Cara Penyediaan Umpan Tepung Minyak Serai Eddy Jawa

Share

 

Ikan makan serai ke? Kalau difikirkan macam tak logik tapi itulah kenyataannya. Walau bagaimana pun bukanlah serai sebatang itu dicucuk pada mata kail untuk dijadikan umpan. Sebaliknya serai diproses kemudian dijadikan umpan tepung.

 

 

Umpan tepung (umpan campuran tepung, minyak dan perisa) merupakan antara umpan bajet pilihan ramai pemancing kolam air tawar ketika ini. Selain dari penyediaannya yang ringkas, ia juga berkesan untuk menjerat ikan-ikan patin bersaiz besar yang agak culas memilih umpan.

 

Bahan-Bahan:

 

 

Tepung gandum

Pes perisa pandan Double Lion

Minyak serai Eddy Jawa

Minyak masak

Esen tebu

Esen pisang

 

Cara penyedian umpan:

 

Tutorial 1

Sediakan bekas, masukkan minyak masak secukup rasa (bergantung kepada seberapa banyak umpan yang ingin dibuat).

 

 

Tutorial 2

Masukkan pes perisa pandan sebanyak 6 penutup botol.

 

 

Tutorial 3

Masukkan minyak serai senyak 6 penutup botol.

 

 

Tutorial 4

Seterusnya masukkan esen tebu sebanyak 2 penutup dan esen pisang juga sebanyak 2 penutup botol.

 

 

Tutorial 5

Bancuh campuran minyak, pes dan perisa ini hingga ia sebati.

 

 

Tutorial 6

Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga memperolehi adunan bersesuian dengan kemahuan anda.

 

 

Tutorial 7

Adunan yang bagus ialah tidak terlalu keras dan tidak pula terlalu lembik. Sekadar membolehkan ia dikepal dengan baik pada mata kail dan tidak berderai ketika membuat lontaran.

 

 

IKLAN