Ikan makan serai ke? Kalau difikirkan macam tak logik tapi itulah kenyataannya. Walau bagaimana pun bukanlah serai sebatang itu dicucuk pada mata kail untuk dijadikan umpan. Sebaliknya serai diproses kemudian dijadikan umpan tepung.
Umpan tepung (umpan campuran tepung, minyak dan perisa) merupakan antara umpan bajet pilihan ramai pemancing kolam air tawar ketika ini. Selain dari penyediaannya yang ringkas, ia juga berkesan untuk menjerat ikan-ikan patin bersaiz besar yang agak culas memilih umpan.
Bahan-Bahan:
Tepung gandum
Pes perisa pandan Double Lion
Minyak serai Eddy Jawa
Minyak masak
Esen tebu
Esen pisang
Ads
Cara penyedian umpan:
Tutorial 1
Sediakan bekas, masukkan minyak masak secukup rasa (bergantung kepada seberapa banyak umpan yang ingin dibuat).
Tutorial 2
Masukkan pes perisa pandan sebanyak 6 penutup botol.
Ads
Tutorial 3
Masukkan minyak serai senyak 6 penutup botol.
Tutorial 4
Seterusnya masukkan esen tebu sebanyak 2 penutup dan esen pisang juga sebanyak 2 penutup botol.
Ads
Tutorial 5
Bancuh campuran minyak, pes dan perisa ini hingga ia sebati.
Tutorial 6
Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga memperolehi adunan bersesuian dengan kemahuan anda.
Tutorial 7
Adunan yang bagus ialah tidak terlalu keras dan tidak pula terlalu lembik. Sekadar membolehkan ia dikepal dengan baik pada mata kail dan tidak berderai ketika membuat lontaran.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Ambil tepung serbaguna atau tepung gandum tu, campur sedikit dengan bahan perisa atau bau-bauan, kemudian campur pulak minyak masak… gentel-gentel sikit kemudian cangkuk pada mata kail dah boleh dijadikan umpan memancing.
Tak percaya? Ini kami tunjukkan cara-caranya.
Bahan-Bahan keperluan:
Perisa Pandan Papa Paste
Perisa Durian Wangi Papa Paste
Almond Oil papa paste
Minyak masak
Tepung gandum
Cara penyediaan umpan
Masukkan kira-kira 200 gm tepung gandum ke dalam bekas bancuhan.
Tuangkan 25 ml minyak masak, 100 ml almond oil atau minyak badam, 2 penutup botol perisa pandan dan 1 penutup perisa durian wangi.
Gaul atau uli campuran ini sehingga menjadi doh yang sesuai dikepal.
Sekiranya menyukai doh yang lembut, anda boleh tambahkan minyak atau tepung jika menyukai doh yang lebih keras.
Masukkan tepung gandum dahulu
Bahan-bahan yang diguna disukat terlebih dahuu
Cara penggunaan umpan
Terlebih dahulu cucuk mata kail (perambut dua mata kail) dengan jajan atau keropok jagung yang lemau.
doh yang sesuai digunakan
Balut atau kepal umpan tepung pada mata kail mengikut saiz yang anda gemari. Dan lontarkan ke spot pilihan anda di mana-mana kolam pancing air tawar.
Minyak ini adalah minyak penambah rasa dan bau bagi menguatkan umpan yang digunakan. Kiranya macam bahan perisa MSG la… penambah rasa dalam masakan. Bertuahnya korang kerana pereka cipta minyak ini sudi berkongsi pembuatannya.
Bahan keperluan:
SEBOTOL UMPAN PERAH 500ML
KELAPA PARUT 1 BIJI
MINYAK KELAPA 300ML
YIS SEGERA 1 PAKET
SEBOTOL ESEN PISANG
SEBOTOL ESEN PANDAN
SEBOTOL ESEN ROS
AIR NIRA KELAPA 200 ML
Cara-Cara Menghasilkan Minyak
TUTORIAL 1
Masukkan kelapa parut ke dalam bekas atau tong plastik bertutup. Kemudian curahkan sebotol sebotol umpan perah ke atas kelapa parut.
TUTORIAL 2
Tuangkan pula 200 ml air nira kelapa asli.
TUTORIAL 3
Masukkan minyak masak sebanyak 300 ml.
TUTORIAL 4
Masukkan satu paket yis segera.
TUTORIAL 5
Masukkan sebotol esen pisang. Kemudian masukkan pula esen pandan. Seterusnya masukkan pula sebotol esen ros.
TUTORIAL 6
Setelah dimasukkan kesemua 7 bahan tersebut, ia perlu digaul sehingga sebati.
TUTORIAL 7
Seterusnya adalah proses perapan. Setelah digaul sebati, tutup bekas dengan rapat dan jemur di tengah panas dan biarkan ia terperap selama 3 minggu. Tong dibiarkan terdedah berhujan dan berpanas.
TUTORIAL 8
Setelah selesai proses perapan selama 3 minggu, buat pula proses pengasingan antara bahan dengan cara menapisnya dengan kain bagi mendapatkan cecair yang terdiri dari campuran air dan minyak.
TUTORIAL 9
Tutorial terakhir adalah proses pengasingan minyak dan air. Proses mendapan perlu dilakukan sehinggalah minyak dan air berpisah. Kemudian ambillah minyaknya sahaja. Minyak inilah yang dinamakan minyak penyedap!
Pengunaan minyak berperisa dalam penyediaan umpan pancingan kolam hari ini semakin menular di kalangan pemancing kolam komersial air tawar. Ia ternyata satu perkembangan sihat bagi menggantikan penggunaan umpan berasas usus haiwan yang menyenakkan penafasan dan mencemar kualiti udara dan air.
Cara terbaik menggunakan minyak berperisa dan beraroma adalah dengan mencampurkannya bersama tepung. Campuran minyak dan tepung yang terurai di dalam air akan segera didatangi oleh ikan untuk menyiasat dan membahamnya.
Berikut adalah tutorial untuk menghasilkan umpan ikan patin menggunakan bahan berasaskan tepung dan minyak.
Bahan keperluan:
Tepung gandum
Paste Strawberry MyePescado
Minyak Sugus MyePescado
Cara Menghasilkan umpan:
Tutorial 1
Masukkan kira-kira 10-15 tutup botol minyak sugus ke dalam bekas bancuhan. Atau bergantung kepada anda sendiri banyak mana umpan yang anda akan gunakan.
Tutorial 2
Masukkan pula 2 penutup botol paste strawberry ke dalam minyak. Kacau agar minyak dan paste sebati bersama.
Tutorial 3
Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan gaul adunan. Jika adunan agak lembik, tambah lagi tepung sehingga anda memperoleh adunan yang sesuai untuk digunakan.
Tutorial 4
Umpan tepung minyak sugus ini sudah boleh digunakan secara terus. Ambil perambut mata kail dan cucuk jajan memenuhi mata kail.
Tutorial 5
Kemudian ambil sedikit umpan dan kepal pada kedua mata kail. Sekiranya umpan pecah atau berderai ketika membuat lontaran maka tambahkan lagi tepung pada adunan.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...