Menurut seorang chef terkemuka dari Jepun, Takanori Kurokawa, ikan buntal atau ikan fugu dapat dimakan dengan selamat jika pengolahannya betul. Justeru itu para chef di sana perlu memiliki lesen khas untuk menyediakan makanan dari ikan buntal. Biasanya orang Jepun menjadikan ikan buntal sebagai sashimi atau fugu.
Jika anda berhajat untuk merasai kenikmatan ikan ini, patuhilah tips dan tatacara mengolah dan memasak ikan buntal. Namun kami tidak bertanggungjawab sekiranya mengalami sebarang keracunan.
Buang kulit ikan buntal dari bahagian mulut sehingga keseluruhannya. Ia sama sebagaimana anda menguliti kaki lembu. Ia bagi mengelak daripada racun yang terdapat kulit ikan buntal ini meracuni masakan.
Ads
Daging ikan buntal itu sebersih bersihnya. Pastikan lendir yang menyelaputi daging ikan dibuang atau dicuci sehingga hilang semuanya.
Ads
Ambil isi ikan sahaja dengan cara menggunakan pisau yang tajam. Hiris isi ikan secara mengiring tanpa menyentuh tulang tengahnya atau bahagian perutnya. Ambil isi sahaja dan buang sisa yang lain.
Sebaiknya bahagian kepala ikan buntal dibuang walaupun bahagian mata dan sedikit daging pada bahagian kepala boleh dimakan. Lupakan saja kegemaran anda menyedut mata ikan.
Ads
Sebaiknya jangan memotong bahagian badan ikan. Membelah ikan buntal perlu dilakukan penuh cermat dan fokus apatah jika anda tidak mengetahui kedudukan hati dan ovarium ikan buntal tersebut. Ini kerana pada bahagian hati dan ovarium paling banyak mengandungi racun.
Seandainya tersilap langkah dan kedua organ ikan tersebut pecah maka racun tersebut akan menyebar ke seluruh bahagian ikan tersebut. Sekiranya hati dan ovarium ikan sudah pecah, sebaiknya buang saja ikan tersebut kerana sangat-sangat berbahaya untuk dimakan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Terdapat dua cara untuk pancingan ikan rohu iaitu teknik apungan dan dasar. Pelampung biasanya digunakan apabila memancing di kawasan lombong ternakan itik dan teknik dasar lebih sesuai dipakai di kawasan lombong tinggal.
Pancingan berpelampung biasanya untuk menjerat rohu bersaiz kecil dan sederhana berskala 2kg ke bawah. Caranya dengan meletakkan pelampung setengah meter dari umpan bom dan dilontar ke kawasan tengah lombong ataupun di kawasan sekitar tempat belaan itik. Tunggu saja pelampung tenggelam dan strike.
Pastikan drag dikendurkan sedikit untuk mengelakkan henjutan akhir yang kadangkala boleh memusnahkan impian anda.
Kebanyakan pemancing lebih gemar menggunakan teknik pancingan dasar daripada apungan, mungkin kurang thrill agaknya. Berdasarkan pengalaman sebelum ini, rohu gemar bermain di geomorfologi lombong yang mempunyai kedalaman antara 1-5 meter.
Jika lombong tersebut dalam melebihi 5meter, pelampung lebih sesuai digunakan kerana rohu biasanya akan bermain di kawasan permukaan, mungkin kerana bekalan oksigen tidak cukup banyak untuk spesies ini mencari makanan di kawasan yang dalam.
Tip yang paling penting untuk memikat rohu ialah merasuah dedak ayam di kawasan ikan itu bermain. Sebanyak 2-4 kg dedak ayam diperlukan. Campurkan dedak tersebut dengan, kemudian dikepal dan dilontarkan ke kawasan pancingan.
Cari kawasan berteluk yang terdapat teratai atau kiambang. Atau pun cari kawasan yang mempunyai kawasan lantai panjangnya kira 2 meter dari tebing sebelum drop off kerana ikan ini gemar bermain di antara tebing dan drop off.
Setelah dirasuah, guna dua set pancing dan lontarkan di kawasan rasuah. Tunggu sehingga buih-buih kecil timbul di permukaan menandakan rohu sudah mula menyedut dedak tadi.
Rohu memakan umpan dengan getuan kecil sebelum menelan terus umpan yang disaji. Oleh itu, jika ada getuan, jangan sentap dahulu. Sabar dan tunggu sehingga ikan ini melarikan umpan kerana ikan ini akan menelan umpan setelah menggetu beberapa kali.
Cuma, kita perlu bersedia dengan henjutan pertama rohu apabila ia merasakan mata kail di dalam mulutnya dengan lariannya ibarat torpedo dan sukar dijangka. Sentap dengan perlahan dan pastikan sistem regangan diselaraskan dengan betul agar tidak rabut.
Pancing hendaklah sentiasa diangkat tinggi dan jangan kendurkan tali semasa bertarung. Ikan ini akan bertarung habis-habisan sehingga ke tebing. Mainkannya sehingga ikan letih dan gunakan tangguk atau lip grip untuk menaikkan ikan.
Jika ikan tersebut melebihi 5kg sedangkan set pancing agak kecil, cuba kawal sistem regangan sebaiknya agar tali tidak putus. Ikan ini biasanya akan melarikan umpan ke kawasan reba atau berstruktur, teknik tekanan perlu digunakan.
Tahan ikan itu dengan sistem regangan yang ketat sedikit untuk mengajak ikan itu lari ke kawasan tengah air kemudian setkan regangan ke aras biasa biarkan ianya lari ke tengah lombong.
Spesies ini merupakan seekor ikan air masin yang amat jarang diberi liputan. Mungkin ia jarang dipancing di perairan kita pada masa kini sama ada ia semakin pupus atau kurang berminat dengan umpan kita. Atau ikan ini tidak popular berbanding keluarganya lain seperti gerepoh, cupak, gerong belang atau talang.
Apa yang saya perhatikan ia adalah salah satu gamefish popular di New Zealand atau lebih dikenali dalam bahasa global amberjack atau yellow kingfish, sesuai dengan saiznya boleh menjangkau 1.5meter.
Tentu ia power gila sehingga menjana sumber pendapatan lumayan kepada pemandu pemancing di negara tersebut. Walaupun ia tergolong dalam keluarga Carangidae namun badannya lebih mirip ikan pisang-pisang atau aruan tasik berbanding jenis Jack atau Trevally.
Terdapat 3 subspesies ikan aji-aji di mana jenis aji-aji belang hitam (Seriola nigrofasciata) mudah dijumpai di perairan kita berbanding aji-aji berjalur kuning di kepala amat jarang. Hanya di sebelah perairan kepulauan Spratly dan gugusan beting Lucornia pernah direkodkan tangkapan aji-aji kepala kuning.
Aji-aji belang hitam ini hanya boleh membesar sehingga 5.2kg dengan saiz maksimun ialah 2.2 kaki. Saiz purata aji-aji jenis hitam ini sekitar 1 kaki sahaja.
Catatan rekod maksimun berat aji-aji ialah 80.6kg iaitu jenis aji-aji jalur kuning (Seriola dumerili). Inilah salah satu sebab kenapa ramai kaki pancing berkunjung ke New Zealand semata-mata nak merasai penangan gila dan power terlampau ikan greater amberjack.
Satu jenis aji-aji kepala kuning lagi (Seriola rivoliana) meraih berat 59.9kg dengan panjang yang direkodkan ialah 5.2 kaki. Namun begitu kedua spesies aji-aji berjalur kuning di kepala ini dikatakan mengandungi racun Ciguatera. Manakala aji-aji hitam yang lumrah di negara kita tercinta di sahkan tidak mengandungi racun terbabit dan dikatakan sumber diet yang baik. Ianya selamat dimakan.
Habitat Dan Taburan
Sebelah Laut China Selatan ikan aji-aji lebih tertumpu di persisiran pantai (coastal water or bay) manakala spesimen yang besar lebih tertumpu mendiami kawasan terumbu karang dari kedalaman berbeza di antara ketiga-tiga sub-spesies ini.
Boleh berada sehingga kedalaman 350 meter. Habitat aji-aji lebih tertumpu kawasan yang memiliki objek sama ada di dasar atau di permukaan air. Objek dasar termasuk terumbu karang, batu karang, tukun, tompok bunga karang dan objek permukaan lebih cenderung kepada unjang dan boya.
Anak ikan aji-aji banyak dikesan bermain di permukaan air dan apabila ia membesar aji-aji boleh berada di dasar dan permukaan air pada satu-satu masa. Macam haruan tasik juga.
Aji-aji bergerak dalam kumpulan kecil atau ‘non-schooling’. Boleh ditemui di serata dunia di kawasan perairan subtropika dan tropika. Dari kepulauan Pasifik seperti Hawaii, Micronesia, Bikini Island, New Celedonia hingga Bermuda, Costa Rica, Teluk Mexico, Brazil Laut Merah di semenanjung Arab hingga Morocco di Mediterranean, Timur dan Selatan benua Afrika dan di Asia ia ditemui di antara Laut Jepun hingga New Zealand.
Profil Ringkas
Famili: Carangidae
Ciri Fizikal: Bentuk seakan pisang-pisang tetapi lebih pendek sedikit. Kulit seperti kertas pasir halus. Warna gelap lebih tertera pada atas badan dan kehadiran jenis boleh dikesan melalui corak dan warna jalur berdekatan kepala.
Taburan: Laut China Selatan, Atlantik dan Lautan Pacifik tertumpu kepada kemuncak tropika. Hampir keseluruhan Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Taburan di pantai timur lebih ketara di Laut China Selatan.
Habitat: Pertengahan dan dasar berkarang lembut serta lautan lepas jurang dalam.
Diet: Hidupan dasar seperti cacing laut, moluska, krutesea dan ikan pelagic.
Kami sering menerima soalan dari pencinta ikan kelah tentang bagaimana untuk mengenali jantina ikan kelah. Jadi di sini berdasarkan beberapa kajian dari pakar dan
pengkaji kelah, berikut kami sertakan sekali gambar bagaimana untuk mengenal pasti jantina kelah:
Sirip anal
Ikan kelah jantan biasanya mempunyai sirip anal (dubur) yang agak tajam dan memanjang.
Manakala ikan kelah betina pula mempunyai sirip belakang yang agak membulat dan pendek.
Operkulum (pipi penutup insang)
Pipi kelah jantan jika kita sapu dengan tangan, ianya agak kasar berbanding kelah betina. Ia hanya ketara untuk ikan kelah yang telah mencecah 5kg ke atas.
Cecair pembiakan
Cecair likat putih akan keluar melalui papilla bahagian bawah perut ikan jantan (berdekatan sirip anal tadi).
Biasanya tempoh matang kelah jantan untuk mula mengawan ialah 2 tahun. Bagi kelah betina pula bahagian papilla agak kemerahan.
Status taburan
Kelah betina ini agak susah diperolehi berbanding kelah jantan. Tempoh matangnya untuk mula mengeluarkan telur biasanya setelah berusia 3 tahun.
Berdasarkan kajian yang dibuat, untuk kelah seberat 2 kg hanya mampu menghasilkan anak benih kelah 6,000 – 8,000 ekor sahaja.
(sumber: ikankelah.com)
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...