Salah satu umpan yang jarang digunakan oleh pemancing ialah ketam. Ketam boleh digunakan secara seekor, keratan, hidup atau yang sudah mati. Umpan ketam paling popular digunakan untuk memancing ketarap atau bayan. Umpan ini boleh juga digunakan untuk memancing ikan kerapu. Ia sebenarnya boleh digunakan untuk memancing di laut dalam, pantai dan muara sungai.

 

Cara Tepat Guna Ketam Sebagai Umpan Mancing

 

Jenis ketam

 

Terdapat banyak jenis ketam yang dijumpai di perairan negara kita dan boleh dikatakan beberapa jenis sahaja yang boleh digunakan senagai umpan iaitu dari jenis ketam batu, ketam nyiur, ketam biru atau ketam renjong dan sejenis ketam yang kecil yang selalu dijumpai di kawasan hutan bakau.

 

Ketam kecil ini namanya saya tidak pasti tetapi ia bersaiz lebih kurang sebesar duit siling 20-50 sen dan berwarna coklat.

 

Bagi penggunaan ketam kita haruslah menyimpannya dengan baik kerana ketam yang mati dan busuk tidak akan menarik minat ikan untuk memakannya. Seboleh bolehnya gunakan ketam yang segar dan baik.

 

Cara Tepat Guna Ketam Sebagai Umpan Mancing

 

Cara menyimpan

 

Cara untuk menyimpan ketam yang mati supaya ia akan selalu segar adalah untuk membungkusnya dengan kertas seekor demi seekor dan menanamnya ke dalam ais yang dihancurkan. Lagi bagus ketam dibekukan terlebih dahulu.

IKLAN

 

Sekiranya bot yang anda naiki itu mempunyai tempat menyimpan umpan hidup maka bolehlah anda menyimpan ketam hidup di dalamnya.

 

Sekiranya bot tidak mempunyai tempat menyimpan umpan hidup, anda boleh menyimpannya di dalam kotak dengan memasukkan air masin sedikit dan pastikan simpan di tempat yang teduh dan elakkan dari pancaran matahari secara terus.

 

Cara Tepat Guna Ketam Sebagai Umpan Mancing

 

Untuk perjalanan yang jauh masukkan ais sebesar dua penumbuk dalam plastik dan ikat, kemudian masukkan ais ini ke dalam tempat simpan ketam bersama ketam hidup tersebut. Siramkan sedikit air setiap 4 jam supaya badan ketam tersebut tidak kering.

 

Cara cangkok

 

Terdapat beberapa cara untuk mencangkok ketam tersebut, apa yang penting adalah cara kita mencangkoknya perlu mengambil kira beberapa faktor.

IKLAN

 

Cara Tepat Guna Ketam Sebagai Umpan Mancing

 

Mata kail

 

Mata kail memainkan peranan yang amat penting semasa mengguna umpankan ketam hidup kerana sekira kail itu terlalu besar dan berat maka ia akan membunuh umpan tersebut. Anda perlulah menyesuaikan kail dengan umpan.

Bagi saya mata kail bersaiz antara 1/0 hingga 4/0 adalah yang paling sesuai sekali terutama yang diperbuat daripada aloi atau carbon steel kerana sangat ringan tetapi kuat.

 

Cara Tepat Guna Ketam Sebagai Umpan Mancing

 

Jenis perambut

 

IKLAN

Jenis perambut yang digunakan juga memainkan peranan yang penting kerana ia akan menentukan sekiranya umpan dapat bergerak secara semula jadi.

 

Sekiranya wire leader digunakan, cubalah menggunakan yang paling halus sekali. Bagi saya, wire leader yang saya selalu gunakan adalah dari jenis 15lb hingga 60lb.

 

Dan sekiranya tidak menggunakan wire Leader, saya menggunakan perambut mono antara 40lb hingga 80lb.

 

Cara Tepat Guna Ketam Sebagai Umpan Mancing

 

Selepas kita mengkaji faktor di atas maka terdapat beberapa cara untuk mencangkuk umpan ketam yang hidup. Sekiranya ketam itu terlalu besar maka kita bolehlah memotongnya atau menggunakan sebahagian dari ketam tersebut.

 

Untuk mencangkuk kail pada ketam kita boleh mencangkuknya pada bahagian antara kaki ketam. Saiz yang sesuai digunakan sekiranya memancing dengan menggunakan ketam seekor bergantung pada saiz ikan yang dipancing. Saya syorkan saiz ketam tidak melebihi 3 inci garis lentang.

 

Cara Tepat Guna Ketam Sebagai Umpan Mancing

 

Kita boleh juga mencangkuk ketam tersebut secara sekerat, bahagian isi badan, atau secara mengumpulkan beberapa kaki ketam dan mencangkuknya pada mata kail atau menggunakan sepit dengan mencangkuk pada bahagian tengah penyepit.

 

Bagi umpan yang segar atau mati pula maka kita boleh menggunakan kaedah di atas atau mencangkok melalui ekor ke badan ketam tersebut atau beberapa ekor sekali sekiranya ia kecil.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI