persisiran pantai melebihi 20km.

Taburan: Bergerak dari Laut Jepun Ke Australia, Terusan Suez dan seluruh Asia Tenggara.

Tempatan: Pantai Timur, Sabah dan Sarawak, Pantai Barat taburannya lebih ketara dari Pulau Jarak ke Tukun Perak.

 

Ciri Pengenalan Spesies Tongkol Putih Aka Aya Kurik

 

 

Tongkol putih  adalah salah satu dari jenis tuna yang ditemui di negara kita.  Mungkin ramai yang memanggilnya tongkol sahaja, aya di Pantai Timur atau kayu di sebelah Sabah.

 

Selain tongkol putih (bonito), aya hitam (skipjack tuna), aya selasih (bullet & frigate tuna), aya mata besar (bigeye tuna), aya sirip kuning (yellowfin tuna), aya sirip biru (bluefin tuna) dan aya tenggiri (spotted chub mackerel) adalah rangkaian ikan yang lebih dikenali panggilan tuna di kalangan masyarakat luar.

IKLAN

 

Ciri Pengenalan Spesies Tongkol Putih Aka Aya Kurik

 

Badan tongkol putih berbentuk peluru ‘turpedo’ yang padu dan mantap. Mulutnya mampu membuka luas mudah menelan seekor kembong, dan dibarisi gigi-gigi tajam berlapis atas dan bawah.

 

Ia  mempunyai jalur hitam putih yang tidak sekata di atas badan selepas garis lintang dan bermula dari hujung sirip pektoral.

 

Bentuk dan corak jalur hitam putih inilah yang membezakan tongkol putih, aya selasih dan aya hitam. Warna putih mendominasi bahagian bawah badan tongkol putih ini dan berbadan gempal dan sedikit gemuk berbanding aya selasih.

 

Ciri Pengenalan Spesies Tongkol Putih Aka Aya Kurik

IKLAN

 

Sirip dorsal pertama dan kedua terpisah antara satu sama lain. Sirip-sirip kecil (finlets) hadir selepas sirip dolsal kedua membawa ke pangkal ekor (atas dan bawah).

 

Pangkal ekor pula terdapat sisik yang keras di tengah pangkal ekor (median keel) yang mampu melukakan tangan jika dikendalikan secara tidak betul.

 

Ikan aya adalah jenis spesies yang mempunyai  darah yang banyak, hanyir sedikit kesan dari bau darah yang berlebihan, cepat mati apabila berada di luar air dan kurang menggelepar seperti mana ikan karang.

 

Ciri Pengenalan Spesies Tongkol Putih Aka Aya Kurik

 

Biasanya tongkol ini meronda di lautan yang mempunyai suhu air di antara 18 °C hingga 29°C. Gemar meronda dalam kumpulan yang besar dengan saiz purata 2 hingga 4kilogram setiap ekor. Rekod terbesar untuk tongkol putih ialah 6kg atau 68cm panjang.

IKLAN

 

Biasanya mengekori kumpulan ikan bilis yang menjadi sumber diet utama. Membiak dari bulan Ogos hingga Oktober di sebelah pantai Timur membawa ke arah perairan Sabah.

 

Taksonomi:

 

Kingdom: Animalia

Phylum: Chordata

Class: Teleostei

Ordo: Perciformes

Family: Scrombidae

Genus: Euthynnus

Species: E. affinis

Binomial name: Euthynnus affinis

 

Ciri Pengenalan Spesies Tongkol Putih Aka Aya Kurik

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI