Tak perlu susah-susah cari cangkul, apatah lagi terpaksa ke kedai hardware semata-mata untuk membeli cangkul untuk mencari cacing. Memadai hanya menggunakan garam kasar dan melarutkannya di dalam sahaja!
Bahan-bahan
Garam kasar
Air
Cara Penyediaan & Penggunaan
Tutorial 1
Ads
Larutkan garam kasar dengan air. Terpulang sama ada untuk memanaskan air supaya garam cepat larut atau sekadar mengacaunya. Yang penting dapatkan larutan air garam yang pekat tahap kemasinannya.
Tutorial 2
Bawa bekas berisi air larutan garam tersebut ke lokasi mencari cacing. Lazimnya kewujudan cacing di sesuatu lokasi dapat dilihat dengan tahi-tahinya yang melata di atas permukaan tanah. Macam mana nak kenal kenal tahi cacing tu amatlah sukar untuk kami ceritakan.
Ads
Tutorial 3
Curahkan sedikit iaitu sekadar bagi air larutan garam dapat meresap masuk ke dalam lubang-lubang yang digali oleh cacing. Kemudian curahkan ke lokasi lain pula. Biarkan kira-kira 5-10 minit untuk melihat hasinya.
Ads
Tutorial 4
Jika kawasan tersebut terdapat cacing, pasti berbondong-bondong cacing akan keluar ke permukaan tanah akibat kesan larutan garam tersebut. Sebelum ia menggali masuk ke dalam tanah yang lain, maka perlu pantas untuk mengutip cacing-cacing tersebut.
* Nota Tambahan
Korang tak perlu bawa cangkul jika ada trip memancing dan camping di dalam hutan. Memadai hanya membawa larutan garam atau garam kasar sahaja untuk mencari cacing sebagai umpan di dalam hutan.
Masukkan kembali cacing yang diperoleh ke dalam bekas yang berisi tanah yang bebas dari terkena air garam. Sebaiknya tanah lembab yang cukup banyak untuk membolehkan cacing tersebut kembali cergas. Dan cacing ini perlu digunakan dengan segera.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Ikan rohu sememangnya ada peminatnya tersendiri. Namun untuk memancing ikan rohu tidaklah boleh guna sebarang umpan. Perlu ada umpan tersendiri untuk membolehkan rohu membuka mulut dan mengambil umpan yang digunakan. Di sini kami berikan salah satu teknik menyediakan umpan rohu.
Bahan-Bahan Keperluan:
Roti sandwich potong dadu
Sos kacang soya Green Bait
Minyak strawberi Green Bait
Palet 6363/920
Kelapa parut
Cara-Cara Penyediaan Umpan:
Tuangkan minyak stawberi ke atas palet yang telah dilembutkan dan digaul dengan kelapa parut.
2. Cucukkan roti dadu pada mata kail dan celupkan ke dalam sos kacang soya Green Bait.
3. Kepalkan palet pada mata kail yang dicucuk roti dadu.
Bagi penggemar pancingan ikan baung pasti sinonim dengan umpan tapa seperti tapa Kemboja. Ramai yang nak pancing baung tapi tak sanggup nak hidu bau umpan tapa yang melantun. Tetapi bagi yang tidak mahu gunakan umpan tapa, anda sebenarnya boleh lebih kreatif dengan mencipta sendiri umpan ala-ala tapa menggunakan isi udang yang diperam dengan belacan.
Umpan tapa udang ni tidaklah menyucuk hidung baunya seperti mana umpan tapa perut ayam atau ikan yang terjual di kedai pancing. Walau bagaimana pun ia tetap berkesan untuk menarik perhatian baung mendekatinya.
Bahan-Bahan:
Udang pasar
Belacan
Tutorial 1
Sediakan udang dan kopek isinya. Hanya perlu buang kulit dan kepalanya saja tak perlu cuci bersih macam nak buat sambal.
Tutorial 2
Isi udang yang telah dikopek kemudian masukkan ke dalam bekas bersama belacan.
Tutorial 3
Hancurkan belacan dan gaul. Untuk lebih mudah sebaiknya hancurkan dulu belacan sebelum digaul rata dengan udang.
Tutorial 4
Isi udang boleh dipotong kecil mengikut kehendak anda atau dikelar badannya agar bau belacan lebih meresap. Tambahkan sedikit air.
Tutorial 5
Tutup di dalam bekas tertutup rapat dan biarkan ia lebih dari 2 hari agar sebati. Lagi lama lagi baik. Selepas tempoh berkenaan, bolehlah menggunakannya.
Tip tambahan
Selain udang, anda juga boleh lebih kreatif dengan mencuba hirisan daging atau isi ikan sebagai ganti untuk diperam dengan belacan. Ini kerana kedua-dua memiliki teksturnya lebih liat dan tidak mudah cepat habis bila dicangkuk pada mata kail. Selamat mencuba!
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...