Taksonomi:

Kingdom: Animalia

Phylum: Chordata

Class: Actinopterygii

Order: Perciformes

Family: Siganidae

Genus: Siganus

Species: S. Javus

Binomial name: Siganus javus (Linnaeus, 1766)

 

Mengenal Identiti Spesies Dengkis Tompok Kuning

 

Dengkis tompok sejenis ikan tergolong dalam keluarga ikan ‘arnab’ (rabbitfish) satu keluarga yang sama dengan ikan dengkis bintik kuning. Cuma ikan ini lebih dikenali sebagai dengkis tompok kuning kerana memiliki tompokan kuning pada bahagian kepala serta pada sebahagian siripnya.

 

IKLAN

Lazimnya dengkis memiliki sirip hampir penuh mengelilingi badan dan di antara sirip lembut terdapat duri tajam yang berbisa. Panas mungkin juga mewakili lada atau cili yang diketahui pedas. Rata-rata ikan dengkis berbentuk lebar separa bulat.

 

Mengenal Identiti Spesies Dengkis Tompok Kuning

 

Saiz ikan dengkis tompok kuning  lebih besar dari ikan dengkis biasa yang kita temui dan secara keseluruhannya sifat dan ciri-ciri utama dengkis tompok kuning  adalah sama sahaja dengan ikan dengkis.

 

Dengkis tompok kuning  disenaraikan dalam famili Siganidae. Terdapat 12 subspesies dengkis ditemui. Hampir keseluruhan warna asas badannya kelabu manakala warna sirip dorsal atas dan bawah berwarna kekuningan.

 

Mengenal Identiti Spesies Dengkis Tompok Kuning

IKLAN

 

Sedikit warna kekuningan dikesan pada bahagian mulut hingga sekitar bahagian mata. Corak badannya berbintik di sebelah atas dan jalur pula di bahagian bawah.

 

Hampir kesemua dengkis mempunyai ciri warna berlainan dan cantik corak badan spesies ini. Juvenil atau dengkis tompok kuning  bersaiz kecil lebih popular dijadikan ikan hiasan. Nama saintifiknya ialah Siganus javus (Java rabbitfish).

 

Ekornya tirus melebar dan ada yang tirus memanjang. Gigi halus, bersengat di setiap hujung sirip dorsal  dan mulut kecil  adalah ciri-ciri utama ikan ini.

 

Mengenal Identiti Spesies Dengkis Tompok Kuning

IKLAN

 

Ikan dengkis tompok kuning  ditemui di kawasan berpulau karang seperti Tukun Perak, Pulau Jarak, Pulau Aur. Paling banyak yang meragut mata pancing ialah di Tukun Perak dan Pulau Jarak kedua-duanya di sebelah pantai barat semenanjung.

 

Kawasan karang di tengah laut dalam saya jarang melihat ia makan umpan pemancing. Kawasan muara sungai berbatu serta persisiran pantai berkarang juga berpotensi menjinakkan ikan ini. Saya biasa juga memperolehi anak kitang tetapi paling banyak ialah dengkis di muara sungai pantai timur tapi hanya untuk muara berbatu sahaja.

 

Mengenal Identiti Spesies Dengkis Tompok Kuning

 

Dengkis tompok kuning adalah ikan karang. Gemar mendiami kawasan berstruktur karang kerana sumber makanan utama diperoleh di kawasan batu karang terdiri dari anak ikan, krutesia kecil dan moluska.

 

Ikan dengkis tompok kuning  juvenil kecil bergerak dalam kumpulan besar di persisiran pantai berkarang dan jumlah semakin mengecil kumpulannya apabila membesar. Mampu membesar sehingga 30cm. Saiz ini memang dianggap besar bagi ikan dengkis tompok kuning.

 

Mengenal Identiti Spesies Dengkis Tompok Kuning

 

Untuk saiz purata yang biasa saya lihat dan pancing untuk semua spesies dengkis termasuk dengkis tompok kuning  ialah  saiz 17cm hingga 25 cm. Berat kurang dari 300 gram seekor kecuali yang melebihi 20cm. Bermusim aktif dari bulan May hingga Ogos.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI