Cara Pantas Dan Selamat Menyiang Lobster

Share

 

Kaedah terbaik untuk menikmati kelazatan sebenar lobster adalah ketika ia masih dalam keadaan segar. Justeru kebanyakan kedai makanan laut menyediakan lobster yang masih hidup sebagai option terbaik.

 

Atau dalam erti kata lainnya, sama ada membeli atau memperolehnya dari hasil memancing, ia perlu dimatikan sebelum dijadikan hidangan. Tetapi bagaimana cara yang mudah untuk mematikan lobster yang mampu bertahan lebih lama berbanding ikan?

 

 

Beberapa metod digunakan untuk mematikan lobster. Cara paling umum untuk mematikan lobster adalah dengan menempatkannya di dalam air mendidih, kadang-kadang setelah dimasukkan ke dalam peti penyejuk beku untuk jangka waktu tertentu.

 

Metod lain adalah dengan membahagi lobster atau memotong tubuh menjadi dua secara memanjang. Lobster juga dapat dimatikan atau diimobilisasi segera sebelum direbus dengan tikaman ke otak (ikejime), dengan keyakinan bahawa ini akan menghentikan penderitaan.

 

 

Namun, otak lobster beroperasi dari bukan hanya satu tetapi beberapa ganglia dan melumpuhkan hanya ganglion frontal yang biasanya tidak mengakibatkan kematian.

 

Dan berikut merupakan cara mematikan lobster yang paling tidak berhemah, yang mungkin menyebabkan kesakitan dan penderitaan:

 

Setiap prosedur di mana perut dipisahkan daripada toraks.

 

Pengambilan anggota tisu, daging, atau anggota tubuh saat krustasea hidup dan sedar sepenuhnya.

 

 

Menempatkan krustasea dalam air yang dipanaskan secara perlahan-lahan hingga ke tahap pendidihan.

Menempatkan krustasea secara langsung ke dalam air yang sedang mendidih.

 

Menempatkan krustasea air masin ke dalam takungan air tawar.

IKLAN