Selain penggunaan umpan tiruan seperti gewang replika ikan atau jig, terdapat dua jenis umpan yang diguna ramai pemancing untuk memancing tenggiri. Penggunaan umpan ikan hidup dan ikan mati  iaitu umpan hidup dan umpan mati sudah lama dipraktikkan oleh nelayan dan juga pemancing. Untuk kali ini kita bincang cara menggunakan umpan ikan mati dulu.

 

Cara Pilih Dan Guna Umpan Ikan Mati Menjerat Tenggiri

 

Tidak semua nelayan pancing memilih umpan hidup seperti yang diterangkan di atas. Faktor sifat ikan tenggiri itu sendiri selain jenis teknik memancing yang digunakan menjadikan umpan ikan mati digunakan sebagai pilihan alternatif.

 

Jenis-jenis umpan mati terdiri dari ikan pelagik segar. Selain itu ikan bilis air, bulu ayam dan bersia mati boleh digunakan dengan teknik yang betul.

 

Cara Pilih Dan Guna Umpan Ikan Mati Menjerat Tenggiri

IKLAN

 

Umpan mati tersebut mestilah dalam keadaan segar dan seboleh-bolehnya jangan kena panas yang boleh menyebabkan kulit ikan kering dan disimpan dalam ais dalam tempoh lama.

 

Menjaga kesegaran umpan mati adalah perlu jika anda ingin melihat hasil lumayan. Umpan mati yang digunakan mestilah mampu bertahan di dalam air kerana tenggiri sifatnya tidak suka mangsa yang berbau atau hancur dikerumuni ikan kecil.

 

Cara Pilih Dan Guna Umpan Ikan Mati Menjerat Tenggiri

IKLAN

 

Nafsu tenggiri lain macam mengikut musim. Ada masa ia tidak endahkan umpan mati, ada ketika ia rakus apa saja ikan yang dihulurkan.

 

Teknik mencangkok mata kail pada umpan mati pula banyak bergantung kepada saiz mata kail dan saiz umpan yang digunakan.

 

IKLAN

Paling penting ialah umpan berada dalam keadaan aerodinamik di dalam air, tidak berputar serta mata kail tidak kelihatan sama sekali.

 

Cara Pilih Dan Guna Umpan Ikan Mati Menjerat Tenggiri

 

Jika berputar ia akan memintal perambut bersama dan menjadi kerinting malah perambut akan perpintal dengan tali utama. Kedudukan umpan mati paling baik ialah ia seolah-olah hidup dan berenang lembut di dalam air.

 

Di antara cara mencangkok mata kail yang paling banyak diamalkan untuk ikan mati ialah; atas kepala, bahagian ekor, 2 mata kail (di kepala dan di ekor), masuk melalui bahagian anal terus ke mulut, dan melalui mulut dan mata dicangkok pada bahagian perut.

 

Cara Pilih Dan Guna Umpan Ikan Mati Menjerat Tenggiri

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI